Wednesday, July 7, 2010

~ Domino's vs Pizza Hut ~

Hai again...




Nak cite pasal makan-makan lak. hari ni aku tak pose. so takpela cite pasal makan. time pose makruh. 




* Credit to Google


Korang suke ke fast food macam Domino's or Pizza Hut ni? aku biase-biase jela. time rase nak makan, makan. tapi kat tempat aku ni memang ko takkan jumpe la benda alah ni. paling hebat pun KFC. name je KL (kuala lipis), tapi habuk pun tarak. so aku jumpa time balik umah mak aku kat Kluang, Johor or pegi jalan-jalan kat KL (kolumpo). 



Bagi aku secara personal la kan. aku lebih suka cik D daripada cik P. kalo korang bandingkan sebelah menyebelah korang akan nampak the different. yang mane lebih isi, yang mane lebih tepung. maybe brand cik D ni kureng skit berbanding cik P dari segi promosi. tapi kadang-kadang yang kurang promosi tu la yang lebih baik.




Nak kate aku syok sendiri tak leh gak. sebab incek hubby pun sependapat dengan aku. kalo dah sependapat tu maknanye betul la tu. sebab kitorang ni susah skit nak same pendapat. ade je yang die bantah pendapat aku. tapi kali ni, same-same angkat ibu jari tangan. sedapla tu. hehe. aku ingat lagi mase aku balik dari lawatan ke KL hari tu aku beli sebijik je. incek hubby bising sebab beli sikit sangat. incek hubby tak berapa suka dengan cik P. die kata makan sikit dah muak. kalo cik D, sebijik tu pun die leh sapu licin. 



Tak taula korang camne. tekak masing-masing tak same. weekend ni nak pegi kolumpo lagi. nak tengok wife abang incek hubby baru bersalin. diorang duk Ampang. so lehla melantak cik D lagi. haihh migrain balikla aku ni kang. 




* Cik D ke, Cik P ke, dua-dua bagi penyakit. ngeeeee. ;P



~ Kad kredit membantu atau HANTU? ~

Hai kamu kamu...




Hari ni mood ok. cuma kepala agak pening-pening lalat macam nak migrain. sebab kat luar panas terik sangat kot. so duk berkurung dalam ofis jela aku hari ni. 




*kredit to Google


Meh nak share cite skit pasal kad kredit. korang korang sume mesti ramai yang pakai kad kredit kan. bukan 1, bukan 2. tapi 4 terus. yela zaman sekarang ni memang orang dah tak pakai cash-cash ni. sume main zappp je. bawak cash banyak-banyak kang kene rompak naya je. 




Aku pakai kad kredit tak? tak pun. sebelum ni memang banyakla bank-bank yang offer kad kredit ni. yela bank memang suke bagi orang duit. pinjamla. time offer kemainla cakap sume manis. cite yang baik-baik je. langsung takde cite pasal risiko ke hape ke. bile sampai mase lambat bayar contohnye, mule la asik call 24 jam pastu bising-bising suh bayo. mule la kuar segala macam risiko yang kita kene tanggung. dah macam ALONG aku tengok. cuma orang bank ni takdela sampai simbah kete dengan cat. hehe. 




Pastu yang buat aku bengkek sangat, bila diorang offer pastu kite taknak kan, diorang leh cakap yang kite ni ketinggalan zaman. heiii abis ko tu dah kedepan zaman sangat ke sampai hutang bertimbun-timbun? saje je kan buat orang hangin. ko kalo nak jual kad kredit ko tu cakapla elok-elok. ni baru kene psiko skit dah melenting tak tentu hala. aku kalo dah kene camtu memang aku menyumpah balikla. aku balas je, "ye, memang saya ketinggalan zaman. tapi hidup saya bebas hutang. duit berkepul-kepul dalam bank." haaa tersengih-sengih macam kerang busuk ko.





Pastu kekadang diorang ni macam memaksa kita suh amik kad kredit tu kan. kalo boleh nak tarik-tarik tangan kita ni suh duduk dengar explaination dia. aku ni dulu mudah gakla kesian bila orang jual-jual barang ni. tapi pas dah di-brain-wash-kan oleh incek hubby, sekarang ni ko jangan berani-berani la nak tahan-tahan aku tengah jalan. memang aku lanyak je kaki ko. haha. ganas tul aku. yela aku malas nak dengar diorang bebel jual itula inila. kang bila dah dengar nak lari susah plak kan. so baik ko lari awal-awal. hahaha.




 Aku taula kekadang kad kredit ni ade gak bagusnye. tapi bagusnye untuk orang yang berdisiplin bayo tiap bulanla. tu pun selagi ko tak bayo abis selagi tu la interest mencanak-canak tiap bulan. 




Semalam aku ade baca 1 artikel dalam majalah Mastika bulan Julai pasal kad kredit ni. penulis tu orang cina. die cite pasal kawan die la. kawan die gelakkan die sebab cuma ade 1 kad kredit je. kawan dia tu cakap ade cara yang betul nak gunakan kad kredit semaksimum mungkin tanpa kuar duit kita sesen pun. mula-mula baca aku dah rasa tertarik. ape la caranya tu kan. pastu kawan die cakap mula-mula dia cuma amik 1 kad kredit je. die akan gunakan dengan jumlah yang maksimum. pastu dia buka kad kredit kedua. dengan kad kredit kedua tu dia akan bayar hutang dalam kad kredit pertama. camtula seterusnya. kiranya macam gali lubang tutup lubang la. kawan penulis tu cakap dia tak penah bayar kad kredit dengan duit dia sendiri. sume dengan duit orang lain. sampai la sekarang ni dia mampu hidup mewah dengan aset kondominium, banglo, etc.




Aku suh incek hubby baca artikel tu. die pun termenung jap fikirkan camne leh buat camtu. sedangkan kad kredit akan ade limit tertentu. kalo hutang kad kredit pertama dah RM5000, kad kredit kedua belum tentu leh dapat limit lebih dari tu. so kad kredit kedua tu abis buat bayo hutang kad kredit pertama jela. haihh korang paham ke ape aku cakap ni? aku pun dah mula pening. kalo yang paham tu bagusla ek. so lastly incek hubby buat kesimpulan yang maybe kawan penulis tu ade buat bisnes lain.tak pun die saje je buat cite tipu nak menyedapkan cite. manela tau kan. tapi tak dinafikan la kaum cina ni otak bijak dalam gunakan duit. tu yang kalo korang tengok kiri kanan korang sume kedai diorang je. kedai kaum kita seciput nun kat tepi tu je. padahal negara kita ni majoriti orang Melayu. no komen la ek. ;P




So, bagi aku, aku tetap takkan gunakan kad kredit sampai bila-bila. sukatila korang nak cakap aku kolot ke hape. yang penting aku taknak menanggung hutang camtu. biarla aku buat loan bank daripada guna kad kredit. yang memang pengumpul kad kredit sejati, itu hak masing-masing. tau guna, taula nak bayo. jangan sampai nanti jadi muflis sebab hutang melebihi aset. kalo rase dah takde duit tapi nak gak bershopping, fikirla semasak-masaknya. memang korang hepi sebab dapat shopping tapi aku yakin ke-hepi-an korang tu tak lama. time bayo hutang nanti korang tengokla muka masing-masing. hehe.




* Maap le kalo ade orang bank bace entri aku ni. ni pandangan peribadi aku ye. takde kaitan dengan mane-mane pihak. (tau ko takut ek). kekeke.







Tuesday, July 6, 2010

~ Darah naik, pahala kurang ~

Hai all...




Pagi-pagi tadi aku dah bebel melepaskan geram kan. tetibe aku teringat yang hari ni aku pose. ishhh tak pasal-pasal pahala aku kurang sebab marahkan cik kak polis tu punye pasal. 




So sekarang ni kene beristighfar banyak-banyak. time-time pose ni even pose ganti tak lehla nak hangin je. kene rilek. kang pahala kurang, darah plak yang mencanak-canak.




Emm cite pasal darah kan, sejak seminggu dua ni kepala aku kerap gakla melayang-layang. rasa macam nak pitam. korang penah rasa tak kalo tengah baring, tetibe korang terus bangun. korang akan rasa macam nak tumbang kan. aku rasa camtu la. bukan takat nak bangun. kadang-kadang tengah baring mengiring belah kiri, nak pusing ke belah kanan pun dah mula berpinar-pinar mata aku. kene pejam mata jap, pastu baru ok. aku syak 2 benda je. kalo tak darah tinggi, darah rendah. dulu aku memang penah kene tekanan darah rendah. 




Pastu maybe faktor pemakanan gakla. aku perasan kalo aku makan fast food pastu mesti kepala rasa lain macam. tapi aku bukanla kerap makan makanan ringan camtu. kekadang je bile teringin. tapi aku akan pastikan tiap hari sekurang-kurangnya sekali aku akan makan nasi. kalo tak dapat nasi aku rasa macam tak best je. macam tak puas makan. so kalo siang dah dapat nasi, malam aku makan macam mi ke, yang tak berat sangatla. ehh bukan sebab diet ye. aku ni dah tinggal rangka je. takde lemak dah nak buang. hahaha.




Ditambah dengan pose lak ni. incek hubby dah risau je takut berat badan aku makin turun. dahla nak naik kemain susah. puas aku telan suplemen nak tambah berat badan. pi mai pi mai tang tu gak. orang lain sibuk nak kurus, aku lak sibuk nak gemuk. mau nangis diorang bace entri aku ni. hehehe. tahla ek. akak ngan adik aku sume badan leh tahan semangat. aku jek yang lain pesen. jari kaki tangan kemain panjang. incek hubby slalu kutuk tapak kaki aku panjang. dah nak same dengan kaki die. cissssss. ni jenis kaki model tau! haha.





Tapi hakikatnya gemuk ke kurus ke, tak penting. yang penting tubuh badan sihat. kalo kurus melidi tapi penyakit ibarat tunggu panggilan kubur baik takyah. kalo gemuk pun pastikanla tak sampai ke obesiti. sebab bile dah gemuk lagi senang nak dapat penyakit. biar yang sedang-sedang aje. sedap nak dipeluk sudah. pastu kalo yang badan saiz XXL tu nak kurus, guna la cara yang betul yang tak memudaratkan diri sendiri. jumpa doktor dulu mintak nasihat. jangan ko main sebat sume benda yang kata leh buat ko kurus. kang kurus tak dapat, sakit yang ko tanggung. 




* Banyak makan tapi sume pegi tang perut. muncitttt!!! ;(



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat