Thursday, September 20, 2012

Update!







Haihhh lamanya tak update blog. Boleh dikatakan tiap hari mesti buka blog tapi keinginan nak menaip tu takde. Banyak benda nak diceritakan tapi malas sangat. Rajin untuk blogwalking je. Seronok baca entri-entri baru rakan blogger yang lain. 




Alhamdulillah minggu ni usia kandungan saya dah masuk 26 minggu++. Sekejap je rasanya dah nak masuk trimester ketiga. Masa awal-awal dulu rasa lambat sangat masa berjalan. Tapi bila dh lepas 5 bulan rasa cepat pulak. Dah mula rasa nervous. Hehe. 




Kepercayaan orang lama ada cakap lepas 7 bulan baru boleh beli barang baby. Saya pun tak pasti kenapa. Maybe sebab taknak apa-apa jadi kot. Tapi saya tengok zaman sekarang ni dah kurang sangat orang ikut semua tu. Mak saya pun ada cakap tak salah nak beli sikit-sikit. Takut nanti dah dekat-dekat nak bersalin tak sempat pulak kan. 




Sebelum ni saya tak terfikir pun yang persediaan untuk sambut baby ni sesuatu yang agak susah. Sebenarnya tak pernah nak fikir pun. Bila dah alami sendiri ni barulah terasa cabarannya. Banyak kali bila masuk ke kedai jual barang baby, saya dan suami akan keluar balik tanpa beli apa-apa. Hahaha. Serius saya rasa blur sangat. Rasa macam tak tau apa-apa pun yang nak dibeli. Lama-lama hal ni jadi menakutkan saya. Hehe.




Tak boleh jadi macam ni. Maka saya pun berguru dengan akak saya yang dah berpengalaman dengan 3 orang anak. Saya listkan apa barang yang penting untuk disediakan. Yang agak kurang penting tu saya ketepikan dulu. Yelah bajet kena jaga juga kan. Kalau tak list maunya satu shopping mall tu saya borong. Biasalah excited lebih kan. Hehe.




Kebetulan baru-baru ni saya ternampak iklan Mama & Baby Fair kat Sogo KL. Fikir punya fikir saya rasa macam nak mula membeli barang-barang baby yang penting. Memang saya tak membeli satu apa pun lagi. So rasanya nilah masa yang sesuai. Memandangkan saya pun dah nak masuk 7 bulan pregnant. Takut lewat-lewat nanti tak sempat pulak. Manalah tau 8 bulan dah bersalin kan. Tapi harap-harap taklah. Tak ready lagi kot. Huhuhuh.




So minggu lepas cuti sekolah 3 hari. Hari Sabtu saya dan suami ke KL. Cadangnya nak terus ke Sogo tapi kereta buat hal pulak. Suami drive Kenari je masa tu. Sebab plan nak tukar tayar sekali kat KL. Nasib baik masa dalam perjalanan takde apa-apa. Dah sampai depan kedai tayar barulah kereta buat hal. Terus masuk bengkel. Mujur memang masa tu dah plan nak jumpa adik suami yang stay kat KL dengan wife dia.




So malam tu stay kat rumah adik suami kat area Puchong. Baju semua memang kitorang dah prepare sebab asalnya plan nak stay hotel. Esoknya pagi-pagi terus ke bengkel. Kereta dah siap. Melayang jugaklah dalam RM500. Saya dah mula rasa takde mood nak shopping sebab bajet dah habis ke benda lain. Huhu. Tapi suami pujuk untuk pegi jugak. Yelah kesian katanya saya dah excited nak pergi tiba-tiba tak jadi pulak kan. So ke Sogo lah kami.




Alhamdulillah perjalanan lancar. Jalan pun tak jem. Maybe ramai yang balik kampung kot. Dalam Sogo pun tenang je. Kita nak memilih pun mudah. Barulah saya dapat merasai perasaan seorang bakal ibu nak shopping barang baby. Serius perasaannya lain sangat. Rasa bangga pun ada. Hehe. Semua benda yang comel-comel tu memang merambangkan mata. Dah mula terbayang-bayang baby pakai semua tu. 




Tapi saya takdelah shopping macam orang hilang ingatan. Hehehe. Masih waras lagi. Suami bawak bakul, saya tukang campak barang dalam bakul. Suami ikutkan je isterinya ni. Memang dia tak membantah langsung. Agaknya dia tau isterinya ni tengah gembira. So dia biarkan jela. Hehe. Saya ambil yang penting-penting je macam kain lampin, botol susu (walaupun plan nak fully bf tapi prepare andaikata susu tak banyak), baju beberapa helai, mittens & booties (akak cakap ni yang paling banyak kena ada) dan beberapa barang lain lagi.




Satu bakul tu pun tak penuh barang. Ada yang saya nak beli tapi bila fikir-fikir balik takde pun takpe. Yelah zaman sekarang ni banyak benda yang dibuat untuk memudahkan ibu bapa contohnya macam bantal untuk susukan baby. Padahal kalau benda tu takde pun boleh je kita letak bantal biasa kan. So saya lupakan benda tu. 




Saya bajet dalam RM400 gitu. Risau jugak kalau over bajet. Tapi bila bayar rupanya tak sampai pun RM300. Huhu. Rasanya macam dah banyak yang dibeli. Maybe sebab tengah offer kan. So bila tengok bil sikit je saya pun sambung beli lagi baju baby beberapa helai. Hehehe. Cukuplah tu kot buat first shopping ni.



Suami pulak rambang mata tengok stroller dan car seat untuk baby. Macam stroller tu saya plan nak beli lepas bersalin nanti. Sekarang ni masih awal lagi kan. Car seat tu ada sesetengah orang rasa tak perlu pun. Tapi bila tengok sekarang ni kerap jugak berlaku baby tercampak keluar daripada kereta bila accident. Puncanya baby dipangku ibu di depan. Yelah kadang-kadang kita tertidur dan pegangan pun tak kuat kan. Bukanlah kata car seat tu selamat 100% tapi rasanya lebih elok kot. Kita doa jela banyak-banyak minta dijauhkan semua tu.




Bila dah beli barang-barang yang penting tu rasa lega sikit. Kiranya barang untuk dibawa ke hospital masa bersalin nanti semua dah ada. Cuma pampers je tak beli lagi. Yang tu kena tunggu dah dekat nantilah. Beli awal-awal takut rosak pulak sticker dia tu kan. Akak saya pun banyak offer barang-barang anak dia yang masih boleh dipakai lagi. Bulan 12 nanti anak dia yang bongsu pun dah besar. So macam barut tu bolehlah dia bagi kat saya. Jimat kan.




Shopping melalui online pun ada jugak. Saya beli set tilam baby. Kenapa tak beli kat kedai je? Sebabnya bila saya tengok kat Sogo hari tu kapas tilam tu macam tak elok je. So saya cari yang jenis kekabu. Tahan lama. Pulak tu dijahit dengan tangan. Rasanya tu pilihan yang terbaik kot. Takpelah mahal sikit asalkan berkualiti. Mana tau boleh tahan sampai anak ke 8 nanti. Wahhhhh. Hahahaa.




Yang lain saya banyak beli maternity dress je. Sebab semua baju kurung dah tak muat. Ada yang baju masih muat tapi kain dah macam sarung nangka. Boleh paksa pakai dengan zip separuh tapi lepas tu sepanjang harilah perut rasa senak. Sangat tak selesa. Kawan-kawan pun ramai yang bising suruh saya pakai uniform pregnant. Hehehe. Bila saya dah mula pakai diorang pulak yang excited.




Oklah, dah panjang sangat rasanya entri ni. Kang ada pulak yang bosan nak baca. Hehe. Tulah jadinya bila dah lama tak update. Buat kawan-kawan yang masih lagi menanti saat bergelar ibu, saya sentiasa doakan kalian. Jangan putus asa. Allah dan tetapkan rezeki untuk kita. Insyaallah akan sampai masanya. Doakan saya dan baby sihat ye. =)

Tuesday, August 14, 2012

Gula tinggi pulak ;(


2 minggu lepas kena minum air gula sebab faktor mak ada kencing manis. Awal-awal memang saya dah agak akan sangkut sebab saya memang suka makan manis. Masa cek tu gula dalam urin normal cuma ada gula sikit sangat. Keputusan gula dalam darah tak dapat lagi masa tu.

Semalam nurse klinik kesihatan call bagitau yang keputusan dah keluar. Berdebarnya saya. Dia cakap memang gula saya tinggi sikit. Ikitkan kalo normal bawah 7.8 tapi bacaan saya 8.0. Nampak memang sikit je beza tapi dalam perubatan tu dah dikira tinggi gak.

Pas dapat tau tu hati dah mula tak tenteram. Stress pun ada. Saya diamkan dulu. Suami pun tak tau. Hari ni baru saya rasa nak bagitau. Bukan apa. Taknak makin stress bila dengar dia membebel nanti. Huhu. Kalah mak nenek tau.

So sekarang saya dah disahkan menghidap diabetes masa pregnant. Ngeri plak dengar. Nak taknak saya kena on diet. Nurse pun ada bagi menu diet untuk kes macam saya ni. Kalo tengok menu tu bukanlah diet sangat pun cuma kuantiti macam nasi tu kena kurangkan. Lauk lebih takpe. Saya tak kisah sangat sebab saya memang bukan kuat makan.

Mulai khamis ni 2 minggu sekali saya kena cek gula dalam darah. Dalam sehari tu saya kena ulang alik ke klinik 4 kali dari pagi sampai malam. Tujuannya nak pantau gula dalam badan saya. Yang ngerinya bila nurse cakap kalo gula still tinggi silap-silap kena admit wad dan doctor akan pantau. Ya Allah minta dijauhkan.


Kawan-kawan tolong doakan kesihatan saya dan baby ye. Saya risau apa-apa jadi kat baby. Bila dah jadi macam ni barulah rasa menyesal sangat sebab tak jaga pemakanan. Makan ikut sedap hati je. Ikutkan memang saya jenis tak kuat makan tapi sebelum ni memang saya suka makan makanan ringan. Maybe tu sebabnya. Pasni mesti kena control gila-gila dengan suami. Huhu sedihnya.


Tapi takpe. Untuk yang tersayang saya sanggup korbankan apa saja asalkan baby selamat. Mulai saat ni saya akan kurangkan minum air manis. Lebihkan air masak. Kena stop mengunyah gula-gula. Kalo tak sebelum ni stok gula-gula wajib ada dalam handbag. Sejak puasa ni memang dah takde stok. Makanan ringan pun kena kurangkan.


Kat sini juga saya nak minta pandangan kawan-kawan yang ada masalah macam saya ni. Apa yang patut dan tak patut saya makan untuk turunkan gula dalam badan. Harap ada yang sudi berkongsi dengan saya. ;) Tq ye.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 8, 2012

Alhamdulillah it's a BOY! =)



Weekend baru ni balik ke Kluang. Cuti sampai hari Selasa. Isnin tu Pahang memang cuti sebab Nuzul Quran. Selasa plak saje ambil CRK. Hehe. Tak puas rasanya stay 4 hari dengan mak ayah. Yelah kalau nak puas sampai bila-bila pun tak puas kan. Kena duduk celah ketiak mak la kalo gitu. Hehe.




Masa kat Kluang ambil kesempatan untuk pergi buat check up kat Klinik Johor Maternity. Klinik yang mula-mula sekali saya pergi untuk buat rawatan sebelum ni. Memang dah selasa sangat dengan doktornya. Sampai dah kenal pun. Stafnya pun baik-baik. Tujuan utama nak scan dan tengok jantina baby. Kebetulan masa balik sana dah genap 5 bulan (20 minggu).




Sebelum ni dah pernah scan sekali kat situ masa usia kandungan 10 minggu. Masa tu terlalu kecik. Doktor yang scan plak Dr. Luckmal yang tersangat baik tu. Dia yang terlebih excited tengok saya pregnant. Hehe. Kali ni yang scan Dr. Murad plak. Dia ni doktor yang handle masa saya buat UIU kat Kuantan dulu. Kadang-kadang memang dia ganti Dr.Luckmal kat Kluang. Kira macam bisnes partner la.




Panjang pulak mukadimahnya. Hehe. Bermulalah sesi scan baby. Jeng jeng jeng. Dr. Murad tunjuk kat saya 'anu' baby. Mula-mula saya tak paham. Sebab masa tu scan 3D yang biasanya punya. Dengan baby yang tak reti duk diam lagilah saya tak paham. Lastly suami yang cakap "baby boy". Ohhhh lelaki rupanya. Senyum lebar saya. Rasa nak meleleh airmata. 




Sebelum mula scan tu Dr. Murad suruh suami rakam imej kat skrin tu. Dia kata boleh buat kenangan. Pastu Dr. Murad tukar ke scan 4D. Kali ni imej lebih jelas. Nak cek fizikal baby. Teruja saya nak tengok muka baby. Agaknya mirip muka saya ke suami ye? Hehe.




Puas Dr. Murad cari sudut nak tengok muka baby tapi sayangnya baby saya pemalu sangat. Hehe. Boleh pulak muka dia menghadap ke bawah pastu dua-dua tangan tutup bahagian tepi muka. Memang tak nampak langsung. Sampaikan Dr. Murad tekan-tekan perut saya nak bagi nampak muka tapi baby bolayan. Hehe. 




Masa tu dapatlah tengok tangan dan kaki baby. Alhamdulillah cukup sifatnya. Bila tengok kat skrin tu rasa baby macam dah besar sangat padahal Dr. Murad cakap berat baby baru dalam 300 gram je. Saya pun tak dapat bayang 300 gram tu besar mana. Posisi baby pulak masa tu macam dalam keadaan sujud. Dengan kaki berlipat. Subhanallah Maha Suci Allah. =')




Dalam beberapa minit jugak Dr. Murad kejut baby suruh bangun dan tunjuk muka tapi hampa. Sajelah tu nak bagi mak ayah dia surprise. Hehe. Dr. Murad cakap takpelah maybe scan lepas ni dia tunjuk muka. Appointment seterusnya dalam sebulan lagi. Tapi biasanya saya tak datang pun sebab jauh kan. Scan kat Lipis jela. 




Sekarang ni hari-hari suami tengok video baby. Tiap kali tengok dia senyum sorang-sorang. Hehe. Padahal sebelum ni hajat dia nak sangat baby girl. Tapi nak buat macam mana kan. Mama win! Hehe. Tak kisahlah janji baby sihat dan selamat. Sekarang ni barulah rasa nak membeli barang baby makin berkobar-kobar. Yelah senang nak memilih bila dah tau jantina ni kan.




Insyaallah harap-harap betullah jangkaan doktor tu. Sebab ada jugak kes yang mana bila scan lelaki tetapi yang keluar perempuan. Terpaksalah pakai baju biru je. Hehe. Tapi setakat yang nampak memang lelaki lah. Jelas sangat 'anu' dia menegak masa tu. Hehe. Insyaallah. 




Lepas raya ni rasanya dah boleh mula beli sikit-sikit barang baby. Suami pun nampaknya dah tak sabar nak shopping. Pantang nampak kedai baby mesti dia masuk. Benda pertama dia tengok adalah stroller. Hehe. Nampak sangat dah ada ciri-ciri malas nak dukung tu. Pasni nak survey kalo-kalo ada karnival atau pun jualan murah barang-barang baby. Lebih jimat. =)




P/s : Nak download video scan tu tapi dalam hp suami. Bila transfer ke hp saya tak leh nak buka plak. Hmmm nanti saya cuba lagi ok. =)
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat