Showing posts with label GAME. Show all posts
Showing posts with label GAME. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Lembab tahap siput sedut!

Salam. morning kawan-kawan. ;)



Hari ni agak takde keje. biasalah dah dekat-dekat bulan pose ni program pun makin slow. dalam bulan pose nanti lagilah slow. masa tulah
boleh berehat-rehat dan lebih fokus pada sesi. tapi bergantung pada keadaan gakla. bila buat sesi kena guna banyak air liur. time bulan pose mana leh banyak cakap. kang kering tekak. haus. nasib baik dah tua. kalo budak lagi confirm masuk bilik air teguk air paip. tapi aku tak. aku baik. (-_-")



Bila dah takde keje ni mulalah cari keje yang bukan-bu
kan nak isi masa lapang. sebagai contoh download game. eh, tapi tu bukan keje yang bukan-bukan. tu keje yang bagus. daripada duduk sembang-sembang kat kedai kopi sambil mengumpat jiran sebelah rumah. maka aku teruskan keje mendownload game.



Aktiviti bermoral ni bermula jam 8 pagi tadi. tapi nak share satu cerita. sekarang jam dah pukul 9.30 pagi. masih mendownload 1 game yang tak habis-habis dari tadi. nak kata beratnya macam pelakon Enot tak juga rasanya. sebab Enot guna kilogram. game ni guna megabite. memang jauh ketingg
alan. mula-mula tadi dia tulis kat bawah tu 2 hours remaining. hmmm tak mengapa. masih boleh bersabar.



TAPIIII!!!!!





Kamu nampak tak apa yang aku nampak?



Tak nampak???






Haa sekarang nampak tak?



Nampaknya aku harus menunggu sehingga hari esok untuk mendownload 1 game. tu pun kalo berjaya lah. nangis! adakah ianya disebabkan oleh line internet yang lembab macam siput sedut? atau berpunca daripada laptop aku yang sudah sampai umurnya untuk bersara dan dicampak ke dalam sungai? kajian harus dijalankan.



Maka dengan itu, aktiviti bermoral iaitu mendownload game telah pun dibatalkan atas sebab-sebab siput itu tadi. aktiviti berfaedah lain perlu difikirkan untuk mengelakkan dari membuang masa. masa itu emas! emas itu mak saya punya feveret!



Sekian!



Wednesday, January 26, 2011

Berapa umur sebenar anda?

Hai korang. ;)



Nak tau berapa umur sebenar korang? ye betul tengok je ic. hehehe. tapi nak tau tak kita boleh tau sama ada gaya pemakanan dan cara hidup kita selama ni layak ke dengan umur kita yang sebenar. senang je. cuma jawab beberapa soalan mudah then dapat jawapan.
Me nak try first.






 Ok, memula korang akan berjumpa dulu dengan budak kenit separuh bogel ni. cute kan? tapi muka jela cute. suara macam jantan uuu. hahahaha. klik kat button hijau tu k.





 Pastu akan kuar petak nombor tu. so, tak reti-reti lagi ke nak letak umur sebenar korang. jangan mengelat ek. ikut ic. 






 Ok, me dah letak umur sebenar me. uikk tak caya ke? awat, dah tua sangat ka? bulan 10 kang baru genap 27 tahun yang oii. muda belia lagi. hehehe.




Pastu budak cinonet ni akan membebel-bebel sambil main buah. errr buah kat atas tulah. korang ni asik fikir benda lain je ek. nak skip boleh, nak dengar budak ni membebel tak tentu hala pun boleh. 
 





Taraaaa. soalan dah bermula. soalan simple je. takyah sampai nak bukak buka SPM tahun lepas. takde kuarnya. soalan dibahagi kepada 3 kategori. jawab semua ek.


 



Dah habis pun. itu dia jawapan yang ditunggu-tunggu. wawawawahhh. macam tak pecaya je me muda 2 tahun daripada usia sebenar. boleh caya ke? hehehe. tak kisahla tu. yang penting me jawab betul-betul tadi. takde tipu-tipu tau.





Pastu akan kuarla apa yang baik dan tak baik tentang gaya hidup korang. yang mana perlu diubah, ubahla. yang baik tu patut dikekalkan.





See. memang betul pun. me ni jenis susah betul nak disuruh minum air masak. tunggu dah betul-betul haus macam nak mati barulah cari air. memang tak bagus ok. bukan ke kita digalakkan minum air masak 8 gelas sehari. ni nak habiskan segelas pun kemain la payah. 


So, korang sume tunggu ape lagi. nak tau tak umur sebenar korang?







Sebelum terlupa, me nak ingatkan yang website ni sekadar rujukan saja ye. janganlah mengamuk kalau result nanti tak seperti yang diinginkan. me taknak tanggungjawab. hehehe.


* Thanks to Kak Notti Netti atas perkongsian ni. ;)



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat