Friday, January 14, 2011

TNB buat penjimatan bajet ke?

Hai. morning sume. ada sihat?



Hari ni aku pergi keje dalam keadaan pening kepala. sebab? mandi, bersiap, bersolek bagai dalam KEGELAPAN! gelap gulita ok. hanya bertemankan torchlight handphone aku. emmm ada gak kegunaan E72 aku ni. tu pun aku main tepek-tepek je. mata duk menahan silau torchlight.


 
Ok, aku cite camne dan bila black-out ni berlaku ek. dia start buat hal masa aku ngan hubby nak naik bilik. nak tidola! baru je hubby pasang charger handphone dia, terus puppp!! gelap sudah. aku yang masa tu kat bilik iron menggagau cari pintu keluar. dalam hati sumpah-seranah jangan cakapla. actually aku memang fobia dalam gelap. rasa sesak nafas.



Akhirnya jumpa gak pintu. tu pun pas 2 kali jari kaki terlanggar bucu meja. serius rasa nak bunuh orang time tu. cepat-cepat aku kejar cahaya torchlight yang hubby baru on. fuhh lega. pastu aku bebel-bebel kat dia. yela, ingatkan sebab charger tu jadi black-out. 


Hubby turun bawah then godek-godek suis utama. semuanya elok je. takde plak kena 'tendang'. dia jenguk plak ke luar. ada yang gelap, ada yang cerah. tak puas hati lagi. dia godek-godek lagi suis tu. tetiba sume lampu dalam rumah aku terkelip-kelip. macam hidup segan mati tak mau. masa ni aku dah terbaring kat bilik sebab tengah melayan pening akibat mencari jalan dalam gelap tadi.



Masa lampu duk terkelip-kelip tu, hubby jenguk kat luar. ada beberapa biji rumah yang pun sama tengah duk berlip-lap. dah macam disko. cuma takde muzik je. tak lama tu barula ok. tapi yang lawaknya, bila lampu rumah aku ok, rumah orang lain plak black-out. bila orang tu duk godek-godek suis dia sampai ok, rumah aku plak black-out. what the fish?? apakah semua ini? satu gurauan kah?


Last-last hubby malas nak layan. jam pun dah dekat pukul 12. baik tido lagi bagus. yang peliknya, cuma lampu je tak leh on. kipas leh plak. hadoiii!! tak kisahla. janji tak tido dalam kepanasan. masa tido tu pun jangan tanya la berapa kali kipas tu on and off. aku sedar-sedar je badan habis berpeluh. grrr geram ok.



Sebelum ni plan nak panggil orang repair wiring rumah aku tu. tapi aku rasa bukan masalah wiring rumah aku. tapi sebab wiring taman tempat aku duduk tu. tak pun maybe TNB tengah buat penjimatan bajet kot. tu yang power pun tak kuat. duk berebut dengan orang lain. kalau hari ni masih tak ok gak, maknanya kena buat report ke TNB la. tak sanggup aku nak berpening setiap hari.


Ada sesapa orang TNB ke kat sini?? boleh tolong saya?? ;D



Thursday, January 13, 2011

Kami bukan AH LONG, kami cuma nak TOLONG


Morning alls. sihat?



Hari ni baru berkesempatan nak buka blog. baru je setel blogwalking. rindu kat coretan kengkawan blogger. nak harapkan blog sendiri? hmmm berkusam sudah. maybe jiwa tak sekental diorang kot. hehe.


 
Bila buka cite pasal Ah Long ni, mesti ramai yang kecut perut kan. yela, kalo tak bayar, jawabnya potong kepala. tapi hari ni aku bukan nak bercerita pasal Ah Long yang sebenar tu. tapi nak cite pasal family sendiri yang ibaratnya dah jadi macam Ah Long. nak kata macam Bank, tak leh plak sebab tak potong gaji bulan-bulan. guna janji air liur je. 



Aku tak kisah sebenarnya setakat nak pinjamkan duit kat orang yang dalam kesusahan. seandainya mase tu aku mampulah. tapi adat kalau dah meminjam tu mestilah kena pulangkan semula kan. lainlah kalau aku kata nak sedekah. yang jadi masalahnya bila dah pinjam tak reti nak pulang semula. kalau ko pinjam dengan Ah Long, dah lama rumah ko kena simbah cat tau. nak aku buat camtu ke? ishhh aku tak sekejam tu.



Mungkin ko akan cakap, 'Alah dengan sedara mara pun nak berkira'. ehhh, jangan kata sedara mara, adik-beradik pun kalau dah meminjam wajib pulangkan tau. tu pun mujurla aku tak letak bunga macam Ah Long. 



Masa ko mula-mula nak pinjam, memang manis sangat tutur kata bahasa ko. lembut gigi dari lidah. ko pinjam hari ni, ko janji (siap angkat tangan tanda bersumpah) nak bayar minggu depannya. hellooo, kalau ko pinjam setakat 500 aku masih boleh sabar lagi. tapi ni 5000 beb! ye, 5000! tokey balak pun boleh bankrap kalau ada 10 lagi orang macam ko ni tau. 



Tunggu punya tunggu, batang hidung ko pun aku tak nampak. bila nampak aku, ko cepat-cepat sembunyi. berkurung dalam rumah. takpe, aku biarkan je. aku tak heran setakat ko nak lari tu sebab rumah ko bukan jauh pun. anytime aku leh datang serbu. tapi aku masih waras lagi. tak sampai hati nak aibkan ko. baikkan aku???



Ada sekali tu ko datang gak ke rumah aku. tu pun pas dah kena panggil. nak taknak ko kena datang gakla kan. atas bawah aku tengok ko. aikkk tangan kosong?? dengan selamba ko cakap tak leh nak bayar. ko mintak masa sampai hujung bulan. api dah naik ke muka. tapi aku masih sabar. ade orang lain lagi yang nak meletup tapi aku masihhhh sabar. tapi sampai bila???



Bila sampai hujung bulan, pun tak nampak muka ko. pegi keje, balik keje ko terus menyelinap masuk rumah. ye, aku nampak. tapi aku diamkan je. kadang-kadang tergelak sendiri tengok gelagat ko yang dah macam pencuri takut kena tangkap. terhendap-hendap nak masuk rumah. haihhh pelik aku dengan manusia ni.



Sekarang dah masuk bulan kedua pas ko janji nak bayar. korang agak-agak aku akan dapat tak duit tu? atau pun akhirnya kisah ni akan lenyap ditelan masa? kalo korang, apa yang korang akan buat? kalau korang cadangkan untuk berdiplomasi, rasanya aku dah buat. aku masih berlembut lagi sekarang ni. adakah masanya telah sampai untuk aku gunakan kekerasan plak? 



Aku cuma manusia biasa. kesabaran aku pun ada batasnya. jangan disebabkan sedara mara, so ko nak amik kesempatan plak. tak baguslah camtu. kalau ko meminjam, then ko pulangkan pada waktu yang dijanjikan, aku rasa kalau pasni ko nak pinjam lagi pun takde sapa yang risau. bila ko dah buat camni, pasni ko susah memang takdela yang berani bagi ko pinjam.



Back to basic. aku manusia biasa. perlukan makan, pakai. semua tu perlukan DUIT. jangan ingat ko sorang je yang nak guna duit. 
 


Friday, January 7, 2011

Long time no see!

Hai. gud morning sume. pekabo? sihat? ;)



Pehhh! lame gila aku tak berblogging. ade la hampir 2 bulan. mesti ramai yang rindu-rinduan kat aku kan. uhuk! batuk lak. serius sepanjang cuti sekolah memang aku tak online blog langsung. FB pun kengkadang je aku jenguk. memang aku cuti secuti-cutinya. happening sungguh!


Most of the holidays aku stay kat umah mak aku kat Kluang. sebulan gakla duk sana. tu tak termasuk yang kena pegi kursus time cuti, pegi anta adik ipar bertunang kat Penang. baru tahun nilah aku rase heaven betul bercuti. dapat spent a lot of time dengan family. akibatnya, mood nak mulakan kerja hilang tah kemana. yela, mase cuti bangun pagi pun matahari dah tegak atas kepala. hari keje, ayam belum berkokok aku dah start enjin kete. haihh!



Minggu pertama keje as usual memang quite busy la. sebab aku kena handle Minggu Orientasi untuk students Form 1 yang baru masuk. alaaa cinonet je diorang ni. geram aku tengok. ade sorang tu (student Asli), a boy, aku tengok asik tundukkan kepala je. pastu landing kepala atas tangan kat kerusi member depan die. aku ingat die membuta. bila kejut, langsung takde respon. yang ada cuma badan tersengguk-sengguk. laaaa nangis rupenye. so aku biarkan jela.


Pas diorang rehat, aku tengok boy tadi dah cool. dah kenyang agaknye. so friend of mine tanya 'kenapa?'. sebab die asik duk pandang cikgu-cikgu (termasuk aku) yang duk belakang die. terus die jawab 'nak balik'. alahaiiii sayunya. berkaca-kaca mata die. aku tanya plak 'kenapa nak balik?'. die balas 'rindu'. uhuk! aku terus panggil die duk mengadap kitorang. then borak-borak. oohhh rupanya boy ni anak sulung. die cakap die rindu kat ayah die. kat adik-adik die pun same. hadoii! aku tak leh la tengok bebudak sedih camni. sayu hati tau. cikgu pun rindu mak ayah cikgu gak! uwaaaaaaa!



Masuk hari kedua & ketiga boy tu dah ok. maybe mula-mula masih tak dapat sesuaikan diri lagi. dah dapat kaki sok, silap-silap taknak balik plak. yela, bebudak ni majoritinya tak pernah duk asrama. tak pernah berjauhan dengan family. bila kecik-kecik lagi dah kena duk jauh dari family, maunya tak sedih kan. kat umah even mak marah-marah pun tapi ade depan mata. bila dah takde depan mata, mula la rase macam-macam. takpela dikk, belajar berdikari kay!


Bukan macam cikgu. start berjauhan dengan family mase dapat offer ke UPSI. itu pun mase mak ayah nak balik, pakat peluk cium nangis bagai. macam nak ikut balik sama. padahala mase tu umur dah 20 tahun! malu aku dengan boy tadi. muahahaha. yela, dulu mase sekolah tak berapa jauh dari rumah. mula-mula ayah hantar. pastu naik van plak. memang tak terfikir nak duk asrama. sooo, bagi adik-adik cikgu yang kecik-kecik lagi dah kena duk jauh dengan mak ayah, ingatlah yang kita perlu berkorban untuk berjaya. bila dah berjaya, bolehla bantu family dan senangkan diorang.


Oh ye, rasanya masih tak terlewat lagi untuk aku ucapkan "Selamat Tahun Baru 2011". walaupun dah 7 hari berlalu. ;) semoga dengan bermulanya tahun baru ni, kita dapat buka buku baru. buku yang lebih berwarna-warni dan dipenuhi dengan coretan manis hendaknya. InsyaAllah. 



Buat adik-adik cikgu, mulakan hari dengan semangat dan azam baru. masih belum terlambat untuk berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang hujung tahun ini. cikgu akan sentiasa mendoakan kalian. ;)



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat