Thursday, August 19, 2010

~ Apalah malang nasib perempuan ~



Salam sume. jumpa lagi.




Korang perasan tak akhir-akhir ni banyak sangat berita pasal isteri kena pukul dengan suami. ade yang sampai kena bunuh! haihh ape la nak jadi dengan lelaki sekarang ni. mentang-mentangla isteri tu lemah, sanggup diterajang, ditetak bagai.



* Pic from google.


 
Baru semalam aku tersentak bila baca berita isteri hamil kena pijak suami. puncanya isteri menguatkan volume TV. alahai tak logik betul la. takkan sebab benda kecik tu pun sampai sanggup korbankan bini dan anak dalam kandungan. dah macam takde otak.




Tiba-tiba hari ni ada lagi berita pasal isteri kena pukul suami. kali ni si isteri sampai retak tulang akibat diterajang suami. aku tak baca detail ape puncanya. cuma baca cover depan Harian Metro. 



* Jangan takut untuk laporkan pada polis.



Bila aku cakap dengan incek hubby, die cakap sebenarnya benda ni tiap hari berlaku tapi diorang tak buat report. dan sume orang terlepas pandang. bila pas sorang, sorang kuar paper, baru diorang berani nak lapor polis. sebab tu kalo korang perasan sume kejadian ni macam bermusim kan. nanti sampai mase, die akan senyap balik. 




Camtu gak macam kes buang bayi. ikutkan hampir tiap hari ade je kes bayi dibuang. tu yang dijumpai. belum lagi dikira yang tak jumpa terus. dan nanti kes camni akan senyap camtu je. dan orang sume akan terus lupa.



* Kesiannya. (google)



Berbalik pada kes laki pukul bini tadi, korang rase ape sebab berlakunya kejadian camtu ye? bukan ke suami isteri tu hidup saling sayang menyayangi antara satu sama lain. masa bercinta pijak semut pun tak mati. sanggup redah lautan api. tapi bila dah dapat isteri tu, dipijak-pijaknya. di mana letaknya gelaran suami sebagai 'Ketua Keluarga'?




Ada 1 kes tu, disebabkan isteri borak dengan sepupu, terus kena belasah. haihh sampai tak boleh nak bercakap dengan orang lain. agaknye nak kena ngadap muka dia 24 jam. kalo dah camtu, baik kurung bini tu dalam rumah. jangan bagi campur dengan orang lain. tak pun duk dalam hutan. borak dengan kera je. 



Aku tak leh la cakap pasal benda ni. terus rasa hangin 1 badan. abis yang ko gatal nak cite tu nape? takdela, just nak luahkan perasaan. sebab aku pun pompuan gak. kalo la pompuan ni sekuat lelaki, aku rase diorang takkan berani nak buli-buli camtu. baru cuit skit ko dah kene pangg. haha.




Lastly, aku doa sangat-sangat moga keluarga aku dilindungi daripada benda-benda yang tak baik. dan aku juga doakan untuk kesejahteraan keluarga kamu sume. amin.




* Suami camni sesuai masuk penjara jangan kuar-kuar lagi.



~ Berjaya tak mengantuk-kan diri ~



Assalamualaikum sume.




Pose tak ni? Alhamdulillah bagus. aku pun masih belum buang pose lagi. harap-harap dapat pose penuh. ngeeeee. ;)



Hari ni aku berjaya mengelakkan mata dari mengantuk. rahsianya? kalo dah nama rahsia mane leh bagitau. tak gitu? haha. takdela, macam sebelum-sebelum ni, aku bangun sahur kul 4 pagi (yela, takkan 4 petang lak kan). sahur dalam 15 minit pastu aku akan terlelap balik. bila bangun nak pegi keje, mak aihhh punyela susah nak bukak mata. dah kena air sejuk pun masih nak terpejam.




* Ngantuk benor gaya ko dik.



Pastu mula la aku drive tak tentu hala. jap-jap nak terpejam. kalo skola dekat takpe gak. ni 30 minit baru sampai. kadang-kadang dah bulatkan bijik mata pun tak tahan gak. yang buat jadi lebih mengantuk bila radio Kenari aku tu rosak. incek hubby kata nak tukar radio baru. tapi sampai laaa ni takdak pun. oitt incek hubby, dengar tak nih?



* Kalo bawak penumpang lagi bahaya.




So, malam tadi aku bagitau incek hubby yang aku nak tido awal, pastu bangun sahur kul 5. imsak kul 5.40 camtu. kitorang makan 15 minit je. so memang sempat sangat. kiranya pas sahur aku malasla nak tido balik. tengok TV ke pebenda. aku nak test berjaya tak cara aku tu untuk buat tak mengantuk.




* Bahaya adik ni memandu sambil tido. siap lentok baik punye.



Dan yess!! aku berjaya. pas sahur nasi goreng yang aku masak malam tadi (incek hubby paksa masak, tapi die makan 2,3 suap jek), aku ajak incek hubby borak-borak sementara tunggu kul 6. tapi jap je. tengok-tengok die bantai membuta. siap berdengkur lagi. haihh sayang nau nak tinggalkan tido. tengok jam baru kul 5.30. nak turun tengok TV, malas. so aku layan game dalam henfon. rupenye makin buat aku ngantuk. tak leh jadi ni. 




Malas nak tunggu kul 6, aku terus mandi. baru segar mata. dan yang syoknya, hari ni takde eye bag! kalo tak, tetiap hari lebam jek bawah mata aku. tepek concealer pun tak jalan. dan kesimpulannya, cara aku ni berjaya. so pasni aku akan teruskan bangun sahur kul 5. walau camne ngantuk pun aku tetap akan bangun sahur. bukan ke besar nikmat bagi orang-orang yang bangun bersahur walau pun cuma minum segelas air.




* Hari ni takyah pening-pening fikir nak masak ape sebab ada majlis berbuka pose dengan guru-guru kaunseling daerah Lipis. yuhuuu. ;D



Wednesday, August 18, 2010

~ Ditelan mati mak, diluah mati suami ~



Hai eberibodi.




Haihh pening pening. susah betul bila kita tersepit di antara dua insan yang kita sayang. yang sorang suami tercinta. yang sorang lagi ibu yang dikasihi. dua-dua penting dalam hidup aku. tapi aku tak mampu nak puaskan hati kedua-duanya.



* I love BOTH!!!



Macam serius je kan. hehe. tak la serius mane pun. biasela dekat nak raya ni. bagi yang dah berkeluarga mesti kena balik 2 kampung halaman. macam aku, kitorang dari sebelum kawin lagi dah deal akan bergilir setiap tahun. tahun pertama kampung aku kat Johor. tahun kedua kat Lipis. so dari aspek tu aku takde masalah.




Untungnya sebab aku ni duk dekat dengan rumah mertua. so bila tiba time cuti panjang, confirm aku balik ke kampung aku. yela, name pun dah bermastautin kat Lipis kan. tiap minggu mesti aku jenguk mak mertua. melampau la kalo nak kene bagi-bagi gak. mujur gak incek hubby paham.




* Ibu dan Ayah ku. ;)



CUMA yang jadi masalah sekarang ni tarikh aku nak balik ke Johor nanti. umum tau kan skola start cuti hari Sabtu (4 Sept). sampaila raye kelima kalo tak silap aku. yang incek hubby ni awal-awal bagitau nak balik hari Isnin dalam cuti tu. tu pun puas aku pujuk. kalo tak, lagila die nak balik hari Selasa or Rabu. mak aihhh.




Bila aku call mak plak, die suruh balik hari Sabtu tu. kalo boleh, petang Jumaat pas keje tu die suruh gerak. alahai mak. bila aku cakap aku akan balik lewat sikit, dia dah mula diam. walaupun dalam telefon, aku tau riak muka dia kecewa. tapi aku pujuk balik, aku cakap aku akan balik hari Ahad. nak nangis rasa.




* Incek hubby yang baik hati di sisi wifenya yang comel. ehek.



Pastu aku trus bagitau incek hubby pasal mak. sambil tahan airmata ok! bila tengok muka aku mengalahkan cekodok basi, maka incek hubby yang baik hati tu pun trus setuju nak balik ke Johor hari Ahad tu. tapi belah petang. berbuka dalam perjalanan. yess!! nak melompat rasa. tapi aku tahan je. huhu.




Last aku jumpa family aku ujung bulan 7 ari tu. kan diorang datang umah aku. tak sampai pun sebulan, dah mula rindu. lagi-lagi perasaan mak kan. kalo boleh hari-hari dia nak tengok muka anaknya ni (yeke?). aku paham perasaan mak. dan aku juga paham perasaan incek hubby. tapi sape nak paham perasaan aku? uhuk (tetiba).




Aku teringat balik mase baru-baru kawin dulu. sampai bergaduh nak tetapkan tarikh (dulu incek hubby keras hati skit). Alhamdulillah sekarang incek hubby lebih memahami. yang bestnya tahun ni incek hubby cakap akan stay kat Johor sampai raya keempat!! haaa ko. aku siap tenung incek hubby sebab tak pecaya. kalo macam 2 tahun lepas, raya kedua je pagi-pagi buta dah berdesup balik ke kampung lagi satu.




Maybe incek hubby dah mula paham kot. yela ko, aku dah menetap kat Lipis. so bagila chance nak balik jumpa mak aku lama sikit kan. bukan selalu dapat balik. kalo duk Kolumpo takpe gak. 




Jadi aku bersyukur sangat kali ni dapat beraya lama sikit dengan family aku. aku doa sangat-sangat semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar. korang pun doakan la skali ek. aku akan doakan agar perjalanan kita pegi dan balik nanti dilindungi oleh-Nya. amin.




* Sekarang rajin amik hati incek hubby sebagai balasan. kehkehkeh. ;P 



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat