Monday, June 21, 2010

~ Template serabut ~

Hai...




Ni entri ketiga aku untuk hari ni. haha. nampak sangat kemaruk kan? ada aku kisah?




Takdela aku saja je nak membebel pasal template belog aku ni. sebelum ni gatal sangat tangan main setting je. last-last sekarang ni aku tak reti nak tukar balik. dah jadi serabut gila belog aku ni. siap ada belon-belon plak kat background. kekeke. dulu bajet comel la. sekarang tak leh hilang plak. 




Tapi aku harap kamu kamu sume tak berpinar mata la ek bila baca belog aku ni. anggap jela belon-belon tu sekadar menceriakan suasana. hahaha. tahla takde sifu yang sudi nak ajar aku buat belog cantik-cantik. ni sume hasil usaha aku meng-explore sendiri. tu yang jadi serabut tu. haha.
Bila dah godeh-godeh pun masih tak leh gak, fed-up la jadinya. lantak dia la nak serabut pun. janji aku leh hapdet dengan jayanya. hehe. tah ada orang baca ke tak belog aku ni agaknya. layankan jelaaaaa. ;P

~ Hepi 2nd Anniversary ~

Hai again...




Actually aku dah lama nak masukkan entri ni tapi sebab terkena time cuti skola kan. so tu yang terlajak sampai 2 minggu. entri pasal apa? tu yang kat tajuk tu. haaa korang tak tau kan yang our marriage dah masuk ke tahun yang kedua. pejam celik pejam celik dah 2 tahun. aku rasa macam baru semalam je bersanding. haha. perasan gila. serius kitorang masih dalam mood honeymoon lagi. rasa syok je. 





Sebelum tu lupa nak mention. anniversary kitorang 7 Jun 2010. dah setting awal-awal dulu kawin time cuti skola. so tiap tahun mesti celebrate time cuti. kan best tu. hehe. tapi tahun ni kitorang takde la celebrate gila-gila. sebab hari sejarah tu kitorang dalam kete on the way nak balik ke Kluang. incek hubby wish dalam kete,



"Hepi Anniversary yang kedua sayang. Thanx sebab bertahan jadi wife abang selama 2 tahun."



Simple but sweet and so touching. seriously aku bukan jenis yang suka mintak-mintak. kalo dia bagi, aku amik. kalo tak, aku tak kisah. aku rasa dengan wishes camtu pun boleh buat aku angau and tersenyum sampai malam. u know why? sebab orang laki ni bukan suka sangat nak luahkan perasaan dia tu. mahal gila. so bila sesekali diorang luahkan, korang akan rasa syoooookkk sangat. kan? kan? haaa yang dah kawin mesti setuju dengan aku.




Maybe sebab tula kot incek hubby belikan aku macam-macam a week after that. actually barang-barang yang dia belikan tu pun bukan aku yang beria-ia nak. memang incek hubby dah tau apa yang aku suka. macam sandal tu memang dah lama aku cakap nak beli. nak yang jenis comfort. that's why hari tu dia ajak gak aku pegi pilih. nak beli Hush Puppies tapi sume pattern lama. so lastly ter-ber-kenan dengan Scholl. yang penting selesa. aku tau mesti korang cakap "eleh, kata tak suka mintak-mintak, tapi sekali beli yang mahal terus." meh aku cite sikit. sebelum ni aku suka beli kasut or sandal jenis macam kat Vincci camtu. tapi sume tak tahan lama. pastu buat kaki aku sakit. so incek hubby yang ajar aku pakai sandal jenis comfort camtu. mahal tapi tahan lama. tak gitu? so harap jangan salah menilai aku ye. ;P




Ok, berbalik cite pasal anniversary aku tu. eh takde apa sebenarnya nak cite. hehe. sebab time tu sampai Kluang je dah malam. incek hubby kalo pas drive terus melepek. penat katanya. haih. sebelum beli kete baru mengeluh penat drive manual. bila dah beli kete auto, mengeluh gak. abis nak camno? naik kapal terbang? hehe. sedap je kan aku kutuk. aku baru drive dari Lipis ke Jengka yang dalam 2 jam tu je pun dah monyok je muka. apa lagila ke Kluang yang makan masa dekat 6 jam tu. huh. patah pinggang. 




Cuma anniversary kali ni kami dah mula memikirkan untuk tambah ahli keluarga. ceceh. blushing. yela umur pun makin meningkat kan. nak tunggu apa lagi. so we all kena buat sesuatu la. sesuatu tu apa? jeng jeng jeng. hahaha. no lah. sekarang ni kena aim untuk ada anak plakla. dah puas kot honeymoon berdua 2 tahun. rasa sunyi gak bila takde baby. tapi kadang-kadang terfikir gak 'dah ready ke aku'? korang doa-doakan la ek. mana tau mulut masing-masing masin. tahun depan korang dapatla anak buah. hehe. aminnnn.




* Anak takde tapi nama dah ada. heh. ;P




 

~ Setelah lama menghilang, aku nak membebel ~

Hai... Hai... Hai...




Whaaaa rindu gila la dengan kamu kamu sume. dah lama kan aku tak ber-belogging. ada dalam 2 weeks gakla. last aku hapdet belog hari Sabtu 5 Jun. today dah 21 Jun. whaaa dekat 3 weeks gak rupanya. ade ke yang kangen sama aku ni? hahaha.





Actually kamu kamu sume mesti tau kan kenapa aku tak hapdet entri baru. kan cuti skola 2 weeks. dalam entri-entri sebelum ni kan aku ada bagitau kalo time cuti memang aku sedikit (banyak sebenarnya) malas untuk mengadap laptop. even FB pun jarang bukak. aku lebih suka spent time dengan incek hubby and family.




Oh, lupa nak cakap, school hols minggu pertama tu hari Isnin aku balik Kluang. kampungku yang tercinta. huhu. mula-mula plan nak stay la lama sikit. yela bukan selalu aku dapat balik Kluang. time cuti skola jela. unfortunately, aku dapat stay sampai hari Sabtu je. coz Ahad kawan incek hubby kawin, he must attend (he said). Isnin sampai Rabu tu plak aku kena bawak budak ke UiTM Jengka untuk Program Puncak Jaya. kiranya aku bercuti seminggu jela. selebihnya bekerja dalam cuti.




Eh tapi hari Jumaat minggu sebelum naik skola tu aku balik Kluang semula tau. penat memang penat but i had to. ada
perkara penting yang perlu dibuat. ape perkara penting tu? tak leh bagitau sekarang. later aku share ye. InsyaAllah. ;)




Hari Ahad sampai di Lipis lebih kurang maghrib. ingat nak gerak awal dari Kluang tapi disebabkan perlu setelkan
perkara penting tu dulu, maka aku bertolak dalam pukul 12 lebih. pastu leh plak singgah Tesco Ampang sebab incek hubby nak beli microwave. sebenarnya dah lama gila dia nak belikan benda alah tu. tapi tak terbeli-beli. so alang-alang dah lalu Tesco Ampang tu, kami pun menyinggah la. tapi jap je. sempat plak tapau pizza. sebab incek hubby cakap nak try microwave tu balik kang. hehe. sebelum pukul 5 kitorang gerak balik ke Lipis.




Alhamdulillah perjalanan sepanjang hari tu tenang dan lancar. aku risau gak kalo jem. paham-paham jela esoknya dah buka skola. so mesti berduyun-duyun orang nak balik ke rumah masing-masing dari kampung. tapi lengang plak semalam. kat highway pun laju je. incek hubby siap boleh race lagi dengan kete lain. hehe. balik-balik je singgah umah mak mertua jap sebab incek hubby nak amik burung murai batu dia. oh, lupa nak bagitau, incek hubby sekarang ada bela 2 ekor burung murai batu. sekor dah pandai berbunyi. sekor masih baby lagi. cute sangat. disebabkan sekor lagi tu masih baby and makan pun kena bersuap, incek hubby minta adik dia tolong jagakan masa kitorang takde. yang sekor lagi tinggal kat umah sebab dah pandai makan sendiri.




Aku ni sebenarnya kurang berkenan bela-bela binatang ni. sebab kesian. lebih-lebih lagi burung. terkurung je. kalo kucing ok lagi sebab dia masih boleh berlari sana sini. aku ada gak cakap kat incek hubby. dia cakap nak bela jap je. nak bela sampai yang baby tu pandai berbunyi. pastu dia nak lepaskan or jual. yg dah beso tu incek hubby beli RM450 kat Kluang bulan lepas. yang baby tu tokey burung bagi free je. so sekarang ni keje incek hubby asik mengadap burung tu jela. yela nak layan anak, anak pun takde lagi. nak hilangkan sunyi, layanla burung. sian kan. huhu. sabar ye abang. ada rezeki kita nanti. ;)




Ok, sambung balik cite tadi. sampai je rumah, aku terus mandi and solat. incek hubby as usual terus tengok apa dah jadi pada sekor lagi burung dia tu. sihat ke mati ke. Alhamdulillah sihat lagi. eh lupa nak mention, incek hubby letak burung tu dalam 1 bilik kosong. bilik tu memang aku tak guna. kalo letak luar jawabnye hilangla. tapi sian kan dahla duk dalam sangkar. pastu kena kurung dalam bilik plak. masa cek hari tu aku tengok makanan dia dah bersepah kat bawah. macam mengamuk gayanya. pastu bila nampak je aku dengan incek hubby, terus melompat kegirangan. haha. rindu la konon.




Pastu kitorang keluarkan sume barang dari kete. masa kat Kluang tu kitorang banyak gakla shopping. incek hubby terutamanya. sakan dia membeli belah. aku apa lagi. tumpang sekaki la. haha.




Barang-barang incek hubby :
1. T-shirt 2 helai.
2. Kemeja 1 helai.
3. Seluar slack 1 helai.
4. Perfume Davidoff.
5. Dalaman. haha.



Barang-barang incek wife (aku la) yang dibayar oleh incek hubby :
1. Seluar slack padini 1 helai.
2. Sandal scholl kaler oren.
3. Barang mekap.




Hari tu incek hubby baik hati plak nak belikan aku macam-macam. selalu dia baik hati gak. tapi kali ni terlebey suda. hehe. aku ni ibarat 'orang mengantuk disorongkan bantal'. cepat je. pas dah habis menyopping dari pukul 3 petang sampai 7.30 malam, leh plak incek hubby tanya nak shopping apa lagi. dia cakap aku beli barang sikit sangat. haihh. ni suda lebey ni. aku sengih je. aku cakap lenkali plak sambung. sebab dah maghrib so kena balik umah. hehe.




Oh masa shopping tu aku sempatla belikan T-shirt untuk ayah kesayanganku itu. kebetulan esoknya Hari Bapa. so aku beli siap-siap. kenapa beli T-shirt? sebab tu yang dia suka. penah belikan jam, tapi lastly tak pakai. belikan perfume pun sama gak. kalo baju dia memang suka. leh buat raya katanya. sebenarnya bagi hadiah apa pun tak penting. yang paling penting kasih sayang yang takkan hilang. sama gak dengan mak aku. kebetulan besday dia kena time cuti skola. aku pakat dengan kakak and adik aku untuk belikan handbag kesukaan dia. dah lama dia suka. so daripada aku pening-pening fikir nak bagi apa, aku belikan je apa yang dia memang suka. tersengih memanjang bila dapat handbag tu. esoknya terus pakai bawak pegi pasar. haha.




Anyway, cuti ni terlalu singkat bagi aku. rasa banyak benda yang belum aku bereskan lagi. but i have to work. kalo tak, makan gaji buta la. tapi aku tak dapat nak elak daripada membelek kalender nak tengok bila cuti skola seterusnya. haha. gila teruk aku ni.





* Sorila ek aku bebel panjang gila kali ni. lepas gian. haha. ;P
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat