Tuesday, September 21, 2010

~ Korang penah dengar Buah Zuriat? ~



Morning!




Wahh bunyi macam bersemangat je kan. padahal same je. huhu. ehh korang penah dengar tak buah namenye Buah Zuriat atau dikenali sebagai Buah Adam & Hawa? aku macam penah dengar tapi tak ingat. semalam kawan aku cakap die ade beli buah tu. die pun same gakla macam aku. dah bertahun kawin masih belum ade hasil. huhu.



* Ni le ghope Buah Zuriat tu. name pun dah menaikkan semangat kan. hehehe.



So aku pun dah mula teruja nak mencuba gak buah tu. mane tau ade rezeki kan. member aku bg website yang ade jual buah tu. leh klik kat SINI. benda baik harusla dikongsi, tak gitu? so, bagi sape-sape yang agak-agak dah ready nak jadi makpak tapi Tuhan masih tak makbulkan lagi, lehla cuba dengan buah zuriat ni. tak salah berikhtiar kan.


 

Aku masih tak order lagi sebab kawan aku tu nak bagi free 2 biji. die suh aku try dulu. pastu baru la nak order lagi. fyi, buah ni juga terdapat di Mekah tau. so sesapa yang sedara mara die nak ke Mekah nanti lehla kirim. buah ni boleh didapati dalam bentuk biji atau serbuk. 



* Berparang bagai sebab kulitnya keras ya amat.



Yang dalam bentuk biji kena la kupas dulu kulitnya yang berlapis-lapis tu. nak mengupasnya plak bukan senang. sebab kulitnya kemain la keras. pas kupas kulit luar ade plak tempurung bahagian dalam yang kena dipecahkan. then baru la jumpa isi yang macam isi kelapa tu. pastu baru la boleh direbus. mengikut testimoni, diorang rebus lebih kurang dalam setengah jam je. pastu minum airnya. 




* Macam isi kelapa kan.



Sebiji buah zuriat ni boleh diulang-ulang rebus sampai la hilang zatnya. hilang zat di sini bermaksud sampai air rebusan jadi jernih. maybe caranya agak renyah skit tapi kalo tak usaha, mana nak dapat hasilnya kan. kene la bersusah-payah skit. tak salah mencuba kalo hasilnya nanti berbaloi-baloi.



* Tengok kulitnya tu. tebal kan?



Yang jenis serbuk plak aku tak pasti cara penggunaannya. maybe just campur dengan air dan boleh terus diminum. korang google la sendiri ek. hehe. sebaik-baiknya sebelum minum tu baca selawat dan surah Al-Imran ayat 38 diulang 3 kali. pastu air rebusan tu lehla diminum tiap hari.




* Serbuk Bunga Kurma



Maybe korang pun ade yang tau pasal buah ni kan. maybe aku yang ketinggalan zaman sebab baru ni tau. ngeheheh. tak kisahla. better late than never, rite? so, rasenye tak salah aku nak share info ni kat kawan-kawan yang senasib, sehati, sejiwa dengan aku. hanya yang mengalami akan memahami. ;)



* Teruja nak tunggu buah tu dipos oleh Cik Yan. Thanx a lot!!!


Monday, September 20, 2010

~ Banyak keje tapi ape yang aku buat? ~



Adoi. mood keje masih belum ade. tapi keje datang bertimpa-timpa. ecehh macam pantun 2 kerat lak. hehe.




Serius memang aku takde mood nak memerah otak nak buat paperwork itulah, pamplet inilah. takpela, program pun minggu depan. masih ade mase lagi nak buat. takat paperwork ngan pamplet tu sejam je dah siap. huhu berlagak.




Khamis depan ade Program Pecutan Akhir Sebelum Peperiksaan untuk student PMR ngan SPM. pamplet masih lum siap sepenuhnya. tinggal skit lagi. pastu Jumaat lak ade Majlis Restu Ilmu PMR & SPM. pamplet dah setel. 



* Program bulan Sept yang tak berapa nak banyak.



* Kalendar bulan Okt yang masih suci murni. eh eh ade gambar kek la. itu besday saya!!! ngehehe.



* Konon bukak paperwork nak menaip. skali tengok skrin, menaip blog rupenye. ampesss!!!



Senang ade table calender ni. aku dah terbiase note sume program yang dah dibuat or akan dibuat dalam kalendar. kalo lupa, senang main selak-selak balik. yang tak tahan, time nak balik Johor pun note gak dalam kalendar. apakah? hahaha.




* Sebenarnya takde modal nak cite ni. maka cari modal dengan men-snap gambar tah-ape-ape.



~ Depan mata pijak semut pun tak mati ~



Selamat hari Isnin kawan-kawan.




Aku menyampah betul dengan orang yang jenis talam dua muka ni. depan kita punye la baik. cakap pun lembut je. manis muka. tapi rupanya, belakang kita, kemain syok lagi mengutuk.



Benda ni terjadi kat aku. ade la dalam sebulan lepas. tak sangka rupenye orang yang aku sangkakan sangat baik ni jadi musuh dalam selimut. aku gelarkan si pengutuk ni sebagai A ye. dan 1 lagi watak dalam cite ni iaitu kawan aku adalah si B.



* Jangan tertikam punggung sendiri sudah.



Si A ni tak tau yang si B ni kenal dengan aku. diorang ni kenal sebab masing-masing sambung belajar kat U di utara tanahair. nak dijadikan cite, mase diorang tengah ade klas, si A ni bukak fesbuk. mase tu si B pun ade gak. pastu ade la agaknye profile aku ( aku tak add as friend pun dengan die). bile die nampak je gambar aku, die bagitau la si B yang aku ni gitula, ginila.




Kawan aku si B ni bijak gak. die dengar je si A mengutuk puas-puas. dah abis mengutuk baru die cakap yang aku ni kawan baik die. penah bekerja sekali dengan die. dan kawan aku si B ni cakap sepanjang die bekerja dengan aku, takde sekali pun aku menyusahkan die. die mengaku senang bekerja dengan aku. 



* Ni lagi teruk. dua-dua same je.



Si A ni ape lagi. terkedu tak terkata ape la. muka berubah terus. tapi aku respek kat kawan aku si B tu. die pandai mengawal keadaan. yela, sian gak kan tengok muka si A dah merah menyala menahan malu. pastu si B ni pun cakapla kat si A maybe cara si A ni tak betul. pastu die cakapla aku ni jenis yang camne sume. 




Si A terangguk-angguk kepala. tak tau la die paham or saje-saje buat paham sebab malu sangat kan. pastu si B ni bagila nasihat dan tunjuk ajar skit camne nak deal dengan aku. pastu si A ni leh plak mengaku kesilapan die sebab cepat sangat judge aku. dan die gak ngaku maybe cara die tak betul.




* Bahaya nih. jangan tak tau kawan juga leh jadi gunting dalam lipatan.



Aku mase mula-mula dengar benda ni mendidih gak hati. tak sangka sangat. tp kawan aku si B ni bukanla jenis yang kuat mengadu. cuma mula-mula tu die just bagi hint skit je. pastu aku puas la korek nak tau cite sebenar. barula die nak cite. tu pun die cakap jangan bagitau kat si A yang aku dah tau. kang die taknak cite lagi. heheh. tu aku tau la.




* Geram ade, marah ade, kecewa pun ade. ;(



Cuma sekarang ni bile pandang je muka die aku jadi menyampah, meluat bagai. tapi nak taknak kena gakla ngadap. dah keje tempat same kan. tapi serius memang aku dah tak caye dan tak respek kat die lagi. sume kata-kata manis die buat aku geli nak muntah. dan aku yakin ramai lagi manusia lain yang dah terpedaya dengan kata-kata die yang lemah lembut tu. 




Penah ade yang bisik kat telinga aku, "Si A ni baikkkk sangat kan. cakap pun lembut je. sejuk hati dengar." aku yang dengar ni rase panas hati. tapi takkanla aku nak cite keburukan die plak kan. so aku senyum dan iyekan jela. dalam hati, " Baik ko cakap??? hakktuiiiihhhh!!!". muka dah mula nak mencebik. geram bile teringat die kutuk aku.




Tapi yela, aku ni bukan jenis pendendam orangnya. marah jap je. pastu bile teringat balik, marah balikla. disebabkan sikap profesional aku tinggi melangit, maka aku berjaya berlakon pura-pura suka dengan die. padahal dalam hati, hanya Allah yang tau. aku nampak kat dahi die tu ade cop "HIPOKRIT". besar punye.



* Senyum itu lebih baik.



* Jadi baby gak best kan. takde masalah. senyum je. ;)



Dalam kes ni, sedikit sebanyak bagi aku pengajaran. first, jangan terlalu mudah meletakkan kepercayaan pada orang. second, biarla orang nak kutuk kita, asalkan kita jangan kutuk orang. third, kalo nak kutuk pun pastikan fakta tu betul. jangan main tokok tambah. bukan takat dapat dosa mengutuk, siap tambah dengan dosa memfitnah lagi. nak ke?




* Tapi dah 11 hari raya ni masih takde ucapan maaf dari si A. hmmm.


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat