Showing posts with label PERMINTAAN. Show all posts
Showing posts with label PERMINTAAN. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

Air Kelapa Muda




Adoiyai dah beberapa hari teringin sangat nak minum air kelapa muda ni. Bayangkan minum sejuk-sejuk. Pehhhhh!! 



Taknak air kelapa yang biasa orang jual tepi jalan kat dalam bekas air tu. Tapi nak yang fresh minum terus dengan biji kelapa sekali. Kat sini mana lah nak cari. 



Rumah mertua memang ada pokok kelapa tapi buahnya tak berapa nak masak lagi. Hari-hari duk tenung buah tu bila la nak masak. Hehehe. 



Minggu lepas ada beli yang dijual kat pasar malam. Nampak dari luar bekas air tu macam best je. Macam fresh betul. Sekali minum alahai. Tak rasa air kelapa pun. Rasa macam minum air gula je. Pastu tah apa perasa yang dia campur sekali. Saya minum 2,3 sedut je pastu buang. Kecewa ok.



Pastu terus terlupa pasal air kelapa. Tapi 2,3 hari ni teringat balik sebab ramai yang cakap lepas 7 bulan ni elok banyakkan minum air kelapa muda supaya bila baby lahir nanti kulit bersih je. Teruslah tekak ni teringin nak nak minum air kelapa muda sejuk. Sedapnyaaaaaa.



Sebelum ni dah suruh suami carikan mana-mana yang ada jual air kelapa muda fresh dengan biji-biji kelapa sekali. Tapi hampa. Kesian suami tiap hari balik keje mesti pergi round kat bandar manalah tau tetiba ada kan. Hehehe. 



Tapi saya mengidam ni takdelah sampai merajuk bila tak dapat. Rileks je. Semuanya dalam minda kita je. Kadang-kadang memang kita teringin sangat sesuatu tu. Tapi bukannya kita tak boleh nak kawal. Sampai saya pun pelik ada sesetengah orang yang sanggup desak suami malam-malam buta semata-mata nak penuhi kehendak. Kesian kat suami kan.



Bukanlah saya nak cakap besar tapi saya rasa semuanya hanyalah mainan psikologi je. Takkan kita tak boleh nak kawal hati dan minda kita sendiri kan. Betul tak? Kalau tak betul sila betulkan saya ye. Tak marah pun. ;)



Alhamdulillah setakat ni saya takdelah mengidam yang bukan-bukan. Semuanya mudah dijumpai. Dan rasanya adalah 2,3 kali je saya teringin nak makan sesuatu. Selebihnya saya ngap je apa ada depan mata. Hehe. 



Cuma sekarang ni memang teringin nak minum air kelapa muda. Rasanya kat tempat saya ni memang susah sikit nak dapat. Maksudnya yang dijual la. Kalau kat rumah orang tu banyaklah pokok kelapa. Tapi seganlah pulak nak mintak kan. Hehehe.



Kalau kat kampung saya kat Kluang memang mudah sangat nak jumpa. Harapnya balik cuti nanti sempatlah saya merasa. Insyaallah. 



* Baby sabar ye. Nanti mama dapatkan air kelapa muda yang fresh punya. Hehehe. 

Tuesday, January 25, 2011

Mana nak cari MPV ni?

Salam u alls.



Apsal me cari MPV? camni. minggu depan kan cuti Raya Cina. so me ingat nak bawak my family pegi jalan-jalan. macam sebelum ni pegi sampai 2 biji kete. so kali ni ingat nak naik 1 transport je. lebih happening kan.


Mesti korang duk memikir muat ke duk 1 MPV? hahaha. kalo tak muat takdela me nak sewa yang oii. family me kecik je. dalam 7,8 orang. so kalo van or MPV tu memang muat sangatla.



Cuma masalahnya sekarang me tak tau mane nak cekau MPV tu. kan best kalo ade duit juta-juta. petang ni gak me pegi beli. wakakaka. ok, serius. ade ke sape-sape yang tau kat mane nak sewa menatang tu ek? kalo boleh area Kluang la sebab me takyah nak pegi jauh-jauh amik.


Pasal driver takyah risau. abang ipar me volunteer nak jadi driver free. me cuma nak kete je. nak sewa untuk 2 hari. tadi abang ipar me ade bagitau die dah jumpe van. harganye nak tau bape? RM950 ok! gile ke ape! dah macam harga sewa bas ekspres. me tgk kat google pun tak sampai harga camtu. dalam RM250 gitu. tapi yang jadi problemnya semua tu kat KL.



Walau camne sekalipun me kena cari gak sampai dapat. me taknak kecewakan mak dengan ayah me. actually ni yang diorang mintak. me memang kalah dengan permintaan mak ayah. even diorang tak kisah pun kalo tak dapat. tapi tahlah. me yang rasa bersalah sangat nanti. so kena cari gak!



Kawan-kawan, i need your help. plssss inform me A.S.A.P. kay. almaklumlah me nak booking untuk cuti Raya Cina kan. mesti ramai yang nak book gak. sape-sape yang ade info tolong tinggalkan komen kat sini ye. plsss plssss.



* Ingat tau. AREA KLUANG SAHAJA. tq! 



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat