Friday, May 6, 2011

Lucky number 4848!



Di kala kebosanan ni sempat snap jumlah pelawat yang pernah datang melawat blog kesayangan hamba ni. cantik kan nombor ni?



Ala tak sampai 5000 dah nak kecoh-kecoh, apa barang. hahaha. lantaklah. ada kak esah kisah? walaupun sikit tapi tetap ada kan? me bukanlah macam blogger-blogger lain yang baru je beberapa hari aktifkan blog terus mencanak-canak visitor. lain orang, lain misi dan matlamatnya. ya tak?



Apa-apa pun angka ni dah cukup buat me tersenyum lebar walaupun setiap hari hanya bertambah beberapa angka je. number doesnt matter. yang penting kepuasan me sendiri dalam menulis blog. yang lain, jatuh bawah sekali. ;)



p/s : Kepada kaki nombor ekor, sila jangan buat kerja khurafat tu ye.



Tahniah RedMummy!



Morning kawan-kawan. selamat hari jumaat. hari yang paling best sebab esok luasa cuti. yeyyy!!!



Actually entri ni khas untuk Red Mummy (RM) yang sekarang tengah pregnant anak ketiganya. serius bila me dapat tau dalam FB RM
kelmarin, me plak yang lebih-lebih excited. hehe. yelah kan mesti nanti baby RM jadi baby paling glamor kat Malaysia. wahhh gitu.



*Pic cilok kat blog RedMummy. ;)



Hah! nilah Red Mummy dengan anak daranya. dua-dua comel kan? pasni baby baru mesti lagi comel. iskk! me plak yang tak sabar. huahuahua. tak pasti plak bila baby RM tu lahir. maybe akhir tahun ni or awal tahun depan.



Apa pun me sekeluarga doakan RM dan baby sihat selalu dan selamat melahirkan baby yang tembam dan gebu nanti. ;)



Tuesday, May 3, 2011

3 minggu lepas punye cerita

Salam kawan-kawan. amacam cuti lama? syok tak? me tak jalan mana-mana pun. almaklumlah hubby kan tengah sakit. family me dari Kluang yang datang ke Lipis jenguk anak menantunya ni. dengan makcik & pakcik me sekali. terubat rindu kat diorang. uhuk!



Actually entri ni pasal cerita yang dah agak basi. huh
u. tapi takpela kan. better late than never. boleh gitu? layankan jelaaa...



Meh layan gambar masa hubby tersayang terlantar kat KPJ
Ampang Puteri. sedih woo tengok. sebelum ni nampak dia gagah perkasa je. bila tengok dia terlantar camni memang meleleh gakla airmata. adeh!





Mula-mula kita kasi tengok dulu environment dalam wad ni ek. actually hubby amik bilik semi private. untuk 2 patient. senang sikit me nak teman dia. masa mula-mula warded, katil lagi satu belum ada patient. so bergumbira la kami berdua. hehehe.





Nampak katil sebelah tu kosong? hubby pilih katil sebelah tingkap sbb luas sikit. pintu ternganga tu bilik air. bukan taknak amik wad untuk sorang tapi hubby amik insurans untuk bilik 2 orang. so okla. ni pun dah cukup selesa.





Nampak phone tu? sekali bila angkat takde bunyi ape pun. rosak daaa. ceh! so bila emergency kena tekan button kat remote. takde plak dalam gambar ni.





Sehari sebelum operation. eceh! muka rilek je kan. dia tak tau lagi azab yang bakal dihadapi. hehee. jahat aku.





Haa tu dia azabnya. ni beberapa jam lepas operation. actually operation start dalam pukul 5 petang. mula-mula doc cakap dalam 2 jam setengah je. tunggu punya tunggu sampai pukul 9 malam masih tak siap lagi. kat ruangan menunggu tu pun daripada ramai orang tinggal me sorang je. seram! dalam pukul 10 malam camtu barulah hubby kuar operation theatre (OT).



Ingatkan dah boleh tarik nafas lega. rupanya ada azab lag
i. tengah malam tu dalam pukul 12 lebih, ada complication kat luka suami. sakit yang teramat sangat. nurse buat macam-macam tapi tak ok gak. last-last terpaksa call doc suruh datang hospital. tak lama tu doc sampai. buat macam-macam pun tak stop bleeding. final desicion, hubby disorong balik masuk OT.



Masa tu keadaan me jangan cakaplah. dah mula fikir macam-macam. sebelum hubby masuk OT kali kedua tu sempat plak dia pesan kalau ja
di apa-apa kat dia, dia nak minta maaf banyak-banyak. hadoi! kalo korang agak-agak meraung tak? nasiblah me boleh cover lagi sebab ada doc & nurse ramai.






Alhamdulillah, operation kali kedua berjaya. tak lama pun. me baru nak landing kat sofa, tetiba terdengar suara dari interkom bagitau hubby dah kuar OT. tak sampai sejam. masa tu bila nampak muka hubby, rasa lega sangat. dia dah tak mengerang macam sebelum tu.



Bila tanya doc, dia cakap ada darah beku tersumbat kat salura
n darah. bila darah tak boleh mengalir, tu yang sakit sangat sampai rasa nak pecah urat. me pun tak sure camne leh jadi camtu. tak kisahlah. yang penting semua dah selamat. sepanjang hari tu memang me tak tidur sebab kena jaga air yang keluar masuk badan hubby. non-stop. bila abis 1 beg, me kena panggil nurse tukar yang baru plak.





Emm. nilah beg air yang non-stop kena tukar. tak boleh bagi kering. takut darah beku tu jadi balik. ngeri gila bila teringat semula kejadian tu.





Hari kedua lepas operation. hubby demam panas. maybe effect daripada operation tu kot. muka pun nampak pucat je. me basahkan towel pastu letak kat kepala dia. me cuba mintak ubat demam kat nurse sebab badan hubby panas sangat. tapi bile nurse cek tak sampai 37'c. so tak dikira sebagai demam. dia tak leh bagi ubat sebarangan.






Alhamdulillah. tak lama lepas tu demam hubby beransur kebah. dia pun dah mula segar & sihat. cumanya malam bila dia tak leh tidur, dengan me sekali pun tak leh tidur. sebab ape? sebabnya kaki dia bisa & sengal-sengal. jap-jap kang dia suruh letak bantal kat bawah kaki, pastu masih tak puas hati lagi, dia suruh sendal macam-macam. jap-jap dia suruh naikkan katil macam kat gambar atas tu. baru nak lelap mata, dia suruh turunkan balik katil. memanglah tersangat menguji kesabaran me. tapi bila mengenangkan dia sakit, me ikutkan je.






Nampak tak tu? muka pun dah berseri-seri. dah boleh senyum. tengoklah kat bahagian kaki tu. macam-macam disendalnya nak bagi hilang sengal-sengal. masa ni me tengah urut kaki dia. nak bagi hilang kebas. terubat penat lelah bila tengok muka hubby tersenyum.



Me rasa bersyukur sangat sebab sepanjang seminggu me berkampung kat KPJ Ampang Puteri teman hubby tercinta ni, me diberikan kesihatan yang amat baik. seminggu tak cukup tidur tapi badan me rasa segar je. langsung tak terasa penat. Allah itu Maha Kaya. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Syukran Ya Allah!



Sekarang hubby dah makin sihat. cuma berat badan turun sikit sebab banyak makanan yang kena pantang. takde lagi perut buncit kesayangan me tu. huhu. takpe, lepas ni boleh ternak lagi. kulit pun dah makin cerah sebab tak kuar rumah. kalo tak dah macam bangla me tengok. hehe.



2 minggu sekali me bawak hubby follow-up kat KPJ Ampang Puteri. seminggu sekali buat fisioterapi kat Hospital Lipis. hubby dah boleh jalan setapak-setapak tanpa tongkat. dah mula belajar naik turun tangga. Alhamdulillah!



* Dari pagi buat entri ni. berjanggut tunggu upload gambar. hadoiyai!





Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat