Thursday, August 4, 2011

Pengalaman puasa (1)

Salam Ramadhan kawan-kawan. =)



Hari ni rasa segar je sebab sejuk. malam semalam kat sini hujan ribut petir sume ada. barulah rasa nyaman sikit. dah beberapa hari asyik panas terik.



(Terstop 40 minit sebab ada student nak buat sesi. huhu)



Ok sambung balik. hari ni tetiba rajin plak nak update blog pepagi gini. sebabnya? teringat kenangan berpuasa masa kecik-kecik dulu. seingat aku la kan, aku start berpuasa masa darjah 3. kira dah beso gak kan? haha.



Tu pun puasa lubang-lubang. tak sampai setengah bulan kot. yela aku ni masa kecik-kecik lasak yang amat. berkawan dengan sepupu sepapat lelaki je. yang pompuan aku tak suka. lembik. haha. diorang panjat pokok, aku ikut. diorang masuk longkang, aku ikut. diorang sauk ikan kecik dalam longkang, aku yang tolong. dah macam tomboi dah aku ni.



Pastu bila dah lasak camtu camne lah nak tahan pose kan. balik-balik rumah terus bukak peti ais, teguk air. pehhhh nikmat! tetiba mak datang jerkah. tapi mak taklah marah mana pun. yela baru mula belajar pose. masa tu takdenya nak rasa malu ke ape.



Dahlah tak pose. time orang lain buka pose, aku yang paling menyibuk kat meja makan. mengalahkan orang pose. sesetengah orang kalo ada ahli keluarga yang tak pose mesti tak boleh buka pose same-same kan? tapi family aku tak buat rule camtu. pose ke tak pose ke sume duduk semeja.



Pernah sekali tu aku kuar main dengan sepupu sepapat lelaki aku. pastu siap bawak sling bag kecik. nak tau aku isi apa? kerepek!!! hahahaha. bila lapar terus ngap! buruk betul perangai aku masa kecik kan? nak kata kecik pun tak gakla. hahaha.



Tapi tu masa aku darjah 3 la. lepas daripada tu memang tiap tahun aku pose penuh. bila dah start akil baligh barulah banyak lubang semula. heheh.



Sebenarnya banyak kejadian masa bulan pose ni. tapi banyak yang aku dah lupa. masa dah masuk sekolah menengah lain plak citenye. haa yang tu aku kena sambung dalam entri lain plak. tak taulah bila. tunggu aku rajinlah. =P



Ok bai!


Tuesday, August 2, 2011

Hari Pertama yang panas terik

Salam Ramadhan kawan-kawan. =)



Alhamdulillah dah masuk hari kedua kita berpuasa. mula-mula ni terasa lambat je masa berlalu kan. bila dah masuk seminggu dua nanti barulah terasa cepat je dah nak raya.



Hari pertama semalam memang aku terasa sangat kepanasan dan kepenatannya. bukan aku sorang je. ramai cikgu-cikgu sekolah aku ni mengaku keletihan yang amat sangat. sampai tak larat nak mengajar. mujurlah aku tak mengajar. tapi sesi tetap kena on gak. sampai kering tekak duk bercakap.



Cuaca pun tak menentu. sehari sebelum puasa tu elok je hujan kat sini. sejuk. alih-alih masuk bulan puasa terus panas terik. dugaan bulan Ramadhan agaknya. Allah nak uji kesabaran hamba-Nya.



Pastu semalam dalam pukul 1 lebih camtu aku dah start sakit kepala. mula-mula ingatkan sakit kepala biasa sebab tak makan, tapi makin lama makin sakit. aku dah mula syak migrain. sebab cuaca panas sangat. terus tarik ke bahagian mata & kening.



Masa ni rasa macam dah tak larat je. tengok jam ada lebih kurang sejam lagi sebelum balik. adoiyai. makanya bersandar jela kat kerusi sambil pejam mata. minyak angin plak tak bawak.



Tepat 2.40 memang aku dah tak toleh belakang dah. terus cabut. rupanya ramai gak cikgu yang serbu nak balik. semua muka letih belaka. maknanya bukan aku sorang jela. maybe sebab baru hari pertama kot. masih tak biasa lagi.



Baru start enjin kete tetiba handphone bunyi. tengok mesej dari Boss! aiseymen janganlah dia minta buat keje plak. rupanya dia mesej tanya kenapa hari ni aku balik awal sangat. biasanya lambat. hehehe. prihatin gak boss aku ni rupanya. tapi memang boss baru ni lebih prihatin berbanding boss-boss yang lama. sume cikgu & student suka dengan dia.



Maka aku pun balas la bagitau yang aku migrain. tak larat sangat. dahlah nak kena drive jauh plak. wahhh panjang lebar aku bagi alasan. pastu dia balas balik, suruh aku drive elok-elok. baik kan dia?? hehe.



On the way balik hubby call tanya nak masak ke nak beli untuk berbuka hari ni. aku cakapla yang aku tak larat nak masak. so dia cakap nak beli je. suka! sampai depan rumah, saing plak sampai dengan hubby. dalam hati, cepatnya balik.



Sekali dia turun bawak kotak besar. hadiah ke? rupanya dia beli heater air. bukan heater yang macam cerek tu. tapi heater yang kita kena sentiasa on je untuk panaskan air. kira macam termos la kan. bila nak, tekan je. ape tah namanya. lupe lak. sebab heater kat umah tu dah bocor. tah cemana leh bocor. hadiah kawin tu. hehe.



Mata aku duk melilau cari makanan yang hubby kata nak beli tu. tapi takde. hubby cakap tak pegi beli lagi. pastu tetiba cakap suruh aku masak plak. adoiyai. bininya ni apa lagila. terus muncung sedepa sambil masak. dengan kepala berdenyut-denyut. masa nilah dalam hati duk fikir hubby tak paham aku, tak sayang aku. uhuk!



Serius memang rasa sedih sangat. yela kita tengah sakit kan. kalo sihat memang aku masak dengan rela hati. bila dah tengok aku camtu hubby diam je. pastu konon-konon tunjuk rajin nak tolong masak. nak tergelak ku tahan je. haha.



Tak lama tu dia kuar. pegi mana tah. aku sms suruh beli kuih popia. tetiba teringin plak. ceh dalam merajuk pun sempat lagi order. hehe. balik-balik je dia cakap popia takde. pastu aku tanya takkan takde jual kuih lain. dia sengih je. urggghhhhh!!! rasa nak nangis kat situ gak tapi aku tahan. tak baik nangis bulan pose.



Bergenang gakla airmata. masa nilah duk teringat mak ayah kat kampung. mulalah terfikir kan best kalo duk dengan mak ayah. apa nak sume dapat. tetiba sebak sangat. alahai. sensitif betul aku time pose ni. hubby perasan, terus pujuk aku. lagilah aku sedih. aku terfikir apsal la hubby aku ni lurus bendul sangat. kalo popia takde belilah kuih lain. ni sanggup balik dengan tangan kosong. adoiyai!



Tapi tulah dia hubby aku. yang kadang-kadang buat aku marah, aku ketawa, aku menangis. tapi tak boleh nak marah lama-lama. lagi-lagi bulan pose ni. tak baik!



Lepas berbuka Alhamdulillah makin kurang sakit kepala aku. tapi masih ada denyutan tu. dan pagi ni dah mula rasa macam nak sakit semula. sebab pagi-pagi kena cahaya lampu kereta depan kan. memang tak boleh nak elakla. harap-harap hari ni aku lebih kuat untuk menjalani ibadah puasa.



Insyaallah. =)



Monday, August 1, 2011

My Fourth Year Fasting as a WIFE!

Salam Ramadhan Al-Mubarak kawan-kawan semua. =)



Masuk tahun ni dah 4 kali aku berpuasa dan beraya bersama sang suami. nampak macam dah lama sangat aku kawin kan. yela aku kawin pertengahan tahun 2008. so kalo ikut tahun ni dah tahun keempatla. kawin baru 3 tahun. =)



Kalo kira tahun or bulan memang rasa dah lama sangat kitorang hidup bersama. tapi serius aku rasa macam baruuu je semalam dia sarung cincin nikah kat jari ni. hiksssss. masa tahun-tahun pertama berpuasa bersama memang aku agak kelam-kabut jugakla. lagi-lagi bila dah duduk sendiri. masa duduk dengan family aku tak terasa sangat. semua mak yang buat. hikhik.



Bila duduk sendiri barulah terasa tanggungjawab sebagai isteri tu. balik keje dah fikir nak masak apa untuk berbuka. malam plak duk fikir nak masak apa untuk bersahur. mula-mula memang rasa tension sebab penat kan. tapi bila dah masuk kali keempat ni, aku dah mula biasakan diri. boleh masak dengan rileknya tanpa kelam-kabut. hehehe.



Sebenarnya benda ni terjadi sebab masa awal-awal kawin kita tak berapa tau lagi kehendak suami. kita macam ragu-ragu untuk buat sesuatu tu sebab bimbang suami tak suka. banyak yang kita buat ikut kehendak kita je. tu yang kadang-kadang berlaku konflik. contoh dalam bab masakan. masa mula-mula kawin kita masak ikut apa yang kita tau. suami plak tak sampai hati nak bagitau makanan kegemaran dia. bila jadi camtu, susahla kan.



Makin lama hidup bersama barulah kita mula belajar sedikit demi sedikit mengenai pasangan kita. apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. dan dah mula berani untuk berterus-terang mengenai sesuatu. bila dah sampai ke tahap ni, maknanya hubungan dah semakin stabil. ni pendapat akulah selama kitorang hidup bersama ni.



Kalau macam dulu setiap kali nak berbuka atau bersahur memang aku akan risau memanjang. sebab suami aku ni jenis tak suka makan luar. so nak taknak aku kena gak masak. almaklumlah kan dapat plak isteri yang tangan bangku (boleh ke guna simpulan bahasa ni?). dah kawin baru nak belajar masak. jadi hasilnya aku masak jela apa yang aku rasa aku reti. janji boleh makan.



Sekarang aku dah tak risau lagi. hehe macam iklan plak. sebab skill memasak dah mula ada. cewah! dan yang paling penting aku dah tau masakan jenis yang macam mana dia suka. jadi takde masalah lagilah untuk fikir nak makan apa untuk berbuka dan bersahur. =)



Masa bujang dulu kadang-kadang aku lebih sayangkan tidur daripada masakan mak aku yang sedap-sedap tu. ingatkan bila dah kawin bolehla amalkan semua tu lagi. tapi tidak ye. sang suami awal-awal dah ingatkan supaya bangun sahur. sebab besar nikmatnya bangun sahur ni. dia tetap nak makan nasi gak walaupun sikit. pastu baru dia sambung makan roti & minum oat.



Aku plak jenis tak kisah. sebelum ni ganti puasa pun tak bangun sahur. memang pedihla perut tapi Alhamdulillah boleh tahan sampai waktu berbuka. tapi takkan aku nak biarkan suami bersahur sorang-sorang plak kan. kejam sungguh bini camtu. then aku makan gakla barang 4,5 suap. tips aku, lauk untuk sahur mesti berkuah. kalo kering jawabnya sesuap jela pastu tolak dengan air. hehehe.



Selepas 3 tahun lebih bersama ni memang aku seronok sangat dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. lebih-lebih lagi bila dapat masak untuk suami. pastu tengok plak dia makan dengan berselera. memang puas hati. walaupun nak dengar pujian dari mulut dia tu macam menunggu kucing bertanduk, tapi aku tak kisah. aku tak gilakan pujian. yang penting masakan aku licin! hahaha.



Ada gak kawan-kawan aku yang baru pertama kali berpuasa dengan suami. maksudnya baru kawinla tu. pesan aku, kelam-kabut tu perkara biasa. yang penting kena banyak bertanya. kena tau apa yang dia suka & tak suka. semua tu akan lebih memudahkan. InsyaAllah. =)


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat