Saturday, June 5, 2010

~ Ini ke balasan untuk aku? ~

Hai...




First time aku hapdet belog kat umah. tiba-tiba plak rasa nak share something. actually cite yang tak berapa best. cite yang buatkan aku rasa sedih sangat. sedih bila keikhlasan kita menolong orang, dibalas dengan kutukan di belakang kita. ok aku mula dari awal.




Tadi aku buka FB. dan aku buka 1 gambo yang telah di-tag-kan pada aku. sebelum ni memang aku ade letak komen kat gambo tu. bkn gambo ape pun. gambo biase-biase je. tetiba ada plak sorang hamba Allah ni komen something yang aku yakin ada kaitan dengan aku. memang aku terasa sangat. terkejut pun ada. korang bayangkan la gambo tu di-tag-kan pada ramai orang lain. dan aku yakin orang lain dapat agak. sebab sebelum ni aku dengan hamba Allah ni memang ada problem sikit. tapi aku ingat semuanya dah ok bila dia dengan lembut merayu minta tolong aku buat sesuatu untuk gantikan dia. aku ingat time tu sume dah kembali ok. dan aku ikhlas menolong. tapi rupanya lakonan semata-mata.




Untuk pengetahuan korang sume, baru minggu lepas dia minta tolong aku. dan minggu ni plak dia kutuk aku. terang-terangan ok. memang aku terus rasa down sangat. aku ingat hubungan profesional kitorang dah mula ok balik. tapi bila dah jadi camni memang aku dah tawar hati. aku rasa tertipu. nampak sangat dia gunakan aku time dia susah. rasa dikhianati sangat. tak taula aku nak jelaskan camne lagi. aku yakin korang sume tau apa yang aku rasa. marah, kecewa, sedih,terkejut, geram. sampai menggigil tangan aku menahan sume perasaan ni.




Dan bila dah jadi camni, pasni aku akan lebih berhati-hati lagi. aku taknak tertipu. tertipu dengan lakonan kebaikan orang. lebih baik aku tolong orang yang betul-betul ikhlas perlukan pertolongan aku. sebelum ni aku ingat dengan pertolongan aku tu boleh pulihkan balik hubungan kitorang. tapi rupanya ini balasan untuk aku. takpe. aku redha. aku anggap ni sume dugaan untuk aku. yang penting, aku buat keje aku. dan aku tak kacau hidup orang lain. kalo orang lain nak ganggu hidup aku, itu hak diorang. aku cuma mampu berdoa semoga Tuhan mengampunkan dosa manusia tu. dan insyaAllah aku pun akan maafkan dia. cuma aku akan elak untuk berkawan dengan orang yang macam tu. serik.




Apa pun aku bersyukur sangat dalam keadaan camni aku ada incek hubby yang sangat sayangkan aku. bila di sisi dia, aku rasa masalah lain sume kecik je. hilang sume perasaan marah aku bila tengok wajah kesayangan hamba tu. dan aku taknak buang masa fikir pasal sume benda yang 'nonsense' ni. daripada aku sakit hati, baik aku fikir pasal nak balik Johor Isnin nanti. automatik mood aku jadi happy gila. tak sabar nak balik jumpa mak, ayah, kakak, adik, apip. bila kat kampung aku rasa release sangat. hilang sume masalah aku. aku harap naik cuti nanti sumenye kembali ok dan aku dapat berkerja macam biasa.





* Geram punya pasal, aku delete komen aku kat gambo tu, pastu aku remove tag. abis cite.

Friday, June 4, 2010

~ Cuti yang tak cuti ~

Hai again...




Dah lama tak hapdet belog jadi hari ni aku agak kemaruk la nak ber-belog-ging. hehe. sebab nak topup balik seminggu aku tak online tu kan. banyak sangat cite. even tengah busy ni pun sempat lagi aku menaip. hebatla konon. haha.




Ok. kenapa aku tulis tajuk entri ni camtu. sebab itula hakikatnya. nama je cuti 2 minggu tapi aku dapat balik ke kampung halaman tercinta cuma 5 hari je. maybe pada korang lama kan. tapi bagi aku kejap je 5 hari tu. yela kampung jauh kan. kan best kalo dapat stay kat Johor sampai 2 minggu. huhu.




Kenapa aku dapat cuti 5 hari je. sebabnya minggu pertama tu Isnin sampai Rabu incek hubby kena jaga exam PTK(kenaikan pangkat) kat sekolah dia. so Rabu petang tu baru leh gerak ke Johor dengan pantasnya. stay sampai Ahad je sebab Isnin sampai Rabu minggu depannya aku plak terlibat dengan Program Puncak Jaya kat UiTM Jengka, Pahang. kena bawak 6 orang student. kena drive sendiri plak tu. aku kalo terpaksa memang nekad je. even tak tau jalan. follow kete cikgu lainla. masih pening-pening fikir nak bawak kete apa. kenari tu macam sedikit uzur. paham-paham jela kan. nak bawak student ni kena la prepare safety tu. bahaya kalo apa-apa jadi kat anak orang. nak bawak honda plak aku ni jarang bawak kete auto. even orang cakap auto la senang. tahla aku lebih suka manual. incek hubby suggest suh bawak Honda je. tapi aku tau dia macam risau gak nak bagi aku drive Honda tu. ke Jengka plak tu. huhu. tapi dia kena pilih 1 la. sayang bini ke sayang kete. haaaa jawab!





Takpe ada seminggu lebih lagi untuk buat keputusan. aku ikutkan memang taknak drive. kalo ade bas memang aku pilih naik bas. tapi sume cikgu memang kena drive. separuh student naik bas. selebihnya naik kete cikgu. nak taknak kena beranikan diri gakla. incek hubby ada offer nak hantar aku sampai sana. tapi fikir-fikir balik macam buang masa dia plak kan. plak tu kalo orang lain tengok mesti ingat aku ni bini yang ngada-ngada. huhu. so aku reject la offer tu. memang ramai cikgu lain drive dan kitorang akan konvoi ke sana. cuma aku risau kalo aku bawak kenari, aku akan jadi orang yang last sampai kat sana. yela kete slow kan. nak bawak laju mau jadi macam naik kuda jawabnya. dan aku takut tertinggal dan hilang jejak diorang. maka sesatla aku. huhu. aku dah fikir sampai ke situ tau. paranoid tul kan. so the best choice is bawak Honda. cuti ni kena rajin drive untuk biasakan. *tengah bayangkan muka incek hubby kalo aku drive Honda kesayangan dia tu nanti. hikhikhikhik. silap-silap tiap setengah jam call tanya kete ok ke tak. bukan tanya bini ok ke tak. hahaha.




Pastu ada lebih kurang 4 hari je cuti yang tinggal. nak balik Johor pun macam tak berbaloi. rasa macam penat plak nak rushing ke sana sini. so maybe aku rest kat umah jela baki 4 hari tu. kemas-kemas apa yang patut. kalo korang datang umah aku, korang mesti ingat aku ada anak 10 orang. hari ni kemas, esok dah bersepah balik. sape punya keje? sape lagi yang ada kat umah aku kan. si DIA la. haaa dia tu. dah bebel pun camtu gak. so aku buat conclusion yang dia memang macam tu. tak leh nak dilentur dah. huhuhu. sabo jela. nasib baik dapat bini yang rajin macam aku ni. even kadang-kadang aku biar je bersepah dengan harapan ada yang ringan tulang. tapi harapan tinggal harapan. huh.




So cuti ni is the best time to clean-up umah kitorang. vacuum pun dah ada tu. sejak beli baru sekali je guna. baru je lagi beli tu. tak guna beli mahal-mahal lastly terperuk kat dalam stor. time beli taknak kalah. nak yang mahal sekali. bila dah ada, malas plak nak guna. huhu. tabiat orang kita.




Eh, okla ada briefing skit dengan student yang terlibat dengan Program Puncak Jaya ni. next entri aku cite benda lain plak ek. jangan jemu tau. teruskan membaca. ;P






~ Miss me? ~

Hai...




Wahhh. rasa macam dah lama gila tak ber-belog-ging kan. kamu kamu sume mesti rindu sama tuan punya belog ni kan. hahaha. perasan tak abis-abis. tapi memang lama lah tak dapat nak hapdet belog ni. last masa Khamis lepas. ni dah Jumaat. pehh dah seminggu lebih tu.




Sebenarnya baaaaaanyak sangat cerita yang nak di-share-kan kat sini. berebut-rebut nak kuar ni. haha. sabo sabo. satu-satu ok. ;)




Mula-mula aku nak cite pasal experience aku masa kursus kat IKBN Temerloh dari 31 Mei sampai 2 Jun lepas. mula-mula nak pegi tu memang kitorang (kaunselor-kaunselor lain) excited gile la kan. time tu tak dapat bayangan lagi apa yang kitorang kena buat time kursus tu. kitorang expect just dengar taklimat pasal kursus yang diorang tawarkan la. tapi bila fikir-fikir balik takkan dengar pasal benda tu pun sampai 3 hari. kitorang dah mula fikir yang bukan-bukan.




Sampai-sampai je kat IKBN Temerloh, check-in bilik. bukan hotel ye. asrama je. hehe. tapi nasib baikla IKBN ni baru 2 tahun dibuka. so memang bersih la. 1 bilik duk 6 orang. tapi bilik memang besar. cuma yang tak bestnya bilik air kat luar la. yela nama pun asrama kan. ingat hotel ke nak bilik air dalam bilik. hehe. aku bukan apa. time tu aku dah terfikir macam mana kalo tengah-tengah malam kang rasa nak terkucil. tak berani aku nak meredah ke bilik air sorang-sorang. pastu sorang kaunselor ni (cikgu yap) offer suruh kejut dia kalo rasa nak terkucil tengah malam. baiknya dia. tapi pastu dia sambung balik.



"Sebab nanti kalo i nak terkucil, i akan kejut u pulak. hahaha."



Ceh. ada maksud tersirat rupanya. haha. tapi tak kisahla. aku ok je. then, around 4.30 pm kitorang kena berkumpul kat Auditorium untuk taklimat program. masa tu barula diorang edar tentatif program. tengok-tengok je sume dah mula bising. sebabnya sepanjang 3 hari tu kitorang kena masuk bengkel-bengkel untuk tengok sendiri apa yang diorang buat. antara yang aku ingat bengkel packaging & labelling, airbrush, NGV, machine, bla bla bla. bosan gila wey. patutnya kalo program camtu buatla untuk student kan. buat untuk cikgu nak watpe. tapi aku pahamla niat diorang tu supaya kitorang ni sampaikan pada student kat sekolah. tahla aku pun tak tau nak cerita camne dengan student nanti.




Dari segi makan macam biasa la 6 kali sehari. tak dan kenyang, makan lagi. kalo sebulan kursus mau gemuk aku. baik-balik je incek hubby pun tak kenal mana 1 bini dia. hahaha. makanan ok la. cuma aku kurang suka tempat makan dia (kafeteria). bukan sebab kotor. tapi sebab agak tertutup. lampu pun suam-suam kuku je. sesak nafas dibuatnya. yang paling menyampah, kuar-kuar je 1 badan bau makanan. heeee bosan betul. tak selesa ko. untuk hari kedua dan ketiga awal-awal lagi aku dah sembur perfume 1 badan. naik pening room-mate aku. haha. nasibla kan. tu pun kuar je kafeteria masih ade bau makanan gak. haih tau taula.




Tiap hari program abis jam 11 malam. biasa sampai kul 10 dah setel. aku rasa diorang ni tak biasa lagi la buat kursus. tu yang timing agak tak munasabah. korang bayangkanla kalo 1 slot tu ada yang sampai 4 jam. tak ke tepu kepala otak korang. padahal bukan buat apa pun. just tengok je diorang proses apa-apa. kebanyakan slot memang kitorang mintak lecturer tu skip je. sejam lebih dah setel. diorang pun paham tak releven timing tu. bagus.




Dalam jadual ikutkan habis program hari Ahad tu kul 6 petang tau. tapi sume cikgu bising. yela esoknya nak pegi keje. Temerloh ni bukan dekat dik oiii. mau dekat 3 jam gak perjalanan. so bila ramai yang protes, diorang anjak ke pukul 2 petang. kira kul 2 tu penutup la. bagi sijil segala bagai, jam 3 naik bas terus gerak balik Lipis. hampir pukul 6 petang baru aku selamat sampai.




Penat memang penat tapi tahap kerinduan kat incek hubby tu mengatasi segala-galanya. hahaha. sila jangan muntah ye. sejuk je hati dapat tengok wajah kesayangan hamba. dia pun nampak macam dah rindu sangat je. hehe. padahal baru 3 hari tu. kalau 3 bulan mau gila masing-masing. haha.




Oh, lupa nak bagitau. masa kat IKBN tu, PPD Lipis ada call aku & bagitau aku kena attend meeting kat Temerloh gak Khamis tu. aku macam agak bengang la. yela aku dahla kursus kat Temerloh sampai Rabu. pastu Khamis kena pegi balik ke Temerloh semata-mata nak attend meeting je. haihh diorang ni. so kitorang bincang dengan sapa-sapa yang kena pegi tu sebab nak share kete. tak kuasa aku nak drive sorang-sorang. dahla tak tau jalan. kiranya minggu ni 4 hari direct aku tak ke sekolah. mesti diorang rindu kat aku. hahaha. perasan lagi. Jumaat sekolah 1 hari pastu cuti 2 minggu. huhu. nama je cuti tapi aku kena keje. nantila aku cite pasal tu plak. banyak keje nak kena setel sebelum cuti ni. ;P




Till then, see ya. ;)


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat