Tuesday, August 3, 2010

~ Si adik mati kutu lepas kehilangan si abang ~



Hai. selamat tengahari sume.





Hari ni aku ber-belog di rumah. sampai hari Khamis aku tak keje sebab ade program kat luar. sempat gak ber-belog-ging jap ni.




Kenapa dengan tajuk entri aku tu? mengarut je kan. takla mengarut mane pun. memang ade kaitan dengan idup aku. aku sedih bila tengok si adik macam murung je pas si abang mati. macam termenung je. incek hubby la yang paling terasa. sebab die cakap sumenye berpunca dari die. uhuk.





Opss, bukan adik die yang mati ek. tapi burung murai batu kesayangannya yang mati. kan die ade bela 2 ekor. aku panggil sekor tu si abang sebab dah beso. yang sekor lagi si adik sebab makan pun kene bersuap lagi. sebelum ni memang budak-budak tu diperap dalam bilik kat tingkat atas. bilik tu memang tak guna. aku suh die letak luar je tapi takut hilang katanya. so lantakkan jela.





Pastu kan family aku datang sini weekend lepas kan. bilik tu die cuci untuk jadikan bilik tetamu. pastu yang si abang die letak kat beranda kat tingkat atas. yang si adik die letak kat umah mak die. aku suh letak dua-dua skali tapi die cakap takyah. 





Nak dijadikan cite, hari Sabtu malam tu pas kitorang sume balik makan kat luar, incek hubby cek kat beranda. tengok-tengok si abang dah terjelepok dalam sangkar. kakinya putus. badan dah keras. incek hubby menjerit-jerit turun bawah bagitau si abang dah mati. die beli burung tu RM400. melayang duit. die cakap tu keje si kucing la. 





Aku macam pelik gak camne la kucing tu leh bunuh si abang dalam sangkar. sangkar tu ikutkan memang selamat. emmm puas gakla aku pujuk incek hubby malam tu. die sedih sangat sebab die sayang si abang even si adik yang lebih manja dengan die. aku plak lebih suka si adik sebab manja sangat. kalo kita lepaskan pun, die takkan terbang kuar. die suka bergesel-gesel dengan aku and incek hubby. yang si abang jenis suka buat hal sendiri. yela, dah beso kan.






Yang si adik ni makan pun kene bersuap. sebab incek hubby bela sejak die baby lagi. last-last sampai ke beso ngada-ngada taknak makan sendiri. tapi kalo letak cengkerik, cepat je die patuk. kalo letak dedak, jangan harapla die nak patuk makan. kene gak suap ngan tangan. kekadang klaka gak aku tengok.





Ni bila dah tinggal sekor, aku tengok mula-mula tu die diam je. macam termenung. maybe duk teringatkan si abang. kalo tak, berlawan-lawan bunyi 2 ekor tu. ni si adik dah takde kawan nak lawan siul. bersiul la die sesekor. sekarang ni si adik dah makin pandai berbunyi. sedap je bunyinya. tu yang incek hubby suke sangat tu. 





Incek hubby cakap nak beli lagi sekor gantikan si abang. buat teman si adik. aku suh beli yang baby. sebab senang jaga dari kecik. kalo dah beso ni die liar sikit.





Haihh mesti korang gelak je kan tengok life kitorang ni. yela, nak manja-manja dengan baby, takde lagi. jadi manja dengan burung jela. incek hubby nak bela kucing tapi aku lak elergic bulu kucing tu. last-last die bela burung. senang. nanti kalo dah ade baby baru la manja-manja dengan baby lak. InsyaAllah. korang doa-doakan la ek.




* Incek hubby tanam si abang kat depan umah. ;(



Monday, August 2, 2010

~ First time dapat award!! Thanx Aleya! ~



My First Award > Interesting Blog Award






1.Thanks and link the person that tagged you.
 Thanx a lot kepada ALEYA sebab sudi menganugerahkan (wahh gitu) award ni untuk blog yang masih mentah ni. muah muah untuk kamu! ;)



2.Tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic.
 Ramai plak kan nak kene tag sampai 15 orang. ok i try. ;)
Sue 
3.Contact that blogs and let them know they have been tagged.
Ok, mudah saja. ;)


4.State 7 things about yourself
** Independent woman **
** Suara lembut tapi bila ketawa mengalahkan pontianak **
** Ditakdirkan menjadi Kaunselor **
** Cepat marah, cepat sejuk **
** Boleh tahan kuat cemburunya **
** Kadang-kadang terlalu pemalu sampai menyusahkan **
** Tak suka sepah-sepah **


 <7 je ke? alahai sikit benor>



Makasih Aleya!!! ;)


 

~ Gembira + Sedih = ????? ~



Hai. selamat hari Isnin sume.





Camne weekend korang? ok? weekend aku sangat-sangat best ok. kan dalam entri-entri sebelum ni aku ade mention yang family aku dari Kluang nak datang umah kan. and yes, 2 hari tu memang tak cukup. aku rase baru je jap bermanja-manjaan dengan mak ayah, diorang dah kene balik. uhuk. rase nak je ikut balik. dahla time raya kang baru leh balik Kluang. lama lagi woooo. ;(







Diorang sampai Lipis dekat kul 4 pagi. malam tu aku tak berapa leh tido. jap-jap bangun tengok jam. pastu mesej akak aku tanya dah sampai mana. yela, takut aku tak sedar lak bile dah tido mati. tido plak kat ruang tamu je. dengan lampu on. aku nak tutup, incek hubby cakap takyah. sebab takut tak sedar. last-last memasing tak leh tido.







Tau-tau akak aku call bagitau dah sampai. kelam-kabutla aku ngan incek hubby ke stesen. aku suh die call kat stesen sebelum tu. tapi die cakap dah gelap gelita tak nampak ape-ape dah kat luar. ye gak ek. nasib baik umah ke stesen tak jauh. dalam 10 minit gitu. 





Sampai umah, aku dah siap sume toto, bantal. diorang tinggal tido je. sempat gak borak-borak jap even jam dah kul 4 lebih. suke sangat sampai tak rasa ngantuk. pastu baru aku leh tido. incek hubby awal-awal dah berdengkur. die tak bape sihat akhir-akhir ni. selsema tak baik-baik. 





Kul 7.30 gitu baru aku terbangun. mata ngantuk lagi. tapi kene buat breakfast untuk diorang. aku turun, tengok sume terbongkang lagi. yela, dalam tren bukan leh tido kan. masing-masing berlawan dengkur. aku pun slow-slow jela buat keje kat dapur. taknak diorang terjaga. aku plan nak buat mi goreng, nasi goreng, goreng nugget ngan sardin gulung. wahhh rajin aku kan?





Actually, mak aku yang tolong masak. hahah. die yang bangun dulu. pas mandi trus die ke dapur. sian agaknye tengok anaknya ni terkocoh sensorang kat dapur. aku ni tak bape reti masak untuk ramai orang. tak pandai agak. nasib baik ade mak. thanx mak!! ;)





Ingatkan tengahari tu diorang lunch kat umah aku. sekali makcik aku ajak datang umah die lak. die duk Lipis gak. emmm bagus gak kan. nasib baik incek hubby tak pegi pasar beli lauk lagi. kalo tak sape la nak makan banyak-banyak tu. dahla bininya ni 'rajin' sangat masak. kihkihkih.





Pejam celik, pejam celik dah sampai hari Ahad. jap je aku rasa. tapi sempat gakla family aku jenguk ke rumah besannya (my MIL). yela, tak sedap plak dah datang situ tak jenguk dia kan. MIL aku ni jenis suke layan tetamu. pastu dihidangnya macam-macam buah. kan sekarang tengah musim kan. kalo leh sume die nak suh bawak balik. hehe. sabo jela.




Masa anta diorang nak balik tu, rasa sayu je. aku memang tak suka situasi tu. aku tunggu sampai la tren hilang dari pandangan mata. rasa nak je lompat naik skali. hehe. kang incek hubby aku lak nangis kene tinggal.





Takpe, sabola. tak lama lagi. dalam bulan pose ni lagila haru. uhuk. padahal taun lepas pun dah merasa pose jauh-jauh dari family camni. tapi masih gak sedih. ;(





* Bila ingat raya taun ni kat Kluang, trus jadi hepi balik. ;))))



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat