Friday, May 27, 2011

Tips Keselamatan Sebelum Balik Kampung

Hai.



Tetiba rajin plak nak bagi tips kan. almaklumlah nak cuti. ;D



Jom baca!



ASPEK KESELAMATAN KENDERAAN

Periksa penapis udara

Ia biasanya terletak pada bahagian atas karburetor kenderaan.

Keluarkan penapis udara dari kotaknya dan lihat adakah ia kotor atau bersih. Untuk mengujinya, ketuk ke lantai adakah terdapat habuk atau debu yang jatuh.

Penapis berkenaan berfungsi membekalkan udara bersih terhadap kenderaan apabila enjin dihidupkan. Jika terlalu kotor, ia memberi kesan terhadap prestasi enjin.


Periksa minyak brek

Lakukan pemeriksaan takat minyak brek. Pemeriksaan ini mudah kerana bekas minyak brek lutsinar dan mudah mengesan kekurangan minyak brek. Pastikan anda menambah minyak brek yang betul.

Takat berkenaan boleh dilihat pada bahagian tepi bekas minyak brek.


Periksa cecair penyejuk ‘coolant’

Ia adalah cecair yang berfungsi menyejukkan air di bahagian radiator. Buka penutup radiator dan periksa warnanya.

Biasanya ia berwarna hijau. Sekiranya warna bertukar keruh atau berkarat, bermakna radiator anda mula berkarat dan air perlu ditukar. Jangan menukar cecair itu ketika enjin masih panas atau sedang dihidupkan.


Periksa minyak ‘power steering’

Minyak ‘power steering’ perlu diperiksa dengan memerhatikan takat minyak itu. Ini untuk mengelakkan minyak itu kering yang boleh memberi kesan terhadap sistem ‘steering’ kenderaan.


Periksa minyak gear

Jika kenderaan anda menggunakan transmisi automatik, anda juga perlu memeriksa minyaknya.

Pemeriksaan berkenaan boleh dilakukan sendiri oleh pemilik kenderaan. Ia adalah untuk mengelakkan berlakunya kebocoran.


Periksa cecair pencuci cermin

Ia antara cecair yang perlu diperiksa pemilik kenderaan. Ia berfungsi membersihkan cermin hadapan dan belakang kenderaan jika pandangan terhalang oleh kotoran.

Air berkenaan membantu anda apabila mengalami masalah untuk mengisi air pada bahagian radiator.


Periksa takat minyak hitam

Sebelum memulakan perjalanan, periksa takat minyak hitam kenderaan untuk mengelak kenderaan kekurangan minyak hitam akibat kebocoran atau nat bahagian bawahnya tidak diikat kemas.


Periksa tekanan tayar kenderaan anda

Tekanan tayar kenderaan anda haruslah sentiasa diperiksa. Selain itu, lakukan juga pemeriksaan tekanan angina tayar simpanan supaya ia dapat digunakan jika tayar pancit di dalam perjalanan.


Penutup

Dengan panduan berikut, anda boleh melakukannya sendiri di rumah tanpa perlu ke bengkel serta memulakan perjalanan dengan penuh yakin ke destinasi.



ASPEK KESELAMATAN RUMAH


• Berbaik-baiklah dengan jiran. Beritahu jiran anda berapa lama anda akan meninggalkan rumah. Bertukarlah nombor telefon. Berikan kunci pendua kepada kawan atau jiran yang dipercayai. Minta mereka mengawasi atau meninjau keselamatan rumah sepanjang ketiadaan anda.

• Untuk keselamatan tambahan, sesetengah Balai Polis atau Pusat Rukun Tetangga juga menggalakkan anda melaporkan kepada mereka sebelum meninggalkan rumah.

• Pasangkan lampu halaman atau lampu keselamatan untuk mengelirukan penceroboh. Sebaik-baiknya gunakan lampu automatik yang boleh dinyalakan bila hari gelap. Buka sedikit langsir pintu dan tingkap supaya kelihatan seperti ada orang di rumah.

• Tangguhkan sementara langganan akhbar, roti dsb. Longgokan akhbar atau bungkusan makanan di halaman atau di pintu pagar menandakan rumah tiada penghuni. Juga, jangan lupa bawa masuk semua pakaian di jemuran. Kasut, selipar dan sebagainya lebih baik dibiarkan berselerak supaya kelihatan seperti ada orang di rumah.

• Jika rumah anda mempunyai lebih dari satu kereta, kereta kedua boleh digunakan untuk mengelirukan penceroboh. Bagaimanapun, pastikan ia ditinggalkan dalam keadaan berkunci, termasuk kunci stereng/gear.

• Tanggalkan talian telefon rumah untuk mengelakkan telefon berdering tidak dijawab. Sebaik-baiknya sediakan peti pesanan suara tetapi jangan sekali-kali memberitahu anda tiada di rumah.

• Simpan atau sembunyikan semua barang berharga di tempat yang selamat. Sebaik-baiknya jangan tinggalkan barang-barang kemas atau wang tunai.

• Tanggalkan paip gas dari dapur. Padamkan sebarang pelita, lilin, lampu minyak, ubat nyamuk dan sebagainya.

• Tutup semua suis dan palam elektrik yang tidak diperlukan

• Sebelum meninggalkan rumah, pastikan semua pintu, tingkap, jeriji dan pagar dikunci. Periksa dua kali atau lebih, supaya anda dapat meninggalkan rumah dengan hati yang tenang dan yakin.



* Panduan untuk kamu sume dan me juga! Selamat bercuti! =)



2 minggu ni blog pun cuti!

Morning kengkawan.



Hari ni hari ape? pandaiii. hari Jumaat kan. apa maknanya? yee bijakkk. maknanya start esok cuti sekolah 2 minggu! wawawawaaaa sangat mengujakan daku.



Errr tapi bukan boleh terus balik Johor pun. ada urusan yang perlu diselesaikan sebelum balik kampung. maybe paling lewat pun Selasa depan baru dapat balik. huhu. sampai merajuk-rajuk sebab tak dapat balik cepat. tapi nak taknak memang kena setelkan urusan ni. kalo tak, rugi. urusan apa? RAHSIA. ;D



Dan macam biasalah, me kalo cuti memang blog pun ikut bercuti gaklah. me tak berapa gemar nak beronline masa cuti sebab masa tu tersangatlah berharga untuk dihabiskan dengan family. sebab bila dah start online, mulalah duk mengadap berjam-jam. patutnya masa tu boleh digunakan dengan bermesra-mesra dengan family. lagi-lagilah macam me ni yang sesekali berjumpa dengan mak ayah. rugi benau rasanya.



Lagipun me berblog ni sekadar suka-suka. bukan dapat duit pun. so takde masalah la kalo tak update blog sampai setahun pun. hahahaha. tapi me takde lah sekejam tu nak kecewakan peminat-peminat me kat luar nun. wahahahaha peminat kau! paling cikai pun me online sebab nak bukak FB je. tu pun sebab nak ajak kawan-kawan lama melepak. ishh pendek kata memang rugi masa lah kalo online tu. huhu.



Actually me update blog selama ni pun masa bekerja. bila ada masa terluang memang me akan berblog lah. ada beberapa kali je update blog kat rumah. tu pun sebab kena tinggal sorang. kalo time hubby ada memang tak sentuh laptop langsung! kan me dah cakap, rugi masa me dengan hubby tau. hahahah. sila jangan muntah.



So, kengkawan sekelian alam yang mengikuti blog ni, me akan muncul kembali 2 minggu dari sekarang untuk cite terbaru ye. hmmm confirm banyak cite sampai tak tau nak cite yang mana satu. kena buat listlah jawabnya.



Buat kawan-kawan me yang bergelar guru, selamat bercuti juga pada kalian. kalo balik kampung tu berhati-hati di jalan raya. jangan lupa pastikan rumah dikunci dengan baik. kalo sempat nanti me buat entri tips-tips keselamatan sebelum balik kampung. hehe.



Ok, bye!



Thursday, May 26, 2011

Perangai pelik sebelum ajal

Salam. selamat tengahari sume.



Actually apa yang me nak cite hari ni dah lama tersimpan dalam otak dan hati. cuma tak terluah je. tetiba hari ni teringat plak pasal b
enda ni. so ape lagi, up la 1 entri.



Kalo korang perasan la kan, dalam sesetengah artikel berita dalam akhbar, bila berlaku sesuatu kematian mesti reporter tu tanya pada keluarga si mati apa perangai pelik si mati sebelum mati. me rasa soalan tu dah jadi kewajipan untuk ditanyakan. bila me baca berita mengenai kema
langan yang melibatkan kematian, me dah boleh agak dah mesti ada soalan mengenai perangai pelik si mati.




Melampau kalau sampai camni kan. siap ada list lagi.




Yang menjadi persoalan pada kepala otak me sekarang ni, apa kewajaran soalan camtu ditanyakan? diibaratkan di sini bahawa setiap manusia yang nak mati confirm akan berperangai pelik. diorang lupa ke yang semua tu bukan kuasa kita? bila benda tu dah jadi rutin, lama-kelamaan akan menimbulkan khurafat pulak. yelah, benda tu membuatkan orang percaya kaitan perangai pelik tu dengan ajal seseorang. ish ish ish.



Tapi me bukanlah maksudkan semua berita kat akhbar camtu. cuma segelintir je yang terlalu taksub sangat dengan kepercayaan camtu. bila diorang menanyakan kepada keluarga si mati mengenai perangai pelik si mati, secara tak langsung family si mati ni pun macam, "ohhh, patutlah sebelum ni dia bla bla bla...tak sangka rupanya dia nak pegi." biasa kan kita jumpa ayat camtu? kan dah jadi khurafat tu. Nauzubillahiminzalik.



Sebenarnya benda ni bukan setakat dalam akhbar je. kat sekeliling kita pun ada berlaku camni. bila duk borak-borak pasal si mati, mesti ada terkeluar cite pasal perangai pelik si mati. yang sedapnya siap ada tukang tokok tambah nak bagi cite tu jadi lagi best. lama-kelamaan bila dah jadi buah mulut orang, secara tak langsung tersebarlah fitnah dan jadi lebih teruk dari khurafat. ishh takutnya.



Entri ni bukan untuk mengenakan sape-sape. cuma sebagai peringatan sesama kita dan untuk diri me sendiri. yela, kita ni manusia biasa. kadang-kadang ada gak buat silap. bila dah sedar dari kesilapan tu, cepat-cepatlah bertaubat dan berazam takkan ulangi lagi.



Kalau korang tak percaya, pasni cuba baca berita kematian dalam akhbar. mesti ada sangkut hal camni. haihh tak taulah sape yang nak menyedarkan diorang tu. biaselah kan, nak melariskan akhbar. kita sebagai pembaca janganlah terlalu taksub percaya benda-benda camtu. anggap je semua tu sebagai kebetulan. kebenarannya hanya Allah yang Maha Mengetahui.



Wallahualam.



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat