Friday, September 17, 2010

~ Ye! Saya bukan blogger tegar! ~

Assalamualaikum sume.




Lame kan korang tak dengar aku mengarut kat sini. haha. biaselah, kalo aku cuti, memang aku akan cuti segala-galanya. tak kuasa nak mengarang ayat depan laptop ni sedangkan tengok TV itu lebih best.



Hari ni pun masih ade lagi saki-baki rasa malas tu. tapi aku gagahkan gak jari ni nak menaip. sebenarnye ade keje yang kena buat tapi biar dulula. masih mencari mood untuk bekerja. almaklumlah dekat 2 minggu cuti raya. otak pun masih ingat kuih raye je. haha.




Sebenarnye aku dah ade niat jahat untuk tak meng-kerja-kan diri hari ni. tapi fikir punya fikir, last-last tak jadi plak. tak leh diikutkan sangat perangai malas tu. kang orang dah cop 'Pemalas' baru tau. lagipun esok ade skola ganti. nak taknak kena gakla pegi.



Sebab lain yg membuatkan aku kena gak pegi keje hari ni ngan esok sebab aku dah dengar-dengar berita pasal Pengetua skola aku akan berpindah ke PPD Raub start minggu depan. cepat tu! takde angin, takde ribut tau-tau nak pindah. yela, maybe sebab die duk Raub. tiap hari berulang ke skola. umur plak agak-agak tua skit. ape-ape hal kang susah. 




So, esok maybe last day Pengetua lama kat skola ni. tak sure sape yang akan ganti die. harap-harapla ok. sebab Pengetua sekarang ni ok sangat. tak cerewet. tak garang. tapi sume tu buat cikgu jadi malas. ngehehehe. tak kisahla sape pun yang ganti. yang penting kita buat tugas masing-masing dengan sebaiknya. tak gitu?



Apela aku ni ek. orang lain duk bercerita pasal raya tapi ko cite pasal keje. rilekla babe. jangan tension-tension di hari raya ni. masuk hari ni dah 8 Syawal. jap je kan. suasana raya pun dah mula kurang. taun ni kurang lak budak-budak beraya umah aku. tak sampai 10 orang.




Incek hubby suke sangat melayan bebudak datang beraya. macam-macam ditanya. sampai bebudak tu naik syok taknak balik-balik. tau la umah aku best. muahahaha pasan jap. cuma taun ni meriah skit sebab beraya sakan dengan family mertua. first day memang raya kat Kluang. second day aku dah balik Lipis. so lebihnya beraya kat sini la.




Raya umah adik-beradik incek hubby yang ramai tu. masing-masing tunjuk skill memasak. mula-mula ingat umah aku tak kene serang, last-last kena gak. hahaha. masing-masing order nak makan ape. wallawei. ingat aku ni reti nau memasak ke. masak air lehla. tapi dalam banyak-banyak tu majoriti nak makan soto. diorang cakap orang Johor pandai masak soto. memangla orang Johor pandai tapi aku tak pandai!!! miahahaha.




Incek hubby cepat je setuju. muka aku dah kelat-kelat masam. duk fikir mane aku nak korek resepi. tetiba teringat Buku Resepi Chef Hanieliza a.k.a Kak Liza. buku tu incek hubby beli kat Popular sebelum raya lagi. die memang bersemangat kalo nampak buku resepi. tapi masaknye malas.




* Muka depan Buku Resepi Kak Liza



* Muka belakang.



Balik umah aku terus belek-belek buku resepi tu. nahhh! ade pun resepi soto. senang dan pantas. bahan-bahan pun tak susah mane. pastu aku cari plak resepi bergedel. sedap wat makan dengan soto. pun ade gak. bagusla buku ni. korang try la beli. tak rugi woo. ade 365 jenis resepi. yela, kite kan ade 365 hari. bijak Kak Liza. hehe. promote gile-gile ni ade komisyen tak? ngehehehe.




Soknye pepagi dah bangun nak ke pasar beli bahan-bahan untuk buat soto. sedar tak sedar beratus gak abis untuk beli sume bahan. yela, skang kan ayam dah mahal. sekor je cecah RM20. dulu tak sampai pun RM10. tetamu yang nak dijamu plak ade la dalam 4,5 buah family. anak-anak sedara lagi. 




Takpe, sesekali je wat makan-makan beso ni. cuma aku agak risaula sebab tak biase masak untuk ramai. takat 3,4 orang tu pejam mata je. heheh. sudahnye, dari pagi aku bertapa kat dapur sorang-sorang okeh! incek hubby ade gakla tolong skit-skit. tapi jap jela. sedar-sedar dah ilang. pastu ade balik. huh!!




Rase macam senang tapi renyah gak nak membuatnye. yela, dapur ade 2 je. yang nak rebus nasi impitnye lagi, nak buat bergedel lagi. so kene ikut turn. aku sampai pening-pening kepala sebab dari pagi tak makan ape. nak masak punye pasal. pastu leh plak air takde!! orang dah excited nak masak, trus jadi takde mood. mujurla bilik air dekat je dengan dapur. air tangki ade lagi. so ulang-alik ke bilik air jela aku kejenye.




Pung pang pung pang, tengok jam dah kul 3 petang. gile! masak ape lame camni. tu pun masih tak siap sepenuhnya. incek hubby suh tambah bergedel sebab takut tak cukup. menggentel la aku sensorang. mujurla diorang tak jadi datang petang. sempatla aku nak kemas-kemas umah skit pastu mandi. leganya dapat mandi.




Pas maghrib baru diorang datang. Alhamdulillah diorang nampak berselera dengan soto aku. ke aku yang salah tengok? ahh!! tak kisahla. yang penting aku dah berjaya menjamu diorang walaupun tak taula sedap ke tak. yela, kalo tak sedap takkan sorang tambah sampai 2 kali kan. ke diorang lapar sangat ek? confuse jap.




 Ade la balance skit untuk aku ngan incek hubby makan malam tu ngan breakfast sok pagi. aku guna mangkuk polisterine je. senang. pas makan, ko campak je dalam plastik sampah. tak pening aku nak membasuh. 




Malam tu pinggang aku sume sakit-sakit. barula aku tau penangan memasak untuk jamuan or ape-ape je. time tu gak baru aku sedar camni rupenye perasaan mak aku tiap kali buat majlis kenduri or ape-ape je. memang penat. selama ni aku duk tolong skit-skit je so tak rase sangat. bila buat sorang-sorang memang azab! tiba-tiba kesian kat mak. uhuk.




Pasni aku kene rajin masak. incek hubby dah belikan kuali leper Tefal yang baru. dah lame sangat aku nak. baru ni die belikan. bukan aku tak mampu nak beli tapi saje je nak suh die belikan. haha. pastu buku resepi pun dah ade. takde alasan la ko malas masak ek diela. aku leh je nak masak tapi make sure lauknye ade la. kalo takde lauk camne nak masak. tu ayat yang selalu aku hadiahkan pada incek hubby. ngehehe. alasan baik punye.




So, hari ni nak masak ape ek? balik kang belek buku resepi Kak Liza lagi. ;)




* Kalo malas masak, jangan jadi pompuan ( gambar raya dalam next entri ek ).



Thursday, September 2, 2010

~ Rasa nak merajuk lagi tapi... ~



Assalamualaikum sume. ;)




Yey! hari ni dah hari Khamis. sok ari Jumaat. pastu cuti raya!! sangat excited okeh! ala korang pun kan. ;P




Plan awal incek hubby ajak balik Kluang hari Ahad kan. tapi hati aku ni dah tak sabar sangat nak jejak kaki kat umah mak aku. so, kelmarin aku memulakan sesi pujuk-memujuk.




Korang ingat aku terus cakap ke? idaaakkkk. berjam-jam aku fikir ayat terbaekkk punye yang boleh buat incek hubby tak cakap banyak dan terus setuju untuk balik awal ke Kluang. fikir punya fikir, malam pas die balik terawih tu, aku pun duk kenen-kenen. nak cakap, taknak. nak cakap, taknak.




Lame gak aku duk menebeng celah dia tapi tak cakap ape-ape. die pun buat dekk je sebab dah biase menebeng gitu kan. aku lak sampai berpeluh-peluh nak keluarkan ayat. padahal ape la sangat incek hubby tu kan. yang ko takut kemain nape.




Aku bukan takut ape. tapi aku takut nak terima penolakan. lately ni emosi aku cepat nau terusik. cepat je airmata ni nak mengalir. ngengada kan. so, thats why aku kena fikir ayat yang paling bagus dan boleh melembutkan hati incek hubby yang takdela keras mane pun. aku lagila keras. ngehngehngeh.




Setelah aku hampir-hampir sesak nafas sebab jap-jap tarik nafas panjang-panjang, maka aku berjaya gak mengeluarkan ayat,




" Abang...sayang ada 1 permintaan la...boleh tak?"




Ceh! fikir sikit punye lama tapi kuar ayat tunggang terbalik camtu. apakah? incek hubby tanya balik,



" Apa dia?"




Sambil mata ngadap TV. tak dipandang bininya ni yang duk terkebil-kebil tengok die. muka pucat lesi agaknye. adoiyai.




Aku tak cakap. aku diam je. incek hubby ulang balik pertanyaan die. aku senyum-senyum kambing. alaa senyum yang macam tak berapa nak senyum tu. last-last leh plak kuar dari mulut aku,




" Tak ade ape-ape."




Wallawei diela oiii. punyela sengal. pastu dalam hati aku memaki hamun diri sendiri. come on la diela! u can do it!




Tetiba ade lak kekuatan. dengan nada sayu yang antara dengar tak dengar, aku cakap,




" Emmm...boleh tak kalo kita balik Kluang hari Sabtu?"




Dada dah nak pecah dah time tu. dalam hati, please dont say no! please! kalo die cakap no je, aku yakin aku akan nangis kat situ gak. serius okeh! aku tak suka penolakan di saat itu.




Tetiba incek hubby gelak. uikk lawak ke? die tanye lak,




" Nape nak balik cepat?"




Aku balas,




" Tah...rasa nak balik cepat...rindu kat mak."




Peh! alasan baik punye. confirm die tak leh kata no. tapi serius memang aku rindu gila kat family aku. susah woo nak jumpa. time cuti panjang jela leh balik. takat cuti 2,3 hari takde maknanya. pastu incek hubby cakap,




" Okla, kita balik petang Sabtu tu."




Yeyyy!!! rasa nak melompat tapi aku tahankan. kang die berubah fikiran plak bila tengok perangai tak senonoh bininya melompat. tapi senyum dah sampai ke telinga. fuhhh! lega. ade hikmah rupenye bila aku rasa susah nak cakap. bila aku main redah je, memang selalu di-reject oleh incek hubby. hmmm pasni dah tau camne nak bagi die lembut hati. hehehe.




Tapi tak leh buat selalu sangat. kang tak jalan. sekali-sekala lehla. kalo dah terdesak sangat. tapi incek hubby ni jenis yang lembut hati. senang je nak pujuk dia. cuma di kala dan saat ni aku memang tak leh terima penolakan. tahla. die gurau skit aku dah mula nak nangis.




Sebab tulah susah kemain nak cakap. selalu tu ok je. biasela orang pompuan kan. emosi cepat sangat berubah. pagi ok, malam tak ok. penting bagi partner kita untuk faham diri kita. kalo tak faham, camne nak idup same kan.




* Kadang-kadang merajuk itu perlu untuk buktikan yang kita pun ade perasaan.  



Wednesday, September 1, 2010

~ Lagi 8 hari!! ~



Assalamualaikum kawan-kawan. ;)




Semalam aku ngan incek hubby pegi KL. kan dalam entri sebelum ni aku ade mention yang incek hubby dah janji nak belikan kasut raya. tapi sebenarnye die ade plan lain. die nak jumpe adik die yang keje kat KL nun.



Ade la projek diorang 2 beradik tu. malas nak tulis kat sini. kire ade bisnes kecik-kecik la. yela, cari duit raya kan. sampai ke pelabuhan klang kitorang pegi. aku dari Lipis dalam kul 9 pagi. sampai sana dekat kul 12. pas setel sume baru cari kasut.




Memula ingat nak cari shopping complex kat Shah Alam je sebab adik die kat situ. tapi tak jadi lak. adik die nak pegi dating kat Sunway Pyramid. incek hubby nak join skali. sampai-sampai je ya rabbiii. jalan jem gila. tu yang aku malas tu.



Dari jauh dah nampak kepala singa macam dah dekat je. tapi nak masuk ke dalam car park tu sampai setengah jam lebih. adoiyai. dahla kitorang ni kejar masa. kalo leh nak sampai ke Lipis sebelum bukak pose. mase tu jam dah dekat kul 2.




Pastu nak cari parking lak 1 hal. dari setingkat ke setingkat duk pusing. sampai aku nak mabuk. nasib tak muntah. demi kasutnye pasal. ku tahankan gak. masa tu dah terpisah dengan adik die. malas nak cari sebab kang berjam plak nunggu die. 



Zass punye zass dapatla sepasang kasut. kaler krim gitu. kali ni beli Sembonia plak. gile cepat aku beli. tak sampai 30 minit aku pilih kasut tu. aku ni jenis tak cerewet sangat. biasenye first choice tu la yang aku akan beli. kalo tak, duk teringat sampai ke sudah. 




Aku tak amik gambo pun. tak kuasa la aku. dahla sesak kemain. 2,3 kali handbag aku nak tercampak sebab diorang main langgar je. hampehnye cina. orang yang nak raya, korang lak shopping lebih-lebih ek. buat sesak je. 



Gitu gini tengok jam dah kul 3. kol adik incek hubby pastu trus blah. nak kuar plak 1 hal ni. incek hubby main redah je. die bukan tau sangat jalan kat situ. redah punye redah, beberapa kali salah jalan. angkara aku la sebagai penunjuk arah signboard. yela, signboard pun kekadang memeningkan. aku main tunjuk jela. sampai ke Pudu ko kitorang pegi. hahaha.




Sesat dalam KL je dekat sejam. last-last jumpe gak jalan nak ke Gombak. sempat singgah Burger King sebab incek hubby nak beli burger. aku lak beli GCB kat McD Genting Sempah. akhirnya, dapat gak aku merasa mende alah tu. ;P




Sampai umah dalam kul 6 lebih. singgah umah mertua jap. sempat curik lauk skit nak buat bukak pose. hahaha. biasela kan incek hubby tu kene gak telan nasi. bininye ni dah nak patah pinggang. takkan nak disuruh masak lak. mau mogok 7 hari kang. 




Eh eh, jap je dah nak raya kan. macam tak ready je lagi. umah pun bersepah lagi. jumat ni kena kemas segala la sebelum balik kampung. haihh tak sabonye. alamak, baru teringat duit raya tak tukar lagi ni. masih sempat lagi kan. emmm dah mula sesi mengira anak buah, sepupu sepapat. tapi taun ni maybe bajet kurang skit sebab aku tak lama kat Kluang. maybe raya kedua or ketiga dah balik Lipis. 




* Masih belum buang pose. harap-harap dapat full. *wink wink ;P


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat