Thursday, October 14, 2010

~ Tiba-tiba hari ni tak busy plak...Pelik! ~



Morning!



Wahh hari ni pepagi aku dah duk merilek je. leh je terus on laptop, pastu layan FB jap. ehh, betul ke ni? macam pelikla.


Dari tadi aku duk fikir-fikir ape lagi yang aku tak buat. sebab rasenye semalam macam tak menang tangan aku nak buat itu ini. fikir punya fikir, sah! memang keje aku sume dah setel. wallaweiii! heavennya!



Maka kalian-kalian sume beruntung hari ni sebab ade entri baru. muahahaha. perasan di situ. alaa kalo tak 10 orang, kurang-kurang 2,3 orang yang tunggu kan? kan? *dah, cukup! berhenti perasan!


Hari tu duk belek-belek blog Kak Red tetiba rasa macam nak bertukar ke syampu Dove je. sekarang ni aku pakai Head & Shoulder. ok memang ok. cuma rambut aku ni ade masalah kekeringan yang kengkadang melampau gak. sampai mendatangkan perasaan nak botakkan kepala je. *macam best je botak. sejuk!




* Yang ni kot bagus. untuk merawat rambut rosak.



Rambut aku agak panjang gak. nak potong tapi tak potong-potong gak. busy memanjang katakan. so bila dah panjang ni makinla susah nak jaga. boleh dikatakan 24 jam rambut aku ni berikat. time tido je tak. cuba korang bayangkan rupa rambut pontianak. bayangkan sekarang! haaa camtula lebih kurang rambut aku kalo tak diikat. cantik bukan? cantik bagi cik pon la!



Rimas ok! aku memang nak sangat cari produk yang boleh melembapkan rambut aku ni. takyah ikat pun die duk diam keras kematu je kat kepala. tapi bila dipegang, halahaiii lembutnya! bau wangi plak tu. haaa aku nak yang camtu la.



Sebelum ni rambut aku dah dilumur dengan macam-macam produk. korang cakap je ape brand yang aku tak penah guna. Sunsilk, Rejoice, Pantene, Herbal Essense, Loreal, macam-macam lagila. dan Dove aku penah gak guna dulu mase zaman skola. tapi yela kan, dulu bukan reti nak pilih jenis yang sesuai dengan rambut kita. main balun je. janji cukup syarat. terus keras kejung rambut aku. kusut gila time nak sikat. tobat tak pakai lagi.



Tapi bila tengok Kak Red pakai elok je, aku jadi "wow! nak jugak!". maybe aku kene beli jenis yang sama macam Kak Red tu lah. untuk rambut kering. kalo nak lebih bagus beli 1 set. serius sebelum ni aku memang malas nak guna conditioner. pas syampu, zasss terus bilas, siap! tapi rupanya conditioner tulah yang paling penting. patutla rambut ko jadi kering sangat!



Ok, pasni aku berazam akan guna ikut cara yang betul. melainkan kalo dah tak menyempat sangat. pastu jangan dilupai, pas guna kena nyorokkan. kalo dapat ke incek hubby, mau tak sampai seminggu dah kena beli lagi. die tu antu syampu! sekali sampai 3,4 kali mandi bersyampu. tapi rambut makin botak gak.



Emm, balik ni nak pegi carila. nantikan kemunculan rambut baru saya ye. eh, ko kan pakai tudung. camne nak tunjuk? errr alaa kalo korang tengok kat gambar muka aku ceria lain macam tu, maknanya saya dah takde masalah rambut lagi!




* Thanx tu Kak Red kerana info yang sangat bagus! ;) 



Wednesday, October 13, 2010

~ Maaf andai kamu menunggu ~



Salam sume.



 Hahaha. tajuk entri tak boleh blah langsung. bajet ade orang yang ternanti-nanti entri baru ko kan. alaaa layankan jela. tuan empunya belog sudah terlebih mereng sebab banyak nau kije. haihhh.


Serius memang sejak minggu lepas aku agak busy. kalah PM tau. aku menyampah kalo dapat keje last minit. plak tu kena siapkan dalam masa yang singkat. boleh mendatangkan marah tu.



Bila dah camtu, mood aku pun jadi tak menentu. muka stress abis. sampai ramai yang tegur. ahhh!! pedulikan. yang penting keje aku siap. tahla, ade partner tapi macam keje sorang-sorang je. haihh malasla nak menambahkan ke-tidak-sedapan mood ni.


Oh ye, Jumaat sampai Ahad ni aku akan ke UiTM Puncak Alam. ada program yang melibatkan student aku kat sana. so aku kena jadi guru pengiring. malas betul la. nasib baikla UiTM Puncak Alam tu best. kalo tak, memang aku tala ke orang lain.



Incek hubby la tempat aku merungut penatla, stressla, letihla, bosanla. sampai aku rasa die pun dah bosan kot dengar aku merungut. hahaha. tapi incek hubby selalu pujuk aku dengan bagi kata-kata semangat. die cakap bile lagi aku nak belajar sume ni. aku kan orang baru. so kena kumpul pengalaman sebanyak mungkin. betul gak kan?


So, aku think positive di situ. kurangkan merungut. tapi keje jalan. biarla orang nak cakap ape pun, yang penting kita dah jalankan tanggungjawab kita.



Minggu depan sampai la ke cuti skola jadual aku memang dah full. macam-macam program kena buat. letih wooo. aku tengok kalender yang penuh dengan contengan tu pun rasa nak muntah. plak tu memikirkan nak buat report lagi. wekkkkkk!!! ngeri!!!


Aku baru berhajat nak naikkan berat badan lagi. tapi nampaknya tak menjadi la. memang aku tetap makan even stress tapi makan time stress takkan buat ko jadi gemuk. makin kurus ade la. dah macam bela antu raya plak. hahaha. sian incek hubby dapat wife yang tak sedap nak dipeluk. huhu.



Eh, tadi rasa macam nak taip entri ringkas je. tetiba jadi macam panjang la plak. haihh kena stop ni. masa itu emas. sekarang saya kena berkejar ke pejabat pula. ayuhhh!!!



* Kalo esok takde entri baru kena tunggu minggu depan plak la ek. daaaa. ;)



Thursday, October 7, 2010

~ Allah selamatkan kamu ~






Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan Ayahanda tercinta.
Allah selamatkan kamu.



Selamat hari jadi.
Selamat hari jadi.
Selamat hari jadi Ayah.
Selamat hari jadi.



Ayah,
Selama hampir 26 tahun hidup bersamamu,
Tak pernah sekali kau menyakitiku,
Kau ayah penyayang,
Kau ayah pelindung,
Kau ayah pembimbing,
Kau segala-galanya.



Ayah,
Maafkan anakmu ini andai ada perbuatanku yang membuat ayah kecewa,
Maafkan diri ini andai waktu kecilku menyusahkanmu,
Kadang-kadang anakmu ini leka,
Tapi kau tak pernah lupa mengingatkan,
Sesekali anakmu ini kecewa,
Kau tak pernah putus memberikan harapan,
Betapa besar jasamu ayah!



Ayah,
Memori lama menggamit rasa anak ini,
Terbayang-bayang saat ayah menghantar anak ini ke sekolah,
Dengan berhujan, berpanas menunggang motosikal,
Kau melindungi anak ini dengan baju hujan yang kau pakai,
Kau tak mahu lihat anakmu ini jatuh sakit,
Betapa sayangnya kau pada anak ini,
Sehingga digelar anak kesayangan ayah! 



Ayah,
Aku amat bersyukur mendapat ayah sepertimu,
Setiap kata-kata yang keluar dari mulutmu menjadi semangat untukku,
Tanpa dirimu, Ayah,
Aku takkan jadi manusia yang berjaya,
Tanpamu, Ayah,
Aku takkan menjadi insan yang berguna.



Terima kasih, Ayah!
Segala jasa dan budimu tak mampu aku balas.
Hanya doa yang dapat aku titipkan setiap masa dan ketika.
Doa agar ayah sentiasa dilindungi di sisi-Nya.




Saya sayang Ayah (M. Yosof bin Awang) selamanya.



* Ulangtahun ke-55 dan tahun pencen untuk Ayah.



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat