Tuesday, April 6, 2010

~ SHAUN The Sheep ~


Hai....saya Shaun...yang ramai-ramai kat belakang tu rakan-rakan seperjuangan saya...
Peace !!! (dengan mengembang hidung dan menjojolkan mata)




Mesti ada yang tak pernah tahu kewujudan cerita ni kan...
Actually cerita ni wujud dalam channel kanak-kanak (Astro kartun...tak ingat channel berapa)
Aku tahu tentang cerita ni pun sebab kawan aku (Nid) yang bagitahu masa belajar di UPSI dulu...rupanya dia dah mengikuti cerita ni dari awal lagi...slow betul aku ni... :P
Bagi aku cerita ni tersangatlah lawak...walaupun tanpa suara (yela kambing mana boleh cakap),
aku mampu bergelak ketawa sampai putus nafas...nasib baik tak mati...hehehe...




Lepas tu tiap kali balik ke rumah mak di Kluang, aku mula mewar-warkan tentang cerita ni kepada family aku...bayangkanlah sampai mak aku sendiri tiap hari tunggu cerita ni...hahaha...
betapa kuatnya penangan Shaun ni pada family aku...


Tapi sayangnya cerita ni ditayangkan cuma 15 minit tiap hari...kalau tak salah aku jam 7.00 malam...dan sekarang aku tak pasti sama ada cerita ni masih ditayangkan atau tak...sebab aku tak ambil pakej Astro kartun...mungkin aku akan cuba cari VCD atau DVD di kedai yang berhampiran untuk melepaskan rindu pada Shaun...dan lepas ni juga aku akan cuba mempengaruhi suami aku pula untuk menyukai dan menyayangi Shaun seperti mana aku...




* Dah takde apa sangat nak tulis sampai terkeluar cerita si Shaun ni...


:Pp daaaaaa....

Monday, April 5, 2010

~ Belasungkawa DIN BERAMBOI ~


Baru-baru ni dunia seni kita telah kehilangan seorang seniman yang tiada gantinya...
Allahyarham Mior Ahmad Fuad a.k.a Din Beramboi telah kembali ke Rahmatullah pada
02 April 2010 bersamaan 17 Rabiulakhir 1431 Hijrah jam 12.30 pagi...



Allahyarham pada mulanya disyaki dijangkiti virus kencing tikus hingga menyebabkan demam yang agak teruk...namun setelah dianalisis oleh pakar, arwah telah dikenalpasti mengalami demam denggi berdarah...arwah mengalami komplikasi kegagalan fungsi beberapa organ penting seperti hati dan buah pinggang...



Setelah 4 hari bertarung nyawa di hospital, arwah menghembuskan nafas terahir di sisi keluarga dan rakan-rakan baik arwah...innalillah...



Dan semestinya berita kematian itu satu yang amat mengejutkan bagi diri aku sendiri selaku pendengar setia Riuh Pagi Era pada setiap pagi ketika memandu ke tempat kerja...
Masih terngiang-ngiang lagi suara dan lawak jenaka arwah yang sering menjadi peneman aku setiap pagi...
Aku macam tak percaya bahawa arwah telah tiada...kerana seminggu sebelum arwah meninggal, aku masih lagi mendengar suaranya di dalam radio...
tapi, itulah kenyataan yang sangat pahit yang perlu aku dan semua penyokong arwah untuk terima...



Sejujurnya aku tak pernah berasa terlalu sedih dengan kematian arts-artis yang lain sebelum ini...tapi kali ini aku sendiri tak pasti apakah aura arwah hinggakan ramai yang tanpa segan silu menitiskan air mata...bagi diri aku sendiri, arwah terlalu dekat dengan hati aku...selepas ini aku yakin Riuh Pagi Era takkan seriuh dulu lagi...aku sendiri tak dapat bayangkan bagaimana Aznil akan meneruskan segmen itu seorang diri...aku sangat memahami perasaan itu...



Hingga sampai 1 saat di mana aku yang sekarang ini tak pernah menonton rancangan Melodi, mula menanti dari jam 11.30 pagi lagi semata-mata untuk mengetahui cerita tentang kematian arwah...yang aku yakin akan dipertontonkan...ye, memang betul...dan aku akui airmata aku laju mengalir apabila mendengar kenyataan daripada Aznil mengenai arwah...dan apa yang pasti, beratus atau mungkin beribu rakan-rakan dan sanak saudara arwah berkumpul di tanah perkuburan untuk memberikan penghormatan terakhir untuk arwah...



Al-Fatihah untuk Arwah Din Beramboi...





* Menahan sebak semasa menulis post ini... :'(


Thursday, April 1, 2010

~ M.C. ~

Hari ni nak cerita sikit tentang M.C. atau bahasa penuhnya Cuti Sakit...
semalam aku amik M.C. sebab demam...actually dah start demam daripada kelmarin lagi...time meeting asyik melayan hidung je...sampai tak dapat fokus apa yang diorang bincangkan...bila diorang gelak, aku gelak...diorang serius, aku serius...hehehe...



Tahun lepas aku kerap gak amik M.C. sebab tahun lepas banyak betul dugaan aku...asyik sakit je...masuk hospital seminggu...pastu jap-jap sakit lagi...ade la dalam 10 hari M.C. aku...(ke lebih ek...hehehe..) tapi tahun ni baru sehari aku M.C...aku harap tahun ni kesihatan aku stabil dan tak sakit-sakit lagi...



Tapi bukan ke Tuhan bagi sesuatu penyakit tu untuk mencuci segala dosa-dosa kecil kita...yelah aku akui banyak gak buat dosa...dosa-dosa yang dulu lagi...bila ditambah-tambah agaknya cukup 10 tahun kehidupan....huhuhu....(bermuhasabah diri jap)...insyaAllah tahun ni aku akan perbaiki diri aku lagi dan jadi insan yang lebih baik dari hari semalam....aminnnn....



sambung balik pasal M.C. tadi....



Sebenarnya aku nak cerita tentang sikap seseorang yang tak puas hati bila aku amik M.C. semalam...aku bukan apa...kalaulah jarak dari rumah aku ke sekolah tu cuma sekangkang kera, aku akan gagahkan diri gak pegi kerja...tapi masalahnya nak menapak pun tak larat apatah lagi nak drive...ada nanti lembu yang bawak kereta aku pergi sekolah...aku plak terbongkang kat dalam semak....hahaha...ishhh minta-minta dijauhkan....



Ok...malam sebelum aku M.C. tu aku mesejla hamba Allah ni untuk bagitau aku M.C. esoknya...nak tau apa balasan dia??? lebih kurang camnilah...


"
Ok...tolong bagitau sendiri dengan Pengetua...esok sy sibuk dari pagi sampai petang...pagi nak layan lecturer ckgu rozman...pas rehat nak bagi ceramah kemahiran belajar...petang plak terus pegi meeting...adil sungguh..."



Tersentap aku bila baca mesej hamba Allah ni...sebak pun ada gak...yelah aku M.C. bukan suka-suka...aku dengan mood emosi balas balik....


" Habis sebelum-sebelum ni sape yang pegi meeting? sape yang bagi ceramah? hujung minggu plak sape yang handle program? sy boleh je faham cikgu *** tak dapat terlibat dalam program hujung minggu...takkan sebab sy sakit cikgu *** tak boleh nak consider...rasanya kita dah bagi-bagi kerja dengan seimbang..."



Lebih kurang macam tulah mesej aku...geram punya pasal...lepas tu ade la die balas 2, 3 kali tapi akhirnya aku balas mesej ni...



" Takpelah ye...terima kasih atas segala kerjasama yang SANGAT BAIK dari cikgu ***...lepas ni kita buat kerja masing-masing...assalamualaikum..."



Hmmm...puas hati aku...lepas tu dia terus tak balas-balas lagi....tersentaplah agaknya...ada aku kisah??? kalau nak diikutkan lagi banyak aku boleh ungkit tentang dia yang selalu malas masuk meeting....selalu amik kesempatan pada aku yang masih baru ni untuk wat semua kerja-kerja pengurusan....dia ingat aku jenis ikut bodoh-bodoh ke?? kan dah kena sebiji...aku kalau ikutkan hati malas nak gaduh-gaduh tapi dia yang mulakan...aku kenalah menegakkan kebenaran...
lagi pun hamba Allah ni memang jenis bermasalah sikit...ramai cikgu lain yang bercerita hal dia pada aku...so sesekali memang kena ajar gakla....



So hari ni memang aku langsung tak bertegur sapa dengan dia...biarlah...ada aku kisah??
lagi aman hidup aku bila tak payah tengok muka dia...kalau tak ada je kerja yang dia suruh aku buat...sekarang, kau buatlah sendiri....sampai ke paperwork pun tak reti nak buat...baik takyah jadi cikgu...duduk rumah jaga anak jelah...



Dahlah...aku malas nak cerita lagi....buat mood aku jadi tak elok je...
(padahal diri sendiri yang galatl-gatal nak cerita...hehehe)



ok setakat tu saja....TATA...

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat