Monday, July 12, 2010

~ Kenduri Sotong ~

Hai, good morning sume...






Awal pagi tadi Spain dah selamat pun menjulang Piala WC 2010. aku tak tengok pun. tak kuasa la nak bangun pepagi buta tu semata-mata nak tengok bola. dahla kul 6 dah kena bangun pegi keje. tapi orang kalo dah minat sangat sanggup je kan. macam incek hubby la.




Kul 3.30 pagi aku tersedar tengok dah terang-benderang. aku sempat gakla jeling sikit kat TV tengok masih 0-0. bangun pagi pun aku malas nak tanya incek hubby sape yang menang. dengar je dalam berita kat radio kang. 





Sedap betul pagi tadi bangun masih ujan dari malam semalam. rase liat je badan aku nak mandi. sejuk wooo. pas mandi baru aku teringat road-tax Kenari aku tu tak pasang lagi. pastu banyak barang-barang incek hubby tak kuarkan. aku kejut dia, dia suh bawak Honda lagi hari ni. dia malas nak kuar ujan-ujan tu nak pasang road-tax. hissshhh pemalas tul tau. memang slalu benda-benda gitu dia yang buat.




* Masak sambal pun sodap...



Berbalik smula cite pasal WC pagi tadi. aku tengok ramai no yang dah mula terpengaruh dengan ramalan si Paul Sotong ngan ayam belanda tu. glamer jap diorang. padahal diorang tu binatang je. tak mustahil ramalan menatang tu kebetulan je. yela dia kene pilih antara 2. bukan antara 10 negara. kalo 10 negara kompom dia salah teka.




Pastu aku baca paper, ade plak yang sampai nak bunuh si sotong tu sebab buat ramalan camtu. orang kafir memang camtula kot. taksub sangat dengan kepercayaan karut. tapi kita sebagai umat Islam ni janganla sampai terikut-ikut plak dengan diorang. kita kene percaya pada yang Satu tu. sumenye dah ditakdirkan.





Kalo korang nak tau, WC kali ni aku tak berapa excited sangat berbanding tahun-tahun sebelum ni. tak taula kenapa. maybe sebab dah kawin pastu dah keje kot. jadi masa tu agak terhad untuk tengok TV. kalo dulu, bangun kul 2,3 pagi pun aku sanggup. lagi-lagi mase France 98 dulu. slalu no kene bebel dengan mak aku sebab tiap kali die bangun pagi tu, dia tengok TV yang tengah tengok aku. siap dah abis siaran lagi. aku plak syok membuta. haha.




So bila umur pun dah bertambah ni, aku makin kurang melayan benda-benda camtu. kekadang tu tengok gakla. tapi incek hubby memang aku tak leh sekatla. name pun cikgu Sains Sukan kan. nak taknak memang tulah cabang dia. dah dia pun tak leh main bola pas injured masa kat UPSI dulu. so sekarang ni tengok orang lain main jela. lepas gian kata orang. 
Tapi sekarang ni aku memang dah lega sangat-sangat sebab WC dah abis. maknanya aku lehla layan cite-cite kat TV tu. takla 24 jam asik ngadap bola je. cuma kene bahagi-bahagi masa dengan time incek hubby main game plak.





* Tetiba teringin makan sotong masak sambal. apakah???



Friday, July 9, 2010

~ Weekend planning ~

Hai again...





Hari ni dah Jumaat. esok of cos la cuti bagi yang keje gomen tu. jadi cuti-cuti hujung minggu ni biasenye korang buat ape? duk umah? shopping? balik kampung?





Aku biasenye memang lepak kat umah je. sebab time tu la aku leh rilek-rilek rehatkan badan. cuma kekadang je time angin shopping datang, ke KL la aku ngan incek hubby. bukan selalu ye, kekadang je.





Tapi weekend ni incek hubby dah ade planning. mum-in-law ajak pegi tengok baby baru abang ipar aku kat KL. wife dia baru gakla bersalin. diorang duk kat Ampang. alang-alang dah ke KL tu incek hubby plan nak ke Low Yat. nak beli netbook katenye. dah lame dah mamat tu nak beli tapi bile pegi KL yang dibelinye perfume. menyimpang jauh betul. 




Aku sebenarnya tak berapa setuju incek hubby nak beli netbook. sebab die bukan selalu guna pun. laptop aku ni pun jarang die guna. sebenarnya aku taknak nanti die asik duk ngadap FB jek. kang sume benda tak siap. sedangkan XBox tu pun dah pagi petang ngadapnye, bile mase plak nak ngadap netbook. hmmm tapi dah die nak sangat kan. biar jela. duit dia. 





Pastu weekend ni aku ingat nak jenguk pakcik aku yang baru pas operate tulang belakang. dia duk Lipis gak. dekat tapi dah sebulan baru nak jenguk. melampau nye anak sedara. kekeke. takdela, lately ni memang aku ngan incek hubby bz skit. dengan camping segala bagai. incek hubby malas nak pegi time hari keje sebab penat katanye. aku ni kene la ikut cakap suami kan. time ni la ko nak ikut kan. tapi at least aku dah call pakcik aku tu tanya kabo. sume ok je. tengokla, malam kang ke aku datangla umah dia.





* Kena selalu jenguk sedara mara. kang mak bising. ngeeee.



~ Bila 'Ibu' jadi 'Abu' ~

Hai, pagi kamu kamu sekalian alam...




 Aku baru abis mengajar kelas intervensi jap tadi. memang rutin tiap hari Jumaat pagi akan terdengarla suara aku duk terjerit-jerit mengajar budak mengeja. aku ajar budak mengeja? macam pelik tak?




Oh, bagi yang tak tau tu, aku ditakdirkan menjadi kaunselor dan tak mengajar. tapi awal tahun ni aku kena membantu cikgu B. Melayu untuk ajar pelajar-pelajar yang masih ade masalah untuk mengeja. aku nak tekankan kat sini yang aku mengajar di SEKOLAH MENENGAH. ye, bukan sekolah rendah. jangan terkejutla kalo aku cakap sekolah menengah pun masih ade lagi yang duk merangkak-rangkak nak mengeja. 





Tapi kes aku ni sume budak asli. so no wonder la diorang tak berapa reti mengeja kan. tapi ade gak yang bagus. baru ajar beberapa kali dah leh tangkap. nampakla perkembangannya. tapi ade gak beberapa ketul yang alahaii malas aku nak cakap. suh eja IBU jadi ABU. baik-baik aku ni lemah lembut terus jadi macam singa lapo. hahaha. 




Alhamdulillah dah pertengahan tahun ni makin baik perkembangannya. pelajar yang tak reti mengeja pun dah makin berkurang. bermakna makin kurangla beban cikgu-cikgu diorang nanti. ehh tapi ade gak tau pelajar form 5 yang tak lancar lagi membaca. tersekat-sekat. aku tak taula ape punca diorang jadi camni. langsung tak membaca agaknya. kalo dah susah nak mengeja, korang bayangkan la camne nak menjawab esei mase exam nanti. soalan objektif lehla ko tonyoh-tonyoh kertas OMR tu. tapi karangan ko nak tonyoh ape? baik tonyoh kepala sendiri.





Aku pun kekadang sian tengok cikgu-cikgi yang dah habis cara nak bantu pelajar-pelajar ni. yela, kalo result teruk, cikgu gak yang kene menjawab. budak buat deekkkk je. die peduli ape kan. langsung takde rasa kesian dan tanggungjawab atas ape yang diorang dah buat. aku yakin sume cikgu dalam dunia ni ada matlamat yang sama. nak didik pelajar. tapi kalo pelajar tu sendiri taknak bantu diri dia, kita tolong pun tak guna. 





Itula ragam dalam dunia pendidikan sekarang ni. bagi orang luar yang tak pernah alami sendiri camne peritnya jadi cikgu, aku cabar dudukla seminggu kat sekolah. berdepanla dengan pelajar-pelajar yang lebih hebat daripada cikgu-cikgunya. jangan cuma tau nak tuding jari, saman, salahkan cikgu disebabkan anak sendiri yang tak makan dek ajar. tapi tak sume yang macam tu. ade gak yang prihatin dan faham tugas guru kat sekolah adalah untuk mendidik dan membimbing pelajar untuk jadi orang berguna. jadi bila di sekolah, anak-anak itu berada di bawah tanggungjawab cikgu. percayalah pada kami. 





Cikgu bukan macam doktor yang hari ni bagi ubat, esok dah baik. cikgu merawat emosi, rohani, sahsiah dan fizikal pelajar untuk jadi baik. emosi dan rohani yang tak nampak dek mata kasar. yang tak boleh di-scan dalam MRI. yang tak boleh dicucuk dengan jarum. semuanya perlukan pendekatan psikologi dan intelektual. rotan sendiri pun tak mampu untuk ubah sikap seseorang itu. 




Tapi, walaupun kerjaya yang aku sandang sekarang tersangatlah mencabar, aku tetap bersyukur memegang tanggungjawab yang mulia ni. harap-harap aku dapat jalankan amanah yang diberi dengan sebaik-baiknya selagi hayat dikandung badan. 




* Marah tanda sayang. 



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat