Showing posts with label PAST TIME. Show all posts
Showing posts with label PAST TIME. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Jangan dikenang

Keputusan SPM tahun 2011 dah pun diumumkan. Ada yang gembira, ada yang menyesal tak sudah sebab dulu malas belajar. Tapi apa yang nak disesalkan. Semuanya dah pun berlalu. Apa yang boleh dibuat sambung pelajaran ke peringkat seterusnya dan buat lebih baik untuk tebus balik kegagalan kali ni.



Masa tengok budak-budak ambil keputusan semalam, automatik saya teringat kenangan saya dulu. Walaupun dah macam kabur-kabur sikit tapi masih ingatlah perasaan dan apa yang berlaku.



Dulu saya memang bukan budak pandai. Jauh sekali nak dapat title "Pelajar Target Sekolah". Keputusan yang saya dapat memang setimpal la dengan usaha yang saya buat. Sekali suruh, sekali buat. Serius saya tak mengharap apa-apa pun masa nak ambil keputusan SPM tu. Macam ambil sikap tak kisah je.



Datang dengan kawan-kawan sekepala yang sama-sama tak betul. Dapat slip keputusan je saya terus simpan dalam beg. Sebab dah dapat agak keputusan tak ok. Sampaikan cikgu pun macam terkejut sikit sebab saya macam nak cepat je. Sebenarnya saya malu kalau kawan-kawan lain nampak keputusan saya yang hmmm susah nak cakap. Hehe.



Bila dah berjalan balik tu barulah berani tengok sikit-sikit keputusan saya. Tu pun nyorok dari kawan-kawan. First thing yang saya tengok adalah keputusan Matematik. Terus rasa teruja sebab tak sangka boleh dapat A. Sebab sebelum ni saya antara yang lemah Matematik. Tapi hasil usaha buat latihan bertubi-tubi masa nak dekat exam akhirnya membuahkan hasil. Alhamdulillah.



Subjek teras yang lain pun dapat keputusan ok. Cuma subjek sains yang tak berapa nak ok. Tapi memang saya dah agak. Sebab dulu saya malas. Belajar pun main-main. Asyik berseronok dengan kawan-kawan je. Tapi seingat saya masa ni saya belum rasa menyesal lagi. Masih lagi dengan dunia sendiri berhibur dengan kawan-kawan.


Saya mula rasa menyesal sebab tak belajar rajin-rajin bila sorang demi sorang kawan saya dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti. Saya tak dapat. Masa tu kita boleh cek sama ada kita berjaya ke tak melalui telefon je. Tepat pukul 12 tengah malam saya call hotline upu. Kedengaran suara operator lebih kurang macam nilah,



"Dukacita dimaklumkan bahawa anda tidak layak bla bla bla bla....."



Masa ni memang saya kecewa habis. Terlupa sekejap yang keputusan saya tu memang tak ok. Macam mana nak dapat. Masa ni kalau tak silap saya ada berkawan dengan someone. Sama sekolah. Dia dapat keputusan ok dan dapat melanjutkan pelajaran ke UTM Kuala Lumpur. Saya tumpang gembira untuk dia. Tapi dalam hati frust juga.



Yang buat saya bertambah frust bila dia cakap kat saya nak putuskan hubungan yang masih hijau tu. Kitorang takdelah bercinta bagai nak rak. Tapi kiranya masa tu dialah satu-satunya lelaki yang rapat dengan saya. Puas saya tanya kenapa nak break off. Alasan dia mudah je. Sebab lepas ni dia dah jauh. Dia taknak terikat dengan sape-sape. Masa tu saya rasa dia jahat sangat. Tapi bila saya dah makin dewasa baru saya sedar memang itulah keputusan yang terbaik untuk saya dan dia. Yelah, baik dia putuskan masa tu daripada kemudian hari dia curang dengan saya. Lagi haru.



Beberapa minggu jugalah saya kecewa sebab tak dapat masuk Universiti. Sampai satu masa saya rasa bersemangat nak belajar lagi. Saya apply masuk Tingkatan 6. Daripada aliran Sains saya tukar ke aliran Sastera. Masa Tingkatan 6 memang saya dah nekad nak tebus balik kegagalan saya masa SPM dulu. Alhamdulillah saya berjaya. Dapat pointer antara yang tertinggi juga. Kawan baik saya pun sama. Memang gembira sangat masa tu.



Sekarang, bila saya tengok budak-budak yang malas belajar, saya terbayang diri saya waktu dulu. Kalaulah boleh ditayangkan video kehidupan saya dulu pada diorang ni, agaknya baru diorang nak rajin belajar. Tu pun kalau ada kesedaran. Saya kerap cerita pada diorang pasal pengalaman saya masa belajar dulu. Tujuannya nak bagi kesedaran supaya diorang tak menyesal kemudian hari.



Bila bergelar pendidik barulah saya faham macam mana perasaan cikgu saya dulu bila pelajarnya malas dan taknak belajar. Rasa sedih, marah, sakit hati dan buntu menguasai diri. Sampaikan dah tak tau nak buat macam mana lagi. Akhirnya terpaksa membiarkan dan berdoa semoga dia mendapat kesedaran. Cepat atau lambat hanya dia yang boleh pilih.



Alhamdulillah nasib baik saya tersedar awal. Kalau tak agaknya saya tak berjaya macam sekarang ni. Bila jumpa balik kawan-kawan lama takdelah segan nak bercerita kan. Hehe. Kawan-kawan baik saya dulu pun sekarang dah berjaya.



Sebab tu kalau orang bercerita pasal pengalaman SPM memang saya taknak ingat dan takkan kongsi. Saya rasa kehidupan saya bermula daripada STPM. Di situlah saya mula jadi MANUSIA yang lebih baik dari sebelumnya. Masa tu juga saya mula jumpa siapa diri saya yang sebenarnya. =)



Wednesday, February 1, 2012

Kenangan Sekolah ;)


Salam u alls. =)



Malam semalam masa tengah amik mood nak tido tetiba teringat kisah-kisah masa zaman sekolah dulu. pastu aku tergelak sorang-sorang. hubby belek muka aku. dia ingat aku mengigau. hehehe.



Zaman sekolah rendah aku dah tak berapa ingat sangat. cuma yang aku ingat masa darjah 1 dan 2 mak aku rajin datang sekolah masa rehat. jarak dari rumah ke sekolah agak jauh gaklah. mak aku datang semata-mata nak tengok aku makan ke tak. yela dulu aku ni pemalu mengalahkan daun semalu. sekarang pun. ;P



Kadang-kadang aku tak tau pun mak aku datang. sedar-sedar je dia dah ada kat sebelah. rupanya dia skodeng aku dari jauh. nak tengok aku pandai beli makanan kat kantin tak. huhuhu. bila nampak mak terus malu-malu kucing. hishhh!



Masa tu tak terfikir pun pengorbanan mak penat datang ke sekolah. bila teringat balik sekarang ni barulah rasa terharu sangat. rasa menyesal jadi nakal dulu. tak dengar cakap. ;(



Naik sekolah menengah lagilah macam-macam ragam aku. bangga kononnya dapat masuk sekolah hebat. tapi perangai sendiri lagi hebat! masa lower form masih belum panas enjin. junior lagipun. so muka pun nerd je. tudung kemain labuh. cakap pun dengar tak dengar. muka comel suci murni. sekarang pun. ;P



TAPIIIII naik je upper form, setan mula mainkan peranan. ceh! ko salahkan setan plak. padahal diri sendiri tak kuat iman. huhu. form 4 aku dah mula panaskan enjin. dapat plak geng yang sama-sama bengong. masa tu sape tak kenal aku 3 sekawan ni. kemana-mana berkepit je. buat lawak pun kitorang je yang paham. orang lain terpinga-pinga. hahaha.



Ada hari-hari tertentu (biasanya hari ada Add Math), orang lain naik bukit nak pegi sekolah. kitorang plak pas mak ayah anta, tunggu geng pastu sama-sama turun bukit nak ponteng sekolah. memang gamble gila masa tu. pastu buat-buat buka buku kononnya nak pegi fotostat kat kedai bawah. padahal pagi-pagi buta mana ada kedai bukak! ;D



Masa tu tak terfikir pun apa orang lain cakap. lantaklah. yang penting tak kantoi. pastu round satu bandar Kluang tu tanpa arah tujuan. bila dah tengahari, tengok dari jauh berduyun-duyun budak pakai uniform sekolah dah mula balik, kitorang pun naik bas balik rumah. balik-balik cari nasi kononnya penat belajar seharian. puiiii!



Pernah sekali tu kitorang ponteng agak lewat. sekolah aku betul-betul sebelah masjid. so ada pintu yang menghubungkan sekolah dan masjid. masa tu macam dah siang sikit dalam pukul 10 gitu. aku pun tak ingat apasal kitorang nak sangat memonteng masa tu. zuupppp!(sound effect setelah dilajukan) dah selamat keluar dari sekolah.



Nak dijadikan cerita ni lebih menarik, masa kitorang turun bukit sambil bergelak ketawa kononnya hebat melepaskan diri dari pak guard, tetiba ada sebiji kete ni lalu ke arah bertentangan. yang kitorang pun terus senyap sambil mata khusyuk tengok sape orang dalam kete tu. cam punya cam rupanya cikgu disiplin kitorang!!! hahaha. masa ni masing-masing muka cover. dah macam kambing gayanya. pastu ternampaklah cikgu disiplin ni tunjukkan jari telunjuknya sambil digoyang-goyangkan. alaa ibaratnya dia cakap 'siap korang!'.



Kitorang masa ni dah redha jelah. tunggu je dia bentikan kete. tapi yang peliknya dia terusss je. kitorang pun terussss je turun bukit. macam takde apa-apa berlaku. pelik! masing-masing tengok muka member. pastu gelak. sengal kan? masa tu takde pun fikir nak patah balik masuk sekolah. selamba badak je teruskan misi memonteng.



Esoknya kitorang dah get ready kalo kena panggil masuk bilik disiplin. tunggu punya tunggu takde pun. aikk pelik! takkan lepas gitu je kot? tapi hakikatnya memang kitorang terlepas. hahaha. tenkiu cikgu oja! actually nama cikgu tu rozali. tapi sukati kitorang je panggil cikgu oja. bagus kan?!



Ada lagi 1 kes, GPK HEM kalo tak silap aku masuk kelas nak cek buku tulis. masa tu kitorang dah diarahkan untuk bawak sume buku tulis untuk disemak. tah macam mana adalah beberapa makhluk ni tak cukup buku tulis. termasuk akulah! nah amik ko serotan sorang kat tangan. pas dah kena rotan ingatkan insaf. rupanya masing-masing bangga sambil tunjuk bekas birat kat tapak tangan kat member lain yang tak dapat. hampeh!



Bukan sekali tu je merasa rotan. ada sekali kes novel. aku sebenarnya tak terlibat pun dalam kes tu. cuma pernah ternampak novel yang diorang rebutkan tu. tak ingat tajuk. cuma yang aku dengar novel tu macam agak lucah sikit. tah camne kantoi dengan cikgu disiplin. masing-masing yang pernah baca kena rotan. yang siotnya sape yang pernah terrrtengok novel tu pun kena sekali. cisskek betul! dapatlah satu lagi tanda kat tangan. pastu bangga lagi. adoi!



Lagi satu kes, masa ni dah form 5 kalo tak silap. masa ni ada latihan rumah sukan. agaknya cikgu ni dah tau kitorang satu geng, so dia pecahkan kitorang ke rumah sukan yang berlainan. pehhh terbakar hati. dah namanya degil yang amat, kitorang pun selamba je daftar masuk rumah kuning tanpa rasa bersalah. bila cek nama takde. kitorang meyakinkan yang memang kitorang rumah kuning. kiranya masuk secara haramlah.



Itu satu hal. kalo dah duk satu rumah sukan tu patutnya semangatlah kan. ni tidak. latihan belah petang. sekali tu kitorang ponteng beramai-ramai. bajet dah hebat sangat takde sape nak marah. esoknya hambik ko! masa nak masuk makmal Fizik tetiba cikgu tu yang kebetulan cikgu rumah kuning tahan kat luar kelas. geng kitorang adalah dalam 5,6 orang yang jenis tak makan saman. dia sound gila-gila. memang takut gaklah masa tu. dalam pada gangster tu ada gaklah rasa takut kena tindakan.



Lepas daripada tu terus insaf jap. tiap kali latihan datang. yelah muka masing-masing dah kena mark. berani ke nak ponteng lagi. huhu.



Itu kes kat sekolah. yang kat tempat tiusyen ni belum cite lagi. serius aku cakap masa SPM memang aku belajar main-main. mak anta pegi tiusyen berbayar tapi aku belajar sambil lewa je. belajar pun mesti nak ada geng. kalo geng tak datang, semua tak datang. sampai cikgu tiusyen tu pun macam dah tak tau nak buat camne lagi kat kitorang. yelah diorang takkan marah punya sebab ko bayar kan.



Ada satu kejadian yang sampai sekarang masih jadi bualan wajib tiap kali aku jumpa balik dengan member-member lama. tiap kali bukak cite ni mesti ketawa sampai meleleh airmata. masa ni tengah tiusyen Math kalo tak silap. cikgu India lelaki yang ajar. geng kitorang duduk mesti sebelah tingkap. kelas kat tingkat 2 kat bandar Kluang.



Tengah khusyuk (konon) ni, tetiba member sebelah jerit sambil kepala jenguk kat tingkap. "eh, bapak fazi lah!". fazi ni member aku gak. pastu aku and the gang pun jenguk ramai-ramai kat tingkap tu. sekali tengok keling mana tah tengah naik moto. kitorang gelak macam nak terjun bangunan tu. padahal cikgu tengah mengajar kat depan. budak-budak lain pelik je tengok kitorang. sampai cikgu tu panggil "hello, hello girls. please sit down." kitorang bantai gak gelak sampai nak terkencing.



Masa ni kitorang salahkan member aku sorang ni yang saja menimbulkan kekecohan. alasan dia "aku boringlah. saja buat lawak sikit." hahaha. bagus kan?! masa tu gak aku perati muka budak-budak lain sangat menyampah dengan geng kitorang. sebab diorang tak boleh nak fokus belajar. bila ingat balik sekarang ish ish ish tak patut betul. sorila ye kawan-kawan. huhu.



Hmmm kalo nak ditaip semua kejadian-kejadian lucu, manis, pahit semua rasanya patblas muka surat pun belum tentu abis. rasanya setakat tu dululah aku buka pekung di dada. nanti bila ada pekung lagi aku buka lagi. hahahha.



Ok bai! =)



Wednesday, November 9, 2011

Kisah ex-boyfriend. Panas!

Salam Aidiladha kawan-kawan. =)



Hari ni pagi-pagi dah ada mood nak buat entri baru. tiba-tiba teringat satu kisah yang berlaku minggu lepas. kisah yang buat aku terkenang kembali cerita-cerita lama antara aku dan 'A'.



Gini ceritanya. minggu lepas (tak ingat hari apa), tengah rilek-rilek kat rumah tiba-tiba dapat sms dari seseorang yang dah lama tak contact. tapi disebabkan no fon tu masih aku simpan dalam hp, maka aku taulah sapa yang bagi sms tu. cuma sedikit terkejut sebab memang dah lama tak contact. rasanya dekat 10 tahun kot.



Dia ialah kakak kepada 'A' iaitu ex-bf aku. FYI, hubungan aku dengan family 'A' ni dulu memang rapat. dah macam family sendiri. mak dia pun aku panggil mama. kakak dia plak aku panggil Along. even masa hubungan aku dengan ex-bf dah tamat pun aku masih baik dengan family dia.



Ok berbalik pada kisah sms aku dengan kakak 'A' ni. kami pun borak-boraklah bertanya khabar sebab dah lama tak berhubung. rindu gila. rupanya kakak 'A' ni dah ada 2 orang anak pun. bila masa dia kawin pun aku tak tau. tau-tau je dah beranak pinak.



Lepas dah agak lama berbalas sms, aku terfikir nak tanya pasal ex-bf aku tu. dah kawin ke dia? sihat ke dia? kiranya kalau dikumpul soalan-soalan yang nak ditanya tu memang tak habislah. sms yang dibalas agak membuatkan hati aku sedikit tersentap. baru aku tau rupanya ex-bf aku tu tengah sakit sekarang. sakit apa tu aku tak berapa tau tapi melibatkan urat saraf dalam otak. dia cakap 'A' tengah tunggu masa untuk menemui ajal. Astaghfirullah.



Serius memang aku terkedu. rasa sedih pun ada. sedih bukan sebab aku ada perasaan lagi pada dia tapi sedih sebagai kawan. even dulu dia yang memutuskan hubungan kitorang, tapi aku dah lama lupakan. malah aku bersyukur sebab Allah tunjuk pada aku dan berikan aku suami yang sangat baik sekarang ni.



Yang buat aku bertambah sedih bila kakak 'A' cakap nasib baik aku putus hubungan dengan dia. kalau tak mesti nasib aku tak menentu sekarang ni. aku pun balas elok-elok sms kakak 'A' ni. aku cakap semua tu adalah ketentuan Allah. ada hikmahnya atas apa yang berlaku pada kami dulu. dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.



Aku ingatkan cuma satu berita sedih yang aku terima. tapi aku silap. bila aku bertanya keadaan 'mama', berita yang aku terima buat airmata aku mengalir. 'mama' sekarang tak sesihat dulu. 'mama' diserang strok tahun lepas. sekarang hanya mampu terlantar di rumah. saat ni aku terbayang wajah 'mama' yang dulunya sentiasa dihias cantik. dialah yang dulunya jadi tempat aku mengadu setiap kali aku bermasalah dengan 'A'. dia juga yang dulunya sanggup melayan panggilan telefon aku walaupun pada pukul 3 pagi semata-mata untuk jadi bahu tempat aku menangis.



Tapi sekarang? serius aku rasa nak sangat jumpa 'mama' sebelum dia tutup mata. nak peluk dia kuat-kuat, nak cakap terima kasih pada dia. menurut cerita kakak 'A', sebelum ni 'mama' memang ada cakap nak jumpa dengan aku. tapi bila dia dah mula sakit semuanya terkubur.



Insyaallah bila aku balik Johor nanti aku akan jumpa dengan 'mama'. semoga Allah memberi kesempatan untuk kami bertemu. aku ingat nak bawa family aku sekali jumpa diorang. dulu family kami ni memang baik disebabkan aku dan 'A'. lepas hubungan kami berakhir, family kami pun dah tak berhubung. rasanya tak salah untuk merapatkan semula hubungan yang dah terputus ni atas dasar saudara seIslam.



Apa yang berlaku ni aku tak cerita lagi pada hubby. bukan untuk merahsiakan, apatah lagi untuk menipu. tapi aku tak sampai hati. aku taknak hubby terasa hati dengan semua ni. sebab dulu hubby pernah bagitau yang dia tak suka kalau aku cerita kisah lama aku pada dia. lebih-lebih lagi yang melibatkan pasal ex-bf aku. dia mudah cemburu. mulai saat tu memang aku sangat menjaga hati dia.



Jadi pasal hal ni aku masih dalam dilema. tapi hati aku kuat menyuruh aku cerita hal ni pada hubby. entahlah. mungkin perlu difikirkan baik dan buruknya bila aku cerita perkara ni. aku taknak nanti aku menyesal di kemudian hari.



Kepada kawan-kawan sekalian yang baca entri ni, marilah kita sama-sama mendoakan semoga 'mama' dan 'A' sembuh seperti sediakala dan semoga Allah memberi kekuatan serta ketabahan pada keluarga mereka. sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang yang buruk itu datangnya dari kita sendiri. Wallahualam.



* Ada orang bercakap mengenai hukum karma. Kamu percaya ke?



Thursday, August 4, 2011

Pengalaman puasa (1)

Salam Ramadhan kawan-kawan. =)



Hari ni rasa segar je sebab sejuk. malam semalam kat sini hujan ribut petir sume ada. barulah rasa nyaman sikit. dah beberapa hari asyik panas terik.



(Terstop 40 minit sebab ada student nak buat sesi. huhu)



Ok sambung balik. hari ni tetiba rajin plak nak update blog pepagi gini. sebabnya? teringat kenangan berpuasa masa kecik-kecik dulu. seingat aku la kan, aku start berpuasa masa darjah 3. kira dah beso gak kan? haha.



Tu pun puasa lubang-lubang. tak sampai setengah bulan kot. yela aku ni masa kecik-kecik lasak yang amat. berkawan dengan sepupu sepapat lelaki je. yang pompuan aku tak suka. lembik. haha. diorang panjat pokok, aku ikut. diorang masuk longkang, aku ikut. diorang sauk ikan kecik dalam longkang, aku yang tolong. dah macam tomboi dah aku ni.



Pastu bila dah lasak camtu camne lah nak tahan pose kan. balik-balik rumah terus bukak peti ais, teguk air. pehhhh nikmat! tetiba mak datang jerkah. tapi mak taklah marah mana pun. yela baru mula belajar pose. masa tu takdenya nak rasa malu ke ape.



Dahlah tak pose. time orang lain buka pose, aku yang paling menyibuk kat meja makan. mengalahkan orang pose. sesetengah orang kalo ada ahli keluarga yang tak pose mesti tak boleh buka pose same-same kan? tapi family aku tak buat rule camtu. pose ke tak pose ke sume duduk semeja.



Pernah sekali tu aku kuar main dengan sepupu sepapat lelaki aku. pastu siap bawak sling bag kecik. nak tau aku isi apa? kerepek!!! hahahaha. bila lapar terus ngap! buruk betul perangai aku masa kecik kan? nak kata kecik pun tak gakla. hahaha.



Tapi tu masa aku darjah 3 la. lepas daripada tu memang tiap tahun aku pose penuh. bila dah start akil baligh barulah banyak lubang semula. heheh.



Sebenarnya banyak kejadian masa bulan pose ni. tapi banyak yang aku dah lupa. masa dah masuk sekolah menengah lain plak citenye. haa yang tu aku kena sambung dalam entri lain plak. tak taulah bila. tunggu aku rajinlah. =P



Ok bai!


Friday, July 29, 2011

Dugaan alam bertunang

Salam hari Jumaat.



Hehehe tajuk skema abis kan. tengah duk syok-syok main game dalam laptop ni tetiba teringat kisah pahit manis masa alam pertunangan aku dengan hubby dulu. sampai tersenyum sorang-sorang. hehe.



Actually hubungan aku dengan hubby bermula kat UPSI. kalo tak silap aku masa sem 3. kitorang berlainan course. aku course Bimbingan & Kaunseling, hubby plak course Sport Science. so memang tak pernah jumpa la kan. nak dijadikan cerita ni agak best, masa sem 3 aku join subjek Asasmu. subjek ni kira macam aktiviti kokurikulum kita la untuk cukupkan jam kredit.



Ada hikmahnya aku terpaksa masuk kelas Asasmu atau bahasa panjangnya Angkatan Sasterawan Muda. wahhh ko. sebab kelas lain sume dah full. kat dalam tulah kitorang kenal. tu pun main jeling-jeling je. sampailah 1 hari tu dia pass kertas kecik kat kawan dia suruh bagi kat aku. huh sangat tak gentleman! rupanya dia tulis salam perkenalan. pastu nak nombor fon. hehehhe.



Eh, ko ni nak cite pasal alam bertunang ke alam bercinta ni?



Ops! hehe. ok, ok. dipendekkan cite, hubungan kitorang pun berjalan seperti pasangan bercinta yang lain walaupun on and off. biasanya aku la yang buat masalah. hehe. pastu tak cemana (gatal agaknya), masa sem 6 kitorang buat keputusan nak bertunang. maybe sebab hubby rasa susah sangat nak jaga aku kot. selalu sangat buat perangai. kalo tunang terikatla sikit. agaknya la. hehe.



Bila bincang dengan family, semuanya setuju. yela, bertunang je kan. bukan kawin. tup tap tup tap, pada tarikh 24 Februari 2007, terpatrilah janji kami. cewah! plan asal nak ikat dalam 2 tahun. yela tunggu keje dulula kan. last-last jadi cepat plak. huhuhu.



Ok dalam alam pertunangan ni, bermulalah macam-macam adegan yang bila aku kenang balik rasa macam nak nangis pun ada. memang aku lalui pelbagai dugaan yang hebat-hebat belaka. kalo setakat baling cincin tunang kat hubby tu dah jadi macam rutin. kalo setakat mulut ni ringan je nak minta putus tunang tu dah jadi mainan.



Dugaan ni jadi bila dah agak lama bertunang. masa mula-mula tu memangla bahagia memanjang kan. plak tu ada depan mata sentiasa. tapi bila dah dekat nak kawin satu persatu dugaan datang. paling hebat masa kitorang tengah praktikal. masa tu sem 8. same-same setuju nak buat praktikal kat Kuantan. walaupun dalam 1 daerah tapi agak berjauhan gakla. jarak hampir sejam gitu. so memang jarang jumpa.



Masa tulah tetiba aku rasa yang hubby macam dah tak sayang kat aku. jadi terlebih sensitif. yela, maybe dia pun time tu tengah stress dengan keje. ditambah dengan perangai aku lagi. masing-masing cepat je nak naik angin. benda kecik pun boleh jadi besar. tapi yang peliknya bila time tak jumpa elok je kitorang sms. jarang gaduh. tapi bila jumpa ada je yang tak kena. masa pegi baik, masa balik hempas pintu kete. hehe. akula tu.



Kalo setakat kena tinggal kat tepi jalan or kat Kuantan Parade tu tak heranla. bukan dia yang kejam sebab tinggal aku. tapi aku yang ngada-ngada merajuk sampai nak turun kete pastu taknak balik. last-last memang kena tinggal betul-betul. padan muka. hahaha. pastu dengan tak malunya call hubby suruh amik balik. hangin je dia sebab dah nak sampai rumah baru aku call. dia ingat aku memang nak balik naik bas. cisss! hahaha.



Nak kata gaduh sampai naik tangan tu ada gakla. tapi bukan tangan dia yang naik. tangan aku. iskkkk. bila ingat balik rasa berdosa sangat. tapi aku dah minta ampun pun. yela lepas buat baru rasa bersalah gila. masa buat tak ingat apa. macam dah kena rasuk setan.



Maybe disebabkan perangai aku macam makin teruk, masa kitorang buat keputusan nak kawin sebelum posting tu keadaan jadi bertambah genting. masa tu aku rasa macam hubby dah give up dengan aku. kuat marah. aku tengok keadaan dia masa tu pun macam dah tak terurus. bila dia jadi camtu, aku plak jadi slow. dah tak buat perangai sangat. tapi dia plak yang macam nak memulakan perangai. haihhh tak abis-abis kan.



Kitorang buat keputusan untuk kawin sebelum posting sebab takut kena duduk berjauhan. bila bincang dengan family, diorang pun setuju jela. yela, mak ayah aku lagila risau kot-kot anaknya ni kena posting Sabah or Sarawak plak nanti. naya.



Dalam keadaan masing-masing emosi tak menentu akhirnya kami selamat juga dinikahkan. Alhamdulillah. inilah agaknya yang dikatakan "kalau jodoh tak kemana". kawan-kawan aku masa belajar dulu pun macam tak sangka akhirnya kami bersatu gak. yela gaduh je memanjang kan. hehe.



Dan sampai ke hari ni, selepas 3 tahun 1 bulan kami bersama, aku sangat bahagia dengan hubby. sekarang baru aku terfikir kenapalah agaknya dulu aku bodoh sangat asyik minta putuskan hubungan dengan hubby. padahal sekarang ni dialah suami, kekasih, kawan yang paling terbaik dalam hidup aku. masa ni gak aku bersyukur sangat sebab dulu hubby sanggup bersabar dengan aku. kalo orang lain dah lama kena tinggal agaknya. huhu.



So, aku rasa setakat tu jela yang aku boleh kongsikan. cite lebih-lebih kang ada yang tak tido malam plak. nightmare! hehe. apa lagi, tak reti-reti ke nak share pengalaman korang plak. elehhh malu-malu plak dia. hehe.



P/s : Kalo share pengalaman korang dalam kotak komen kang jenuh plak nak bacanya kan. hehe. so apa kata korang buat je 1 entri pasal pengalaman korang. nanti aku datang baca. ok bai! =)



Thursday, February 10, 2011

breast cancer? Nauzubillah!

Salam sume.



Pagi-pagi dah dengar berita yang agak mengejutkan. actually berita ni dah lama tapi me baru je dapat tau. tu pun lepas sorang kawan me komen kat FB. tah camne tengah borak-borak terkeluar cite pasal benda ni.


Benda apa? terkejut sangat bila dapat tau cikgu yang pernah mengajar me subjek Kimia masa sekolah menengah dulu sekarang tengah menanggung breast cancer. secara automatik dalam kepala terus terbayang muka dia tengah mengajar dalam makmal. dia mengajar agak slow tapi garang!



Masih terasa-rasa lagi sakit kat pinggang sebab dicubit cikgu tu. puncanya? me degil dan tak dengar cakap! suka pakai tudung singkat! serius bila teringat balik rasa malu sangat. kalo tak silap me, cikgu tu cikgu pengawas. sebab tu dia garang! eh, bukan cikgu disiplin ke yang garang? hehe.



Selain tu, me jugak teringat yang me and the gang penah datang beraya rumah dia. masa tu kalo tak silap dia nak buat makan-makan untuk student dia. kitorang yang tersampai awal ni tetiba kena tolong sediakan makanan. sebab masa tu masih tak ready ape lagi. riuh rendahlah rumah jadinya. tapi sangat happening! cikgu tu yang kat sekolah sangat garang jadi seorang yang sangat lembut bila kat luar sekolah.


Tapi tulah kan. walaupun dia tu garang dan selalu cubit me dengan kawan me lagi sorang, tapi me tak pernah plak nak rasa benci kat dia. tahla ek. tak timbul langsung perasaan tu. yela, dia cubit sebab me yang buat salah kan. hehe. so bila dapat tau yang dia tengah sakit sekarang ni, rasa sedih sangat. nak sangat jumpa dia.



Dan dengar cite gak sekarang ni dia dah tak bekerja dan pindah ke batu pahat. nampak macam dah serius sangat penyakit dia. bila tanya kawan-kawan me, sorang pun tak tau alamat rumah dia. so camne nak datang melawat? 


Me harap sangat sementara ada masa ni nak jumpa dengan cikgu tu. nak minta maaf atas kedegilan me dulu tak dengar nasihat dia. agaknya kalo dia tak cubit, me tak jadi manusia macam sekarang ni. uhuk!



Tuesday, September 28, 2010

~ Kenangan silam : Perlu diambil tahu atau tidak? ~



Hai.



Bagi sape-sape yang ada pasangan, penah tak korang rasa naaaakkkk sangat tau pasal kenangan silam pasangan korang tu? penah tak? penah tak? kalo tak penah jangan baca!


Macam aku kan, aku suka nak amik tau pasal hal-hal lama incek hubby. incek hubby lak sebaliknya. aku rasa aku perlu amik tau everything tentang dia. even kengkadang kebenaran itu menyakitkan. ai redha u.



Walaupun aku rasa aku dah tau banyak pasal dia, aku tetap gak akan korek cite. kadang-kadang mulut gatal tanya pasal pompuan-pompuan yang die penah kenal sebelum kawin. sendiri tanya, pastu sendiri merana. hahaha. note : aku cinta pertama incek hubby ye. ;P



Soalan-soalan aku sebenarnya lebih kepada nak uji kejujuran si dia. bukanla tak pecaya tapi aku memang jenis camtu. walaupun cite yang aku tau tu akan buat aku sedikit jeles, tapi masihhhhh gak nak tanya. incek hubby dah paham sangat dengan perangai aku. so die layankan aje. tapi sebelum cite mesti die akan cakap, "Sayang jangan marah ye."



Aku tak marah. dan takkan marah. sebab itu cite lama. jeles sikit-sikit tu biasela. dan lagi satu sebabnya, aku yang gatal-gatal nak tau. so kena terima la. aku akan marah kalo hal yang patutnya dah lama aku tau tapi baru la ni ko nak bagitau. boleh berdesing telinga dibuatnya.



Yela, masing-masing mesti ade kisah lama sebelum korang jumpa dengan partner sekarang kan. aku pun laaaaaaagi la banyak cite. tapi disebabkan aku tau sangat incek hubby ni memang tak suka langsung nak tau pasal kisah silam aku, so memang takkan sesekali aku bukak cite.



Dulu mase mula-mula bercinta aku tak tau. so aku yang lurus tahap bendul ni pun bajet nak berlagak jujur la bagitau detail kisah lama aku. berapa banyak boyfren aku ade, berapa ramai yang aku reject. hahaha. rupenye die tak suke la. die tak suka sebab die akan jeles. bile die jeles, die nak marah. bile die nak marah, abis tak leh la nak dating. huhuhu.



So, sekarang ni memang aku la yang rajin menyelongkar cite-cite lama dia. kengkadang cite yang sama aku ungkit. cuma soalan je berbeza. tapi tak la setiap masa aku nak tanya. sometimes je. saje nak mengimbau kenangan lama.



So, what say u? korang rasa kenangan silam pasangan ni perlu ke kita amik tau or takyah amik tau langsung? mungkin ada pro dan kontra nya.



* Waktu paling sesuai nak tanya, BEDTIME!


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat