Monday, May 23, 2011

Apa planning cuti sekolah ni?

Salam kawan-kawan.



Actually rasa takde mood sangat nak update blog hari ni. almaklumlah minggu-minggu akhir nak cuti ni kan. uhuk! batuk lak.



Tapi me gagahkan diri gakla update blog ni. ni pun sebab nak buat entri sempena cuti skola. sebab tulah mood tu ada sikit. hahaha.



Eh eh, me nak tanya la pendapat u alls kan. agak-agak cuti sekolah ni kat mana tempat best nak jenjalan ek? kira macam family vacation la. bukan honeymoon ye. tu dah plan siap-siap dah. huhu.



Tadi dok ym sakan dengan kakak me kat kluang nun. masing-masing dah sibuk plan nak kemana. kakak me cakap nak pegi KL. watdehek nak ke KL musim cuti sekolah ni? buat sesak je. tetiba bling! terlintas dalam fikiran me nak ke Bukit Gambang Waterpark. haaa tempat gitu memang sesuai bangat. cuma tak syoknya confirm penuh orang sebab cuti sekolah kan. tapi meriah ape.



Best tak? Best tak? huhu...




Wahhh tu baru tengok gambar dah rasa teruja nak pegi.



Tetiba teringat kenangan lama masa pegi waterpark kat Melaka kalo tak silap. masa ni me dengan hubby baru gakla kawin. family vacation gak. tempatnya tak la besar mana tapi ada gaklah gelongsor air tu. hubby yang pada awalnya jual mahal taknak bawak baju spare sebab katanya tu tempat budak kecik. akhirnya longlai dek penangan gelongsor yang bapakkk tinggi tu. siap beli short yang regenya RM49.90. huh! pembaziran sungguh!



Tu baru waterpark yang cinonet gitu. belum lagi kena penangan Bukit Gambang Waterpark ni yang dengar citenya tersangatlah best vavathevass! mau taknak balik encik hubby tu kang.



Tapi rasanya sangat-sangat berbaloi kalo bawak family bercuti kat sini kan. lebih-lebih lagi yang ada anak kecik tu. yela, bile lagi nak berpoya-poya anak-beranak kan. masa cuti sekolah nilah masanya. bagi yang takde anak tu lagilah bagus. boleh berdua-duaan naik pelampung pastu turun kat gelongsor sambil menjerit macam orang gila. yang penting anak takde nak tutup muka sebab malu. hahaha.



Sebenarnya dah lama me kenen-kenen dengan hubby nak pegi jenjalan kat sana tapi betul gak kata dia, tak syok pegi berdua je. tak menyeronokkan. kalo pegi ramai-ramai barulah beronok-ronok. hahaha. so me rasa nilah masanya nak bawak family pegi bermandi-manda kat sana. kena plak dengan musim panas sekarang ni. memang berendamlah jalan penyelesaiannya.



So ape lagi? jomlah survey kat tenet!



Or korang ada cadangan lain yang lebih menarik dan mengujakan hingga gugur bulu ketiak? sila ajukan dalam ruangan komen.



Trimas! =)




Thursday, May 19, 2011

Al-Fatihah buat Arwah Telordibasuh

Salam.



Tadi jalan-jalan kat blog Abang Ben. tersentap jap bila terbaca entri pasal kematian blogger Telordibasuh. dengar cite arwah dah beberapa hari terlantar di ICU sebab asma. arwah kerap gak tinggalkan jejak kat shoutbox blog me ni. cuma lately ni dah jarang dia masuk sini. me pun sampai terlupa nak jenguk blog arwah. blog dia memang sangat best. simple dan lawak.



Pasni kami semua akan merindui coretan dari Telordibasuh. setiap yang hidup pasti akan merasai mati. semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. aminnn.



Al-Fatihah. =(





Jom tengok wayang!

Jom tengok wayang!


Cite ape? cer citer cer citer.


Meh nak cite.





Fast & Furious 5
-Tau dah lama kat wayang. me je yang ketinggalan keretapi tak tengok lagi. huhu.










Pirates of The Caribbean : At World's End
- Yang ni kalau tak silap belum kuar wayang lagi kan?











Something Borrowed
-Dengar cite macam best je movie ni. hope masih ditayangkan lagi kat wayang.










Nur Kasih The Movie
-Jujurnya me jarang tengok movie Melayu kat wayang. biasanya beli DVD je. movie Melayu yang latest me tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah. yang tu memang superb la! ;D





Actually banyak lagi filem sedang ditayangkan kat wayang sekarang kan. cuma yang paling me nak tengok adalah yang 3 kat atas tu. tak sabar nak balik Kluang pastu nak buat movie marathon. nak tengok wayang sampai muntah. biasalah nak melepaskan gian. huhu.



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat