Friday, January 8, 2010

~~8 Days After New Year~~



Selepas 8 hari dalam tahun 2010 ni, hari nilah baru aku terasa ingin menulis dalam blog yang sudah sebulan aku tinggalkan...bukan tiada masa, tapi tiada keinginan untuk meluahkan...berbeza dengan kawan aku (meq) yang kerap 'update' blognya...ye mungkin disebabkan faktor masa yang banyak aku gunakan untuk suami dan rumahtangga...secara jujurnya, aku mempunyai suami yang agak kurang gemar jika isterinya terlalu asyik dengan komputer...tapi tidaklah terlalu mengawal...dan aku sendiri sebenarnya yang lebih suka melayan suami apabila berada di rumah berbanding menghadap laptop...yelah masa kami bersama di rumah agak terhad jadi aku tak mahu mensia-siakan waktu itu....

Tahun 2009 telah 8 hari berlalu...tanpa sedar tempoh perkahwinan aku dan suami hampir menjejak ke tahun kedua pada 7 Jun nanti...sama seperti pasangan yang lain, kami juga mengharapkan zuriat sebagai pengikat kasih kami...aku amat-amat beharap tahun 2010 ini membawa seribu rahmat dan sinar dalam ikatan cinta aku dan suami...Demi Allah, aku rasa cemburu bila melihat rakan-rakan lain yang sudah ada cahaya mata...aku terlalu inginkan perasaan itu...namun aku bersyukur kerana dikurniakan dengan suami yang banyak memberi dorongan dan semangat untuk aku...aku yakin dia juga berperasaan seperti aku...namun hatinya lebih cekal...

Kadang-kadang aku menyalahkan diri sendiri atas segala salah dan dosa yang pernah aku buat...aku yakinkan diri bahawa semua ini adalah balasan Tuhan untuk aku atas segalanya...namun aku cepat -cepat tersedar...Astaghfirullahalazimmm.... terlalu jauh aku berfikir...aku mengingatkan diri semula bahawa soal jodoh, ajal, rezeki semua di tangan Tuhan...apa hak aku untuk mempertikaikan takdir-Nya....bermula tahun ini juga aku mula berjanji dengan diri sendiri dan suami yang aku tak mahu terlalu meletakkan harapan yang tinggi...biarlah takdir yang menentukan...aku hanya perlu berusaha, berdoa, berikhtiar dan seterusnya tawakal dan serah kepada Yang Maha Esa...

Tahun 2010 ini juga aku berazam untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik dari sebelumnya...isteri kesayangan suami...terlalu banyak kelemahan dalam diri aku sebagai isteri...InsyaAllah aku akan perbaiki secara perlahan-lahan...terima kasih kepada suamiku Mohd. Zaimi bin Zainal kerana telah banyak bersabar dengan kerenahku...aku berjanji akan membahagiakan kamu dunia akhirat...Amin...

Wednesday, December 9, 2009

~~ Handphone Oh Handphone...~~


Aku saja je nak bercerita pasal handphone...sebabnya aku ada bercadang nak beli handphone yang lebih canggih dari handphone yang aku guna sekarang ni...yelah sekarang ni kan zaman dah semakin moden...kalau kita lambat, kita akan ketinggalan...walaupun hakikatnya aku dah pun agak ketinggalan...hehe...

Model handphone yang menjadi pilihan aku pada ketika dan saat ni adalah Nokia E72...antara model baru keluaran Nokia...harga pun boleh tahan mahalnya...so aku kena fikir sedalam-dalamnya sebelum membeli...yelah taknaklah menyesal nanti kan...actually sebelum ni aku lebih berminat dengan Blackberry kerana bodynya yang cute sangat...tapi seorang cousin aku cakap function dalam Blackberry tak syok...aku tak taulah apa makna tak syok tu...start daripada tu hati aku mula berbelah bagi...then ada pula member-member aku yang mengesyorkan agar aku beli Nokia E71...aku terus survey kat kedai handphone...yelah takkan kat kedai basikal pulak kan...emmm memang cute jugak...macam Blackberry cuma besar sikit...dalam pada aku survey tu keluar pulak model baru E72...pun cute jugak...aku dah mula pening dan rambang mata...bila aku fikir-fikir balik kalau model E71 dan E72 ada function yang totally sama, baik aku beli E71 je kan...murah sikit...tapi kalau nak yang terbaru supaya nampak tak ketinggalan zaman, baik beli E72...

Apa pun, sekarang aku masih lagi mencari-cari dan membuat pilihan yang terbaik...pada awalnya suami aku kurang bersetuju sebab aku kerap sangat tukar handphone...tapi bila dia tengok aku macam nak gila tiap kali nampak kedai handphone, barulah dia sedar yang dia tak mampu halang niat murni dan kehendak aku ni...hehehe...akhirnya dia redha jelah....for my hubby, thanks for support me k...

~~Penyakit M.A.L.A.S.~~

Emmm dah lama aku tak update blog ni...tahla apa yang pasti aku dah dijangkiti penyakit MALAS....bila penyakit ni dah datang memang payah nak sembuh...makanlah ubat apa pun belum tentu boleh baik...dalam kehidupan aku sendiri pun aku tak nafikan yang aku mempunyai lebih sikap pemalas lebih dari suami...buruk kan kalau perempuan pemalas...hehe...tapi malas-malas aku pun aku tetap jaga makan minum suami aku...setakat ni belum pernah lagilah suami aku kebuluran sebab aku tak masak...apa-apa hal pun aku tetap dahulukan suami aku...

Bila penyakit MALAS ni datang, aku lebih suka terbaring atas sofa sambil tengok TV sampai tertidur...biasanya time suami aku takde or masih kat sekolah lagi...sebabnya kalau dia ada kat rumah, dia akan kacau aku tidur sambil mulutnya membebel suruh aku bangun...bila dia takde aku rasa lega sangat sebab boleh terbaring macam ular sawa kekenyangan...hahaha buruk kan perangai aku?alaa sementara belum ada anak nilah aku boleh malas...bila dah beranak pinak nanti confirm tak cukup tidur...betul tak?

Walau apa pun, sebaik-baiknya buangla penyakit MALAS ni...sekali sekala malas takpe...tapi kalau dah tiap hari malas baik jangan jadi orang...jadi je macam beruang panda kat atas tu...nak tidur 24 jam pun takde siapa nak marah...kalau nak rasa malas pun pastikan nasi dah masak, rumah dah kemas, baju dah jemur...kalau semua tu belum settle lagi, jangan beranganlah nak malas-malas...
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat