Thursday, July 8, 2010

~ Bila wife dah mula membebel ~

Hai again...




Aku nak membebel lagi ni. pasal hal semalam. kalo korang nak tau aku ni bukanla wife yang jenis kuat bebel. aku sound skali jek. kalo tak dengar gak aku buat mogok. tu je cara aku. tapi bila dalam belog ni memang aku kuat bebel. nasibla belog ni tak leh kuar sound ek. kalo tak mau berdesing tinge korang. hahaha. 




Aku ni nak bebelkan si incek hubby. sumenye berpunca daripada bola. ye, ko cik bola. disebabkan ko la laki aku tu dah takde benda lain nak buat selain dari main game bola, tengok orang main bola. itula aktiviti tetap die start balik keje sampai la nak tido. dengan baik punye landing atas kusi malas yang die baru beli dari bai Pakistan, dengan tak pakai baju, dah macam mamat lombok dah aku tengok. 




Sebelum ni die dah stop dah main game tu. aku dah lega la sebab dapat layan TV. tapi 2,3 hari lepas die mulakan balik hobi yang tak mendatangkan hasil tu. hari pertama, aku diam. hari kedua, aku senyap lagi. tapi semalam, aku dah bunyikan hon. die angkat tangan sikit je. pastu sambung main balik. huhhh.




Malam tu pas Maghrib aku ajak incek hubby bawak aku pegi bank. nak kuar duit. tu pun kemainla lambatnye siap. pakai baju sambil tangan raba controller. bengang btul gua. bila aku dah cekak pinggang kat depan pintu baru kelam kabut cari kunci kete segala bagai. pastu bawak kete kemain la macam pelesit. bila aku tanya, "nape ni bawak kete laju sangat ni?". nak tau die jawab ape? ni ha, "tak leh lambat ni. abang ade training. ade team Italy baru beli abang tadi." pelepappp!!! hamik sedas tamparan wanita hinggap kat belakang badan. punyela gile main game sampai die buat benda tu dah macam betul.




Pastu kalo time main tu mulut senyap takpe gak. ni tak. dimakinya kawan-kawan dalam team tu sebab tak passing bola ke dia. puas aku cakap, "abang, diorang tu kan komputer je. bukan orang betul. mane die ade otak." ahhh takdenye die dengar cakap aku. macam die sorang je main bagus. padahal time die buat fault tau plak tersengih-sengih macam kerang busuk. haihhh abang, abang.




 Tu pasal game. belum lagi masuk bab World Cup ni. nasib baikla dah nak abis. yang last-last ni sume main kul 2.30 pagi. ingatkan malam tu lehla tengok TV. takdenye. kan aku cakap die layan game sampai nak membuta. aku lak layan baca magazine. pas 1, 1 aku baca. sampai dah tak tau nak baca ape lagi. leh plak incek hubby suh aku layan FB. sebab takut aku boring katanya. geraaaaammmm je aku dengar. 




Pastu awal pagi tadi macam biase la die bangun kul 2.30 pagi nak tengok Germany vs Spain. eh, lupa nak bagitau sekarang ni kitorang memang suka tido kat ruang tamu. sebab dalam bilik panas. memang tiap malam keje aku meng-hangkut tilam, bantal segala bagai ke bawah. pastu pagi aku hangkut balik naik atas. so kalo incek hubby bangun pepagi buta tu aku pun akan tersedar gakla. tapi aku tak bangun pun. tak kuasa aku. dahla pagi kul 6 dah kene bangun pegi keje. aku tersedar pun sebab terasa ade orang kuis-kuis selimut aku. tapi slow je. skali incek hubby nak share selimutla. tau sejuk ek. 




Incek hubby ni style time mula-mula tido memang die taknak selimut. tengah tido kang la die duk menarik-narik selimut aku nak share. pas dah kena marah beberapa kali sebab asik mengejut aku nak selimut, tu yang malam tadi slow je die kuis nak bukak. takut aku terjaga. kihkihkih. nak tergelak gak kekadang. aku bukan ape. aku ni kalo dah terjaga tengah malam susah nak tido balik. mase awal-awal kawin dulu incek hubby tak tau lagi. pas tengok bola tengah malam tu leh plak die kejut aku semata-mata nak bagitau team mane yang menang. tak ke boleh mendatangkan marah tu?




Tapi tulah kan. sedegil mane pun dia, sejengkel mane pun dia, kenapa aku masih tangkap cintan sama itu orang ek? pelik.




* Geram tapi tiap hari tak sabo nak balik nak tengok muka itu orang. ;P



~ Laki orang kemaruk dengan bini orang ~

Hai kawan-kawan...




Panas tak tajuk entri ni? kekeke. aku saje je nak bikin panas ini belog. sebab asik cite common jek. ehh tapi memang aku nak cite pun pasal perangai laki spesis camni. korang penah jumpe tak? aku sejak duk Lipis ni memang banyak tul jumpa spesis camni. takut woooo.




Mesti korang pelik kan nape plak aku nak takut. takutla wei sebab dah kena kat batang hidung sendiri. meh aku nak cite skit. bukan niat nak bukak pekung di dada yek. tapi cuma nak bagi peringatan supaya korang korang sume berhati-hati dengan si hidung belang ni. 




Serius sebelum ni memang aku tak penah lagi terjumpa laki orang nak meng-kenen bini orang depan mata aku. mula-mula tau benda ni aku dah macam cuak je. macam tak pecaya pun ade gak. firstly aku dengar cite dari mulut orang je. lastly kene kat diri sendiri ko. ade plak mamat sekor ni anak dah 3 tapi duk sibuk nak mengurat pompuan lain. kalo pompuan bujang takpe gak. ni bini orang weiii. ko ni kan. 





Risik punye risik baru aku tau cite sebenar pasal life mamat tu. name kene la sensored wey. ko nak kene saman? tapi memang aku terkezut gakla mulanya bile dengar peel sebenar dia. tak sangka ko. die jenis cakap lembut je. ingatkan memang lemah lembut and baikla. rupenye lembut ade makna. mula-mula aku tak perasan lagi. tapi lama-lama macam dah lain je. ko ingat aku nak senyap ke? no way la. aku inform awal-awal kat incek hubby. senang kalo ape-ape hal jadi. pastu aku cite gak kat kawan yang leh dipercayai. kawan tu memang dah tau perangai mamat ni. so dia tak terkejutla.




Tak lama pastu dengar plak cite yang mamat tu nak kawin lagi 1. haahhhh tu dia. nasib baikla bukan dengan bini orang. sebelum ni member baik die kawin 2. ni die plak. dah macam berlumba-lumba ko. nak tengok sape yang dapat paling banyak bini. tak senonoh tul. member die tu takpe gakla sebab ade alasan kukuh. dengan bini pertama tak dapat anak. ko? anak dah beso panjang. tapi masih gak nak menggatal.





Aku tak kisahla pasal die nak kawin 2 ke 3 ke 10 ke. tu hak dia sebagai laki. tapi janganla sampai ganggu bini orang kan. ko dah tak kenal dosa pahala ke? dibuatnya kene plak dengan bini orang yang tengah ade masalah dengan lakinya. tak ke tu leh meruntuhkan rumahtangga orang. dosa besar wey hukumnya. aku akui la sekarang ni nisbah pompuan dah terlebih ramai dari laki. so tula jadinya pompuan-pompuan yang bujang nun berebut ke laki orang. 





Aku ade gak habaq benda ni kat incek hubby. die sendiri pun akui kat tempat aku tinggal ni benda tu dah macam normal dah. ko macam dah tak heran kalo dengar jiran sebelah, depan, belakang umah ko tu ade 2,3 bini. pastu yang cerai-berai ni ko jangan cakapla. bersepah-sepah. naik takut aku. sempat gakla aku ingatkan incek hubby jangan duk terikut-ikut dengan budaya camtu. tersengih sambil angkat kening je dia. huhh.





Aku kadang-kadang terfikir gak risau nak membesarkan anak dalam budaya yang camtu. budaya tak sihat. tapi incek hubby cakap aku terlalu fikir bukan-bukan. kat mane-mane pun same je. mak bapak yang kene betul cara didiknya. bukan salahkan keadaan. errr betul gak kan. 




Pasal mamat tu plak sekarang ni dah slow skit. ade gakla kekadang nak dekat-dekat dengan aku. tapi aku cepat-cepat lari tempat lain. bahaya wooo. orang kalo dah kene hasut setan ape pun die tak ingat dah. cuma aku jela yang kena berhati-hati tiap masa. harap-harap tak lama la aku duk sini. 





* Meluat. menyampah. membluwekkkk. ;P 



Wednesday, July 7, 2010

~ Errr nak beli ke tak ek? ~

Hai...




 Errr ini pompuan sudah ternampak 1 handbag yang die minat. camno nih? hari tu baru sambar 2 bijik. takkan lagi kot. 




Errrr incek hubbyyyyyy.... leh tak ekkkkk....
Balik ni kene manja-manja sikit kot. kenyit-kenyit pastu gosok-gosok skit. jalan tak ek? 




* Lawa tak? lawa tak? ngeeeee...bukan ori yek...



Tak mahal pun. around RM100 something. look nice.  ;P



* FB punye pasal la nih. huh!



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat