Tuesday, May 22, 2012

Something to share =)

Hai. Dah lama rasanya tak update blog. Bukan malas cuma takde mood je. Tak sama kan? Hehe. Tapi tak pernah miss blogwalking ok. Cuma bila nak menaip tu rasanya alahai.... Lagi-lagi time sekarang ni.



Sebelum ni saya ada janji nak share something untuk kawan-kawan kan. Oh saya tak lupa. Cuma lambat sikit je. Hari ni keadaan saya ok dan ada mood nak menaip. So teruskan membaca. =)



Sekarang ni usia kandungan saya dah masuk 9 minggu. Rasa cepat je masa berlalu. Macam baru semalam saya cek. Harap semuanya sihat-sihat saja. Keadaan saya pun makin baik. Cuma morning sickness tu memang tak dapat dielakkan la. Muntah pun dah makin berkurangan. Alhamdulillah. Harap-harapnya bertambah ok dari hari ke hari.



Sebelum saya disahkan pregnant, saya ada mencuba beberapa produk dan petua untuk hamil. Tapi saya tak pasti yang mana satu penyumbang utamanya. Apa yang pasti rezeki itu datangnya dari Allah. =)



Bulan 2 saya start amalkan Biodex full set untuk hamil. Itu pun puas akak saya pujuk suruh beli. Dah ramai yang syorkan tapi saya macam tak tergerak hati lagi nak ambil. Akhirnya saya termakan pujukan akak saya. Saya beli full set untuk isteri dalam RM390. Dapat best prize sebab beli dengan kawan akak saya. =)



First set saya amalkan secara konsisten. Masuk second set saya dah mula tak disiplin. Jap makan, jap tak. Bukan apa, full set tu ada dalam 4 or 5 jenis. Pulak tu setiap jenis tak sama bilangan peketnya. Ada yang 12 peket, ada yang 15 peket, ada yang 30 peket. So ada yang akan habis dulu, ada yang tak habis-habis. Bila nak beli lagi kena beli satu-satu pulak. Harga pun jadi mahal. 



Masa saya amalkan Biodex tu, saya ada juga beli satu produk daripada page Senang Hamil dalam Facebook. Nama produk tu Lumiglow. Kegunaannya untuk sapuan di bahagian perut (sekitar rahim). Saya start guna Lumiglow ni penghujung bulan 2. Pendek kata kedua-duanya (Biodex dan Lumiglow) saya usahakan bermula pada bulan 2.



Awal bulan 3 saya mula berubat secara tradisional dengan Darussyifaa'. Ada saya ceritakan dalam entri sebelum-sebelum ni. Sori ye kawan-kawan. Agak malas nak cari link tu. Hehe. Dan bermula bulan 3 itulah saya mula duduk di rumah mertua. Dah tak duduk rumah sewa yang dikatakan agak mistik tu. 



Dan Alhamdulillah bulan 3 merupakan bulan terakhir saya period sebelum disahkan hamil pada bulan 4. Bila saya cerita hal ni kat kawan-kawan dan sedara-mara, ramai yang lebih mempercayai hal mistik tu. Wallahualam. Saya pun tak berani nak cakap apa-apa. Semua tu kuasa Allah. Mungkin ianya secara kebetulan. Tapi apa yang pasti 'makhluk' itu memang wujud di bumi Allah ini.



Saya rasa itulah apa yang saya amalkan sebelum saya disahkan mengandung. Saya sekadar berkongsi. Mana tahu dapat membantu kawan-kawan yang senasib dengan saya sebelum ni. Kita hanya mampu merancang dan berusaha. Allah jua yang akan menentukan. 



Tak pernah jemu untuk saya ingatkan pada kawan-kawan. JANGAN SESEKALI BERHENTI BERHARAP. YAKIN DENGAN KEKUASAAN-NYA. TERUSKAN BERDOA DAN MEMINTA DARIPADA-NYA. INSYAALLAH. =)

Thursday, May 3, 2012

Sabar menghadapi dugaan ;)



Wahh tajuk saspen je kan. Hehe. Sebenarnya baru sekarang nilah saya sedar betapa besarnya pengorbanan ibu mengandung. Sedangkan saya yang baru beberapa hari alami alahan ni pun rasa tak terdaya. Saya selalu cakap kat suami macam manalah ibu-ibu yang ada sampai 9, 10 anak tu. Setiap kali mengandung setiap kali tulah kena alahan. Kuatnya semangat mereka. 



Tapi jangan salah faham ye. Saya bukan merungut. Malah saya bersyukur sebab akhirnya dapat merasai pengalaman ni. Bila jadi macam ni saya teringat yang dulu masa saya berdoa lepas solat saya sendiri yang kata sanggup untuk hadapi dugaan macam ni asalkan saya dapat zuriat. Nahhh sekarang terimalah. Hehe. 



Alhamdulillah saya masih boleh bertahan lagi. Harapnya keadaan ni tak berpanjangan. Lain orang, lain pengalamannya. Macam kawan saya dia alami alahan dalam 2 minggu je masa di awal trimester. Lepas 2 bulan kembali normal. Harap-harap saya pun macam tu. Aminnn. ;)



Sekarang ni perut saya cepat sangat berangin. Lambat makan sikit dah masuk angin. Tapi bila nak makan tu bukannya semua boleh ditelan. Sekarang ni saya lebih suka masakan kering-kering. Laju je makan. Lepas makan perut kembali ok. Tapi mula rasa loya plak. 



Puas saya godek-godek Google untuk cari petua hilangkan loya. Saya tak berani nak ambil makanan masam-masam buat masa sekarang ni. Sebab saya difahamkan sekarang ni adalah waktu penting perkembangan jantung dan otak baby. So saya kena jaga apa yang saya makan. Atas nasihat kakak saya dan encik Google, saya amalkan makan biskut keras tanpa lemak setiap hari masa bangun tidur. Alhamdulillah loya saya berkurangan. Cuma kurang tapi taklah hilang terus. ;)



Sekarang ni dalam beg saya mesti ada stok biskut. Biskut yg asli tu tau. Bukan yang ada perisa tu. Kadang-kadang nak telan pun terkulat-kulat muka. Hehehe. Saya perasan faktor pemakanan banyak mainkan peranan untuk stabilkan keadaan saya. Contohnya kelmarin kononnya nak makan laksa sebab nak hilangkan loya sebab masam sikit kan. Lepas makan tu sepanjang hari perut saya berangin. Muntah berkali-kali.



Lepas tu saya serik nak makan laksa. Semalam saya makan nasi dengan ikan goreng dan sayur bayam. Licin pinggan. Sepanjang hari badan rasa sihat je. So start daripada tu saya berazam nak jaga makan. Hehe. Mujurlah sekarang ni masih duduk dengan mertua. Dia tersangatlah baik melayan keadaan saya ni. Kalau boleh apa yang saya nak mesti nak ditunaikan. Sebab tu bila dia tanya saya nak makan apa, saya cuma cakap apa-apa je boleh makan. Saya taknak susahkan dia.



Ok, masuk bab suami plak. Hehe saya suka. Betullah orang cakap bila isteri mengandung memang berubah terus perangai suaminya. Sekarang ni saya tak pernah tengok suami balik lewat. Kadang-kadang petang tak pegi main bola macam biasa. Dia suka melayan keadaan saya yang kadang-kadang melepek je atas katil. Hehe sweet kan. Tapi kadang-kadang saya kesian kat dia. Yelah bila tiba time saya tak daya, saya memang tak layan pun dia. Tapi dia tetap setia kat sebelah saya. ;)



Macam semalam keadaan saya memang agak cergas, so dapatlah saya layan borak dengan dia. Saya minta maaf kalau tak dapat layan dia macam biasa. Alhamdulillah dia faham. Cuma saya sedih sikit bila dia cakap dia suka bila tengok saya dah mula cergas. Harap-harap keadaan tu akan kembali normal. Aminnn.



Saya terus terang dengan dia yang kadang-kadang saya macam tak boleh nak bau dia. Hehe. Sebelum ni saya suka sangat bau perfume dia. Tapi saya perasan sekarang ni bila bau wangi je saya mula loya. Tapi takdelah sampai saya tolak dia langsung. Bila pegi keje nak taknak saya sembur gak sikit kat baju sambil tu tahan nafas. Yelah malu gak kang orang lalu sebelah bau semacam je kan. Hehe.



Eh macam dah panjang plak entri ni. Oklah nanti saya sambung next entri plak. Dah janji nak share something kan. Mesti kawan tertunggu-tunggu. Sabar ye. ;)



 

Friday, April 27, 2012

2 line! =)



Alhamdulillah. Setelah hampir 4 tahun menanti akhirnya masanya telah tiba. Rasa macam tak percaya. Sampai sekarang ni pun saya rasa macam mimpi. Asyik bertanya pada diri sendiri betul ke semua ni? Tengoklah sampai 2 kali saya cek untuk dapatkan kepastian. Ni saya cek sendiri kat rumah.



Masih tak puas hati lagi, saya pergi klinik. Alhamdulillah doc sahkan saya dah pregnant 5 minggu. Saya minta untuk scan tapi doc cakap masih terlalu awal untuk nampak. Dia minta saya datang semula untuk scan lepas 2 atau 3 minggu.



Ok, saya cerita dari awal. 



Kitaran haid saya normal iaitu di antara 28 hingga 30 hari. Jarang sangat terlewat. Pernah pun sekali dulu lewat 5 hari. Ingatkan dah ada tapi bila cek negatif. Kali ni pun lewat lagi. 2, 3 hari sebelum saya cek memang saya dah rasa tak sedap badan. Kerap muntah tiap kali gosok gigi awal pagi. Tapi saya anggap biasa je.



Masuk hari ketiga lewat period saya beli upt senyap-senyap kat farmasi tanpa pengetahuan suami. Saya taknak dia risau kalau dia tengok saya terlalu mengharap. Esoknya awal-awal pagi saya buat upt. Masa tu saya rasa biasa je. Tak mengharap sangat. Tapi bila slow-slow 2 line tu muncul dan lama-lama jadi makin jelas, tangan saya menggigil. Mata yang sebelum tu layu sebab baru bangun tido makin terbuka luas. Saya terus tak sabar nak mandi cepat-cepat dan kejut suami. =)



Bila saya kejut suami dan terus tunjuk upt tu. Lama dia tengok tapi dia tak paham. Yelah tengah mamai kan. Hehe. Pastu saya tunjuk plastik bungkusan yang ada menunjukkan tanda. Saya suruh dia cek sendiri. Lama dia tengok tapi dia masih tak paham. Saya gelak je. Then saya tunjuk tanda positif. Baru nampak dia senyum. Pahamlah tu. =)



Masa solat Subuh tu saya menangis bersyukur sangat pada Allah sebab makbulkan doa saya. Agak lama perasaan gementar dan menggigil badan saya nak hilang. Hari tu saya pergi keje dengan macam-macam perasaan. Gembira, teruja, tak percaya. Dalam hati tak sabar nak balik nak kongsi kegembiraan dengan suami. Pagi tu tak sempat sebab kelam kabut nak pegi keje. =)



Orang kedua yang tau adalah kakak saya. Sebab dia antara orang yang paling rapat dengan saya. Susah senang saya dia tau. Dia juga yang banyak syorkan saya dengan macam-macam cara untuk pregnant. Sentiasa bagi sokongan pada saya. Oh fyi, kakak saya pun sekarang tengah pregnant. Due bulan 8 nanti. Saya maybe bulan 12. =)



Petang tu balik keje saya tak puas hati saya buat upt lagi sekali. Memang saya sengaja beli 2 jenis. 1 yang celup, 1 yang titik. Alhamdulillah masih 2 line. Saya tengok suami pun cepat je balik keje. Biasanya lewat petang baru dia balik. Excitedlah tu. =)



Malam tu saya dengan suami ke klinik untuk buat confirmation. Sah saya pregnant 5 minggu. Sebenarnya terlalu awal untuk saya kongsi dengan kawan-kawan. Tapi saya rasa ada kebaikannya. Maybe dengan cara ni kawan-kawan akan mendoakan kesihatan saya dan kandungan. Rezeki yang saya dapat ni pun berkat daripada doa kawan-kawan semua. =)



Tapi setakat ni saya hanya berani kongsi dalam blog jelah. Suami pun melarang saya daripada letak status pasal hal ni dalam FB. Ye saya paham. Terlalu awal untuk diwar-warkan. Satu hari nanti kawan-kawan saya akan tau juga. =)



Family belah suami saya pun masih belum ada yang tau lagi. Suami nak buat surprise katanya. Saya ikutkan je. Yelah maybe kalau dah lepas 2 atau 3 bulan lebih selesa untuk maklumkan. Sekarang ni pun saya masih risau selagi tak scan. Saya harap sangat semuanya baik-baik saja. Saya ada rujuk pada doc yang keje di klinik kesihatan ibu dan anak di tempat saya ni. Dia maklumkan saya dah boleh buat buku merah dan mula makan ubat. Insyaallah maybe next week baru saya buat.



Kawan-kawan yang sangat saya sayangi, saya taknak minta banyak. Cukuplah doakan saya diberi kesihatan yang baik dan doakan semuanya selamat. Hanya Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan kawan-kawan semua. Insyaallah saya takkan lupa untuk mendoakan kesejahteraan kawan-kawan yang sebelum ni senasib dengan saya. Paling penting, jangan berhenti berharap pada-Nya. Insyaallah.



Nanti saya kongsi apa yang saya amalkan sebelum ni ok. =)
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat