Tuesday, October 27, 2009

~Usia Hanya Nombor~~


Hari ni genap umur aku 25 tahun...hmm dah semakin bertambah usia aku...ramai yang mengatakan usiaku masih muda namun bagi diri aku sendiri, usia hanyalah nombor yang makin bertambah setiap tahun...ajal dan maut tak mengenal sama ada seseorang itu muda atau tua...setiap tahun apabila tarikh 27 Oktober menjelang, aku mula cuba mengingati apa yang telah berlaku dan apa yang telah aku lakukan sepanjang hidup aku...mengingati semua dosa-dosa yang pernah aku buat...

Walau apa pun, untuk tahun ini aku bersyukur sebab masih berpeluang meraikan hari lahirku dengan suami tercinta walaupun berjauhan dengan keluarga...aku tak minta apa-apa pun dari suami pada tahun ini kerana tak nak menyusahkannya...aku cuma minta agar dia dapat menghabiskan masa dengan aku...apa pun aku gembira sangat sebab tepat jam 12 tengah malam 27 Oktober 2009, suamiku menjadi orang pertama yang wish selamat hari lahir pada aku...diiringi dengan nyanyian yang agak sumbang, (hehe...) dia membisikkan ke telingaku bahawa dia amat menyayangiku...hmm terasa bahagianya hidup ini...semua itu dah cukup bagi aku...aku tak perlukan barang yang mahal untuk membuktikan kasih dan sayang....

Angka 25 ini aku harap menjadi satu angka yang bakal memberi sinar dalam kehidupanku dengan suami...aku berharap impian kami berdua untuk mendapat anak tercapai pada usia ini...aku juga berharap rumahtangga yang kami bina lebih setahun ini kekal hingga ke akhir hayat...apa yang pasti jika diizinkan Allah, aku ingin menyambut ulangtahun kelahiranku yang ke-26 di sisi suami dan anak tercinta...InsyaAllah...dan aku akan sentiasa mengingatkan diriku bahawa usia hanyalah nombor...sentiasalah mengingati kematian...

Tuesday, October 20, 2009

~Ends Of Eid...~

Hari Raya Aidilfitri dah pun sampai ke penghujungnya...tapi di sana sini orang masih buat rumah terbuka...hmm memang best sebab dapat berkumpul ramai-ramai sambil makan ketupat or lemang...tapi amat-amatlah memenatkan...yelah bayangkan dalam sehari ada sampai 3 buah rumah buat open house...kalau tak pegi nanti apa pulak orang cakap kan...so kenala gagahkan diri gak...

Bercerita tentang rumah terbuka ni, pada 19 Oktober 2009, sekolah aku telah membuat Jamuan Hari Raya dan digabungkan sekali dengan Majlis Penyerahan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang disempurnakan oleh YB Dato' Hj Wan Rosdy bin Hj Wan Ismail (DUN Jelai)...penerima bantuan ni pula kebanyakannya pelajar asli atau cikgu-cikgu di sekolah ni gelarkan pelajar 'ori'...hehe...so ramailah parents asli yang datang...aku bukannya nak ceritakan tentang majlis penyerahan bantuan tu tapi tentang gelagat parents pelajar 'ori' ni yang amat teruja melihat makanan yang banyak di depan mata...mereka berebut-rebut untuk ambil makanan seolah-olah tak ada hari esok....mula-mula aku tengok rasa kesian sangat...tapi bila mereka mula ambil makanan dengan menggunakan tangan...diulangi,dengan menggunakan tangan (yang agak hitam dan kotor), aku dan cikgu-cikgu lain berpandangan sesama sendiri dan ada cikgu yang tak sanggup lihat keadaan itu terus pergi ke tempat lain...aku yang pada mulanya tersangatlah lapar, mula rasa kembang tekak...terus hilang selera...hmm apa yang boleh dibuat, cara mereka memang begitu...mereka amat suka makan higgakan ada yang menambah 2,3 kali...yang akhirnya membuatkan ada antara cikgu yang tak dapat makan kerana kehabisan makanan...tak ada rezeki...mujurlah banyak lagi makanan untuk VIP yang tidak habis...kalau ada rezeki tak ke mana...

Sejujurnya, aku rasa amat kesian melihat pelajar-pelajar 'ori' yang betul-betul ingin belajar tetapi berasa rendah diri dengan kekurangan yang dimiliki...aku berharap bantuan KWAPM itu dapat dirasai oleh mereka dan bukannya untuk dijoli oleh ibu bapa mereka...hanya mereka yang berpendapatan perkapita di bawah RM150 sebulan yang layak menerima bantuan KWAPM...dan mereka menerima sebanyak RM900 setahun...tapi aku lihat handphone mereka lebih canggih daripada aku...tak apalah, rezeki mereka...

Monday, October 12, 2009

~Mampukah Aku?~

Mampukah aku bertahan sebagai cikgu? itulah persoalan yang sering bermain dalam kotak fikiran aku sejak kebelakangan ni...tak tahulah kenapa aku berfikir macam tu...adakah kerana aku tak berminat dengan apa yang aku buat sekarang ni? atau aku dah mula muak dan bosan dengan kerjaya aku? apa yang pasti aku sendiri pun tak tahu...kadang-kadang aku rasa amat stress dengan kerja-kerja yang tak pernah habis...dan aku juga sebenarnya stress dengan 'seseorang' yang asyik mengganggu privasi aku...'seseorang' itu begitu sinonim dengan kerjaya aku sebagai kaunselor...aku nak larikan diri dari 'dia' tapi bagaimana caranya? 'dia' tanpa jemu terus menerus cuba untuk masuk ke dalam jiwa aku...tapi tak mungkin aku izinkan...Ya Allah!tolonglah hamba-Mu ini...kuatkan iman aku agar tak hanyut ke lembah kehinaan...

Aku masih mencuba sedaya upaya aku untuk mencintai kerjaya aku sekarang ni...aku pernah terfikir mungkin tempat aku bukan di sini...tapi di mana?di mana-mana saja tetap ada halangan dan cabarannya...aku tau aku yang perlu sesuaikan diri dengan keadaan bukan keadaan yang perlu berubah untuk aku...kadang-kadang aku terfikir yang jiwa aku lebih sesuai untuk bekerja dengan data berbanding manusia...aku benar-benar sedang mempertaruhkan masa depan aku...apa yang pasti aku sentiasa mengingatkan diri aku,hanya aku yang boleh mengubah diri aku dan bukannya orang lain...kalau baik yang aku pilih maka baiklah jadinya...begitu juga sebaliknya...

Walau apa pun yang aku katakan sekarang ni tetap takkan mengubah apa yang telah berlaku dan telah ditakdirkan untuk aku...memang bukan niat aku untuk mengubah takdir tapi aku hanya ingin meluahkan dan berkongsi kepada sesiapa yang sudi membaca...aku kini redha dan akan cuba memperbaiki diri aku...mungkin tahun pertama ini agak mencabar bagi orang baru seperti aku...yang pasti aku perlu teruskan hidup dan mulakan hari esok lebih baik dari hari ini...insyaAllah...
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat