Thursday, March 31, 2011

Ape kebenda menatang ACL ni?

Hai again.



Meh nak share info sikit meh.

 
 Apakah yang dikatakan kecederaan ACL?

- kecederaan ACL di difinasikan sebagai ketegangan yang melampau atau berlaku koyakkan  samaada sedikit ataupun putus keseluruhannya pada ligamen itu.

- kedudukan ACL dan PCL adalah dalam keadaan bersilang seperti 'X'.  sebab itu juga ia dinamakan 'cruciate'
- secara lazimnya apabila kecederaan berlaku, ligamen seperti PCL, collateral ligamen dan miniscus juga akan turut mengalami kecederaan terutamanya pemain bolasepak dan pemain ski.

-oleh kerana kelainan atonomy dan kekuatan otot, kaum wanita lebih senang terdedah pada kecederaan ini. Kanak-kanak pula akan berlaku kekoyakan ligamen bersama-sama dengan cerbisan tulang dan perlu menjalankan pembedahan untuk membetulkan tulang. 

- MRI perlu dilakukan untuk mengetahui secara terperinci mengenai tahap kecederaan.
- JIKA ANDA TIDAK AKTIF bersukan lagi  dan tidak melakukan kerja-kerja berat, tidak perlulah pembedahan TETAPI bila anda berjalan akan terasa tulang kering seakan-akan terkeluar 'give away' dan penyakit arthritis akan berlaku lebih awal.





*Sumber dari Rai Azman



Ok, back to me. apsal yang me tetiba nak jadi doktor hari ni? hahaha. sesekali jadi doktor apa salahnya kan. dah bosan jadi cikgu.



Takdelah, sebenarnya yang me menyibuk-nyibuk amik tau pasal info ni sebab my baby hubby sekarang ni tengah menderita sakit ACL. actually benda ni dah lama dia kena. masa zaman study kat UPSI dulu nun. fyi, my baby hubby is one of UPSI soccer player team. pas injured terus gantung but. kesiannnn. *masa kejadian ni berlaku me masih tak kenal dia lagi. *blushing.




So sejak hari tu sampai lah ke hari ni my baby hubby dah tak aktif dalam sports lagi. pity him. me tau dia sedih sangat bila dah tak leh main bola. padahal itulah sport kegemaran dia. nak buat camne kan. bila-bila masa je Allah leh tarik nikmat tu.



Can u imagine sports science teacher but can't do sports? he's one of them. hahaha. apa yang dia boleh buat is train his students with theory. but setakat lari lompat sikit-sikit tu he can make it lah. itu pun bila tersalah step terus bengkak lutut. nak buat camne kan. dah tanggungjawab.



After 6 or 7 years, barulah terbukak hati dia nak buat operation betulkan balik ACL dia tu. agaknya dah tak tahan tengok kawan-kawan dia asyik berfutsal. sekarang ni pun dah mula sibuk-sibuk survey boot nak aktif balik pas recover nanti. haihh! yang kelakarnya awal-awal lagi dah inform me pas dia dah ok nanti tiap petang dia nak duk kat padang main bola. hahah. kesiannn my baby hubby.


Sometimes dia ade gak curi-curi kuar main futsal. bila dah balik baru bagitau. bagitau pun sebab nak suruh me urutkan kaki dia. rasa nak marah tapi tak sampai hati. biarlah dia buat kesukaan dia. lebih baik dia bersukan daripada melepak tak tentu hala. tak gitu?



Fyi, isnin depan my baby hubby admit kat KPJ Ampang Puteri. then selasa operation. maybe me stay dengan dia sepanjang dia warded. nasib baik boss approve cuti. yela, family sakit kan. takkan tak leh nak consider. 



Why KPJ Ampang Puteri? one simple answer. because they have a very good doctor. emm bukanlah bermakna doctor kat hospital lain tak bagus. cumanya me survey from others experience. then bila kita pegi sendiri pun kita boleh nampak layanan dia macam mana. me dengan hubby sangat selesa dengan doctor tu. 



So my frens out there, i'm begging u. please please pray for my baby hubby ya. doakan semoga operation tu berjalan dengan lancar dan my baby hubby dapat sembuh dengan baik. thank u very much. muah! muah! ;)



Alhamdulillah. Rezeki dari Allah.

Morning all. sihat?



Tetiba terbau lauk masak asam pedas. ni mesti bau dari kantin ni. almaklumlah ofis dekat je dengan kantin. hehe. orang belah pantai timur ni memang dah rutin makan berat belah pagi. me cuba gak try tapi tak leh masuklah. selera belum terbukak nak makan berat-berat time camni. kul 12 kang barulah cari nasi. 


Ops, me bukan nak cite pasal nasi sebenarnya. cuma nak share kegembiraan dengan kawan-kawan. rasa bersyukur sangat sebab diberi rezeki melimpah ruah sejak kebelakangan ni. Alhamdulillah setakat ni apa yang diusahakan dengan sepenuh hati diberikan ganjaran oleh Allah. me yakin kalo kita nak sesuatu tu, dan kita usahakan bersungguh-sungguh, InsyaAllah akan mendatangkan hasil.



Rezeki takkan datang bergolek kalo kita cuma tunggu dan lihat. semuanya memerlukan langkah pertama. takkan nak tunggu bulan jatuh ke riba. macam gaji bulan-bulan yang kita dapat tu pun datangnya dari hasil usaha kita bekerja. kalo orang yang tak bekerja boleh dapat duit dari langit ke? *tak termasuk orang yang makan gaji buta. ;)


So, nak taknak kalo kita nakkan sesuatu hasil tu, kita kena la menuainya terlebih dulu. isi baja yang bagus-bagus, pencahayaan yang sempurna. InsyaAllah bila tiba masanya nanti, buah yang terhasil mesti dari kualiti yang bagus-bagus juga. hasilnya memang lumayan pakkk.



Bila rezeki makin bertambah ni, semangat nak berusaha tu pun semakin kuat. yela, dah ada peluang depan mata. kenapa taknak gunakan lagi? ibaratnya, mata dah mengantuk sangat, tapi sanggup tolak bantal yang diberi. kan best tido guna bantal. tu ibarat je. 


So ape lagi kawan-kawan? jomlah berusaha dengan saya. usaha membawa kejayaan. ;)



Wednesday, March 30, 2011

Baca sampai menggigil. Astaghfirullahalazim!

Salam.



Tengah khusyuk blogwalking kat Blog Borak Kosong, tetiba terbaca 1 entri pasal budak pompuan mengutuk Nabi Muhammad SAW. nama dengan muka pun tak di-blur-kan, so me pun ape lagi, terus search kat FB.






Godek punye godek, jumpa ni.

















Persoalannya siapa Jasmine Slalu Hepi ni? Hepi hepi gak. sampai masanya nanti, terima jela balasan-Nya.



* Menggigil baca status-status FB dia.



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat