Wednesday, January 27, 2010

~~ Be A Better Woman ~~

LOVE TO BE A BETTER TEACHER

Sebenarnya post ni lebih kepada nak meningkatkan motivasi aku sendiri dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Guru dan Kaunselor Sekolah...

Sekarang ni aku atau umumnya Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan sedang menjalankan Program Kemahiran Belajar Fasa 1 bagi tahun 2010... Semua pelajar terlibat dan aku mengambil pendekatan secara berperingkat untuk memberikan sebanyak mungkin kemahiran-kemahiran belajar kepada mereka... Jadi aku dan rakan kaunselor (En. Azmi) merancang menjalankan program ini seminggu sekali dan hari Rabu menjadi harinya... Maka bermula pada minggu lepas, program telah pun bermula dengan lancar... Setiap hari Rabu, dua slot akan dijalankan yang mana dah semestinya aku akan terlibat dalam
1 slot....

Program Kemahiran Belajar ini lebih kepada memberikan input atau teknik-teknik yang berkesan dalam pembelajaran... Contohnya seperti Teknik Pengurusan Masa Yang Berkesan, Teknik Mengingat, Teknik Mencatat Nota, Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan dan Teknik Menghadapi Peperiksaan.... Kebiasaannya, pendekatan yang digunakan adalah melalui ceramah dan powerpoint...

Point utama yang aku nak sampaikan di sini adalah aku amat lemah apabila menjalankan program yang mana aku perlu bercakap dan memberikan ceramah di depan orang ramai.... Walaupun hakikatnya itu sepatutnya menjadi kepakaran aku... Yelah, mungkin aku masih baru dan belum biasa untuk menyesuaikan diri bercakap di depan orang ramai... Namun begitu, lama-kelamaan aku sudah mula rasa selesa dan dapat membiasakan diri dengan keadaan orang yang ramai.... Walaupun sebelum ni aku akan berpeluh satu badan apabila memberi ucapan atau ceramah, namun kini semua itu dapat dikawal... Aku sudah mula mudah mendapat idea dan mengeluarkan sesuatu ayat dengan lancar dan dapat berfikir dengan pantas... Rahsianya bagi aku sendiri, tak perlu tulis apa yang ingin kita katakan... Cukuplah sekadar menulis draf ringkas... Dan cubalah untuk tidak terlalu mengharap kepada nota itu... Yang paling penting, pandang semua audien dan sekeliling untuk menghilangkan perasaan gemuruh atau cemas... Kerana perasaan cemas dan panik hanya akan menyebabkan otak menjadi 'blank' dan membawa kepada ucapan yang tersekat-sekat.... Itulah yang aku amalkan hingga kini aku mampu memberikan ucapan atau ceramah dengan agak baik berbanding sebelum ini... Insyaallah....


** Orang yang berjaya dan cemerlang adalah orang yang berani untuk membuat perubahan... Perubahan yang macam mana?
Tepuk dada, tanya iman....

Tuesday, January 26, 2010

~~Apabila Nyawa Ibarat Telur Di Hujung Tanduk~~

Takut....Berdebar....Menggigil....Pucat.....

Itulah antara perasaan yang aku alami apabila berdepan dengan satu pengalaman yang aku kira sangat-sangat memberi kesan kepada diri aku lebih-lebih lagi dalam aspek pemanduan kereta.....Mungkin bagi sesetengah orang menganggap aku sengaja memperbesar-besarkan cerita, tapi Demi Allah hanya aku yang tahu perasaan itu...

Aku akan mulakan cerita ni dari awal...Seperti biasa aku akan keluar dari rumah ketika jam di dashboard kereta berada di angka 6.35 am...awal kan? Ye...sebab jarak dari rumah ke sekolah aku mengambil masa selama lebih kurang 30 hingga 35 minit...Aku sampai ke tempat kejadian kira-kira jam 7.00 pagi....cuaca pun masih agak gelap walaupun dah mula terang sikit....Aku sedar ada sebuah motor yang ditunggangi oleh 2 orang mamat yang gayanya seperti pekerja kilang, memotong kereta aku....Aku dapat lihat dengan jelas mereka mengekori sebuah lagi kereta (cikgu sekolah aku juga) dengan jarak yang terlalu dekat...sampai di satu selekoh, sebuah lori datang dari arah bertentangan dengan agak laju dan ini memaksa kereta di depan motor tersebut menekan brek agak mengejut....Dalam sekelip mata aku lihat kedua-dua penunggang motor tersebut terus terjatuh dan tergolek-golek betul-betul di depan kereta aku.....aku yang agak mamai sempat menekan brek dan mengelak kereta daripada melenyek kepala kedua-dua mangkuk tersebut (agak emosional sikit).....mujurlah kereta-kereta yang agak banyak di belakang turut sempat mengelak...

Apa yang aku nak tekankan di sini adalah....Nyawa mereka masih panjang kerana mereka jatuh agak ke tepi jalan...Hanya bahagian kepala dan separuh badan berada di jalan raya....Bayangkanlah kalau mereka jatuh batul-betul di tengah jalan dan aku tak sempat untuk mengelak....Apa yang akan terjadi?

Dan hasil daripada tindakan bodoh kedua-dua monyet itu, tiada sebuah kereta pun yang berhenti untuk menolong kerana semua orang ingin kejar masa untuk ke tempat kerja.... Yelah lagipun daripada cara mereka terjatuh tu, aku tengok kecederaan yang akan mereka alami tak terlalu teruk....Aku yang agak mamai pada mulanya telah mula segar bugar dan sepanjang perjalanan ke sekolah, mata aku membuntang macam orang kena sawan...dada aku macam nak pecah....tangan menggigil....muka pucat....

Bila sampai di sekolah, rupa-rupanya cikgu yang memandu di depan kereta aku itu langsung tak menyedari hal itu kerana tak dengar sebarang bunyi....Patutlah dia dengan selambanya terus memandu....Yang jadi mangsa adalah aku kerana terasa trauma atas kejadian itu.....

** Kejadian ini membuatkan aku untuk lebih berhati-hati apabila memandu selepas ini....Walaupun kita berhemah di jalan raya, ianya bukan jaminan terhadap keselamatan nyawa kita....Kecuaian orang lain boleh membawa padah kepada diri kita.....

Saturday, January 16, 2010

~~ GURU oh GURU ~~



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

~~ Usman Awang 1979 ~~
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat