Tuesday, July 6, 2010

~ Siapa minat bunga, angkat tangan ~

KARENA KU CINTA KAU






Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu kerna ku cinta kau


Jika ada yang bilang ku tak baik
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu kerna ku cinta kau
Kau...


C/o:
Saat kau ingat aku
Ku ingat kau
Saat kau rindu
Aku juga rasa
Ku tau kau selalu ingin denganku
Kau tau ku juga ingin denganmu
Ku tau kau selalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau


Jika kau tak percaya padaku
Sedihnya aku
Jika kau lebih dengar mereka
Sakit hatiku
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu kerna ku cinta kau
Kau...



* Suka bangat dengan lagu ni & penyanyi nya. ;P



~ Sesi melepaskan geram ~

Hai, morning all...




Actually pagi ni mood aku ok je. entri ni pasal kegeraman aku semalam. tak taula aku patut geram ke tak. sebab salah tu puncanya dari aku gak. huh tahla. korang nilaila sendiri ek.




Citenye camni. aku memang dah tau kete kesayanganku Kenari tu ade 2 saman yang tak berbayo lagi. alaa korang pun mesti ade kan, kan. sebab macam sebelum-sebelum ni, saman tertunggak tu tak akan bagi masalah untuk urusan lain macam nak idupkan road-tax etc. TAPI!!! bolehla plak tibe-tibe die dijadikan masalah beso. 




Ok, aku cite dari awal kay. road-tax Kenari aku tu mati 2 Julai. minggu lepasla. so a week before that aku dah renew. dah bayo sume dah. tinggal tunggu siap jek. skali 2 hari pastu orang bank call bagitau aku tak leh renew road-tax and insurans sebab ade 2 saman tertunggak!! aku macam blur-blur anak itik jap. aku yang time tu tengah kat skola terus call incek hubby bagitau die. pastu aku sms kawan aku lak tanye die sebab die baik dengan sorang polis nih. die cakap bulan 3 ari tu baru je die idupkan road-tax dengan jayanya walaupun kete die penuh dengan saman. aikkk??? tak leh jadi ni. apsal time aku kene block plak?




Aku ni jenis tak reti sabo skit (banyak sebenonye). aku terus call orang Ambank balik and pertikaikan sume tu. si nyonya cina tu macam tergagap-gagap kene serang dengan aku. sian plak. hehe. padahal bukan salah diorang pun. JPJ KL yang pulang balik application form aku tu sebab ade saman black-list. selagi tak setel tak leh la renew road-tax. hari tu memang aku bengang abisla. sebab memikirkan 1 saman dah RM300. kalo 2, korang darabla sendiri ek. saje-saje je kan menderma kat diorang. kalo buat shopping tu macam-macam aku leh beli. huh.




Pastu semalam incek hubby pegi Balai Polis Lipis nak setelkan saman tu. mula-mula dia ingat 1 je saman yang kene bayo sebab member die ade 10 saman tapi 1 saman je yang kene bayo. so aku pun macam dah lega skitla. tetibe incek hubby call dari Balai Polis. aku ingat kene tangkap ke ape. skali die suh aku kuar duit skit sebab kene bayo sume saman. die malas nak pegi bank sebab nak beratur bayo saman tu kemainla panjang. so aku pun menggagau la cari bank segala bagai. pas bagi sume incek hubby suh aku balik dulu sebab die baru pas gaduh dengan cik kak polis tu. tak sabo aku nak dengar cite.




Incek hubby balik je, die terus membebel tak puas hati dengan cik kak polis yang perasan bagus tu. incek hubby cakap die tanya elok-elok je dengan cik kak tu kenapa die kena bayo sume saman sebab member die kene bayo 1 je. leh plak minah perasan bagus tu cakap, "kalo taknak bayo saman jangan bawak kete lelaju!!!" dengan nada angkuhnye. tak terbako ke korang? kalo aku pun mau kene penampo minah tu. pastu incek hubby yang dah mula nak terbako terus balas balik, "abis awak tak penah kene saman ke???". minah tu balas, "kitorang tak penah kene saman.kitorang baik." baik wakluuu!!! incek hubby dah geram sangat, die pun cakap, "memangla tak kene saman. korang sume kan kebal!!". terdiam terus minah tu. pastu ade sorang mamat polis ni yang kebetulan ade kat situ cakap kat incek hubby yang saman tu di-black-list-kan ikut daerah. 1 daerah 1 saman je. aku lak 2 daerah yang berbeza. 1 kat Lipis. 1 lagi kat Segamat. haaa tak leh ke die jawab macam cik abang polis tu jawab? tak le orang sakit hati kan. konon slogan BERHEMAH. tapi langsung tak berhemah!!!




Aku sebenarnye memang dah lame bengkek dengan certain polis yang berlagak bagus ni. macam 1 kes dulu, purse aku hilang. aku ni pegi buat report sebab takut kalo-kalo ic aku tu orang jual plak. tak pasal-pasal aku jadi orang indon. bukan aku kisahkan sangat duit dalam tu sebab tak banyak pun. tapi leh plak minah polis ni marah-marah kat aku. katenye kalo hilang purse takyah buat report. abis ic aku camne? member aku yang ade kat situ yang sebelum tu duduk terus bangun cakap yang aku nak buat report hilang ic, bukan hilang duit!!! pastu baru minah tu suh aku duduk. tu pun muka macam nak kene kaki dengan aku. bajet dah bagus sangatla jadi polis tu. blahla.





Start dari hari tu aku memang ade 1 persepsi la pada diorang ni. bila ternampak je bangunan biru camtu aku jadi menyampah. tapi yela tak sume yang perangai macam bagus camtu kan. ade gak yang bagus. tapi aku tak penah lak jumpe lagi. serius! korang penah tak? sorry la kalo ade cik, puan, encik, tuan polis kat luar tu yang terbaca entri aku ni. aku cite ape yang aku alami. sepatutnye tak kire la korang keje ape pun, pangkat beso mane pun. hormatla orang lain. sebab pangkat tu tak bawak ke mati. mati kang kite same-same duk dalam tanah. takde pun ko duk dalam air-cond macam sekarang ni. 




Aku terasa gakla bile incek hubby bising-bising tu. sebab aku yang bawak kete tu, die lak kene bayo. pastu aku cakap kat incek hubby sori sebab aku yang salah. incek hubby macam kelam kabut skit bile tengok aku macam sedih. die cakap die bukan marah kat aku. tapi marah dengan situasi kat Balai Polis tadi. yela tapi aku terasa gakla kan. bile tengok dalam saman tu, aku terlebih had laju sikiiiiittttt jek ko. patutnye 70km. tapi aku terlebih 8km. tu pun kene speed trap ke? cube korang try bawak kete korang dalam 78km/j. laju ke??? ade macam gaye berlumba ke?? lainla kalo time tu aku tengah syok pecut sampai 140km/j ke hape. memang tersangat-sangatla ralat. incek hubby siap cakap lagi, duit tu kalo buat beli handbag aku lagi bagus dari bagi kat polis!! hukhuk. kalo tak, dapat handbag.




Aku tau kerajaan dah takde duit sangat. tu yang sampai jadi camni. aku terfikir camne la kalo orang kampung yang susah tak berduit nak setelkan saman ni. RM300 tu leh buat belanja makan sebulan tau. patutnye diorang buatla saman ikut had laju kan. kalo melebihi 10km ke bawah, RM80 contohnya. lebih 20km, RM200. camtu la seterusnye. takla membebankan sangat. macam kes aku ni lebih 8km je tapi saman tetap RM300. kalo camtu baik aku bawak laju terus kan. tak la terasa ralat sangat. 




Haihh. makin panas bile cite pasal benda ni. tapi 1 jela aku nak pesan kat kamu kamu sume. pasni berhati-hati jela. speed trap makin banyak sekarang ni. korang bawak kete macam siput pun, kalo kat depan skola tak leh lebih 30km, silap-silap korang kene gak. aku tryla gak drive 30km/j kan. terus mampus enjin kene aku. tak pasal-pasal leh jadi eksiden. nak buat tu biarla releven skit kan. 




Dahla. kurang skit rase geram aku ni dapat luahkan kat sini. hari ni aku nak pegi Ambank Raub, nak campak resit tu kat muka diorang. siapkan road-tax aku cepat skit!! sekarang ni aku duk mengangkut kete Honda incek hubby pegi keje. incek hubby skola depan umah je so takpela bawak Kenari tu. aku malas nak bawak Honda ni sebab minyakla. even save gak tapi Kenari laaaaagi jimat. huhu.




* Dari polis sampai ke artis, tak abis-abis nak menyaman!! 




Friday, July 2, 2010

~ Penantian satu penyeksaan ~

Hai and good morning all...





Semalam tak sempat langsung nak online apatah nak hapdet belog sebab ade event kat skola. Hari Koperasi peringkat skola. dari pagi sampai ke petang duk kat dewan. ade macam-macam aktiviti yang diorang buat. antaranya pertandingan karaoke, petanque, gerai-gerai makanan, bla bla bla.




Korang jangan pelik bile dengar kitorang buat pertandingan karaoke tu. dah memang lumrah kat skola aku ni, budak-budaknye suke sangat bab-bab menyanyi ni. kalo suh blaja kemain la liat. tapi bile suh naik pentas nyanyi, huihhh cepat je. memang betul pun, yang masuk pertandingan sume yang jenis muke malas blaja. tapi suara not bad. not bad untuk ke laut la. hahaha. yang syoknye, budak-budak 'ori' pun berani gak masuk. siap joget-joget lagi. last-last dia yang menang. nak tau dia nyanyi lagu ape? lagu Cari Jodoh Wali Band. hahaha. kitorang cikgu cikgi ni terhibur dengan gelagat dia. dahla badan comel je. 




Yang budak-budak nakal tu kitorang tak berapa gemar sangat. ade plak sorang ni cikgu kelas dia cakap dah beberapa hari dia tak datang skola. tapi hari tu leh plak datang skola siap masuk nyanyi lagi. baik demam terus nyanyi ekk ko. demam la sangat. diorang ni memang gitula. kalo time takde event susah tul nak pegi skola. tapi kalo ade aktiviti yang tak melibatkan P&P, dia dulu la. kami kami ni dah tak larat dah nak tegur. camtu gak jadinye. jadi biarla undang-undang skola je yang bercakap. sampai mase, gantung skola. tak pun buang skola terus. bila dah kene buang, heret plak mak bapak ke skola merayu nak masuk skola balik. heeiii tak paham aku diorang ni.





Haaa kan aku dah bebel. tak pasal-pasal je kan. takde kaitan betul dengan tajuk entri ni. hehe. tapi memang aku sengaja taknak mengaitkannya pun. hanya aku je yang tau ape yang aku nantikan tu. sabo jela. nak tau gak ke? nantila aku bagitau. belum mase lagi kay. ;P




Hari ni ada event lagi kat skola aku ni. tapi aku sempatla hapdet belog ni jap. sebab event start 10 pagi kang. ade VIP datang. aku uruskan cenderahati VIP je. tu pun ad-hoc. last minit baru tau ade program ni. kelam kabut gakla aku mencari hadiah untuk diorang. ape yang sempat jela aku balut jadi hamper. 




Hari ni gak start Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform kat skola aku. sampai la hari Ahad. yang bestnye, hari Isnin kitorang dapat cuti!!! jeles tak? hehe. yela dah hari Ahad pun kene keje gak, haruslah Isnin tu dibagi cuti kan. kalo tak, mau mogok cikgu cikgi ni. hehe. aku terlibat masa hari akhir tu je nanti. bahagian perasmian penutup. so takla penat sangat. 




Incek hubby pun ade event gak kat skola dia weekend ni. haihhh masing-masing bz memanjang. camnela nak ade anak camni. memang jarang sangatla weekend kitorang ni leh rilek je duk umah. kalo tak aku, incek hubby yang ke hulu ke hilir buat keje. kalo takde keje pun mesti dia cari keje gak. suke no tinggalkan bini dia ni kesunyian. huhuhu. 






Eh okla ek. program dah nak start ni. cikgu cikgi tu dah menjerit panggil aku turun bawak hadiah. hehe. takut no aku tak takde kan. see u alls in next entry ya. bye.





* Budak 'ori' = budak asli. ;P







Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat