Wednesday, June 22, 2011

Selera mati tiba-tiba

Hai again.



Bila time malas nak update blog, 1 entri sehari pun payah. tapi bila dah mula panas enjin, 1 entri mana cukup. hehehe.



Eh, aku nak tanya sikitlah kat korang. korang pernah tak alami apa yang aku alami sekarang ni? pernah tak? pernah tak? eh, belum bagitau lagi ek. hehe.



Aku sekarang ni kan tetiba je boleh hilang selera tau. on the spot. sekelip mata je. korang bayangkanlah dalam keadaan aku lapar gila tak sabar nak melahap, baru makan beberapa suap terus rasa dah tak boleh nak makan.



Contohnya malam semalam. petang tu dah siap-siap masak untuk makan malam. menu simple tapi hasilnya memang marvelous lah. sila puji masakan sendiri. aku masak telur dadar kuah kicap, sayur sawi sos tiram dengan sambal tempoyak. wahwahwah, sejak jadi isteri orang pahang ni tekak boleh tahan ye. hehe. malu.



Malam tu pas isyak terus rasa berkobar-kobar nak makan. hubby pun same gak. sebab tu memang makanan feveret dia lebih-lebih lagi sambal tempoyak tu. dah hidang-hidang sume, Bismillah terus ngap! kalo tak silap aku baru 4,5 suapan, aku terus rasa dah tak boleh nak makan. terus rasa muak dan kenyang. pelik.



Tapi memandangkan tak elok membazir, aku paksa gak makan sampai abis. tapi terkulat-kulat gaklah. tu pun paksa telan dengan air. pas makan terus rasa nak termuntah balik tapi tahan je. rugi woo.



Pagi ni plak berlaku kat kantin. nak breakfast. pagi-pagi dah terbau nasi lemak yang wangi tu. perut pun dah berkeriuk mintak diisi. baru makan 3,4 suapan, perkara yang sama gak berlaku. terus mati selera. kali ni langsung tak boleh nak bagi abis nasi tu. terus stop. padahal tadi bukan main lapar lagi. pelik.



Bagi aku benda ni memang agak peliklah. sebab tak pernah lagi jadi camni kat aku. biasa kalo takde selera nak makan, memang dari awal lagi tak rasa nak makan. ni tengah sedap-sedap makan terus stop. bengang gaklah. dahlah lauk sedap kan.



So, korang boleh tak menghuraikan kepelikan yang melanda diri aku sekarang ni? manalah tau korang pernah alami kan. =)



Kisah di Sebuah Kedai Runcit

Salam.



Hari Khamis lepas aku dengan hubby ke Kuantan atas satu urusan penting. actually Rabu petang dah bertolak. stay hotel. khamis pagi tu nak pegi breakfast. pastu teringat yang hari ni weekday so mesti kena letak kupon parking. kena saman kang naya.



Masa tu jam lebih kurang pukul 8 pagi. puaslah pusing bandar Kuantan nak cari kedai yang dah bukak pepagi buta. kedai makan banyaklah tapi sume tak jual kupon parking. pusing punya pusing akhirnya jumpa gak kedai ane (india) ni yang dah bukak. cek kat luar kedai. ok, ada jual kupon parking.



Masuk terus ke kaunter bayaran. masa tu ade sorang mamat melayu tengah bayar. sesi nak menjual beli pun bermula.



Aku : Ada jual kupon parking?


Ane : Ada. (sambil tangan bagi duit balance pada mamat melayu kat sebelah aku).


Tetiba ada satu suara sumbang bercakap.


Mamat melayu sengal : Ane, dia nak rokok Salem tu. (sambil tangan dan mata ke arah aku dengan nada sinis).


Aku dengan ane tu terpinga-pinga. watdehek?


Ane : Bukanlah. dia mau kupon parkinglah.


Mamat melayu sengal : Ohh, salah dengarlah. saya ingat dia mau beli rokok.



Aku pun apa lagi, terus pandang sinis kat mamat sengal tu. pandang dengan muka tak puas hati tahap gaban. nak je aku cakap "ko pekak ke apa?". jauh benar bezanya antara kupon parking dengan rokok Salem.



Pas bayar aku terus blah. rasa menyirap sangat. bila diingat balik nada suara mamat sengal tu memang aku rasa nak melempang je. macam dia nak cakap "pakai tudung tapi merokok". haaa camtulah. terus spoil mood aku pagi tu. bila cite kat hubby pun dia cakap, " apsal tak cakap kat mamat tu ko pekak ke?". tahlah maybe sebab geram sangat kot sampai tak terkata apa.



Sampai masuk dalam kete pun aku masih pandang mamat tu dengan muka tak puas hati. yela, dia parking motor depan kete aku. nasib baik bukan aku yang drive. kalo tak memang aku sondol je.



Tapi mesti korang cakap, "alah, maybe memang dia silap dengar kot. maybe dia takde niat apa pun". emmm maybe. tapi apa yang aku rasa waktu tu memang camtulah. dengan pandangan dan nada suara yang sinis tu. ishhhh!



Sebab bagi aku, bila orang pompuan beli rokok, tak kira lah untuk orang lain atau untuk diri sendiri, mesti orang akan pandang semacam. masa tulah macam-macam yang bermain dalam otak. lagi-lagi kalo pompuan yang bertudung. so bila muka aku ni dicop beli rokok, tak ke boleh mendatangkan marah tu.



Anyway, lain orang lain pandangan. maybe ada yang dah terbiasa belikan rokok untuk suami or ayah. so benda ni small matter. but not for me yang tak pernah langsung pegi kedai sebab ayah or suami suh belikan rokok. sebab diorang tak merokok. full stop.


Friday, May 27, 2011

Tips Keselamatan Sebelum Balik Kampung

Hai.



Tetiba rajin plak nak bagi tips kan. almaklumlah nak cuti. ;D



Jom baca!



ASPEK KESELAMATAN KENDERAAN

Periksa penapis udara

Ia biasanya terletak pada bahagian atas karburetor kenderaan.

Keluarkan penapis udara dari kotaknya dan lihat adakah ia kotor atau bersih. Untuk mengujinya, ketuk ke lantai adakah terdapat habuk atau debu yang jatuh.

Penapis berkenaan berfungsi membekalkan udara bersih terhadap kenderaan apabila enjin dihidupkan. Jika terlalu kotor, ia memberi kesan terhadap prestasi enjin.


Periksa minyak brek

Lakukan pemeriksaan takat minyak brek. Pemeriksaan ini mudah kerana bekas minyak brek lutsinar dan mudah mengesan kekurangan minyak brek. Pastikan anda menambah minyak brek yang betul.

Takat berkenaan boleh dilihat pada bahagian tepi bekas minyak brek.


Periksa cecair penyejuk ‘coolant’

Ia adalah cecair yang berfungsi menyejukkan air di bahagian radiator. Buka penutup radiator dan periksa warnanya.

Biasanya ia berwarna hijau. Sekiranya warna bertukar keruh atau berkarat, bermakna radiator anda mula berkarat dan air perlu ditukar. Jangan menukar cecair itu ketika enjin masih panas atau sedang dihidupkan.


Periksa minyak ‘power steering’

Minyak ‘power steering’ perlu diperiksa dengan memerhatikan takat minyak itu. Ini untuk mengelakkan minyak itu kering yang boleh memberi kesan terhadap sistem ‘steering’ kenderaan.


Periksa minyak gear

Jika kenderaan anda menggunakan transmisi automatik, anda juga perlu memeriksa minyaknya.

Pemeriksaan berkenaan boleh dilakukan sendiri oleh pemilik kenderaan. Ia adalah untuk mengelakkan berlakunya kebocoran.


Periksa cecair pencuci cermin

Ia antara cecair yang perlu diperiksa pemilik kenderaan. Ia berfungsi membersihkan cermin hadapan dan belakang kenderaan jika pandangan terhalang oleh kotoran.

Air berkenaan membantu anda apabila mengalami masalah untuk mengisi air pada bahagian radiator.


Periksa takat minyak hitam

Sebelum memulakan perjalanan, periksa takat minyak hitam kenderaan untuk mengelak kenderaan kekurangan minyak hitam akibat kebocoran atau nat bahagian bawahnya tidak diikat kemas.


Periksa tekanan tayar kenderaan anda

Tekanan tayar kenderaan anda haruslah sentiasa diperiksa. Selain itu, lakukan juga pemeriksaan tekanan angina tayar simpanan supaya ia dapat digunakan jika tayar pancit di dalam perjalanan.


Penutup

Dengan panduan berikut, anda boleh melakukannya sendiri di rumah tanpa perlu ke bengkel serta memulakan perjalanan dengan penuh yakin ke destinasi.



ASPEK KESELAMATAN RUMAH


• Berbaik-baiklah dengan jiran. Beritahu jiran anda berapa lama anda akan meninggalkan rumah. Bertukarlah nombor telefon. Berikan kunci pendua kepada kawan atau jiran yang dipercayai. Minta mereka mengawasi atau meninjau keselamatan rumah sepanjang ketiadaan anda.

• Untuk keselamatan tambahan, sesetengah Balai Polis atau Pusat Rukun Tetangga juga menggalakkan anda melaporkan kepada mereka sebelum meninggalkan rumah.

• Pasangkan lampu halaman atau lampu keselamatan untuk mengelirukan penceroboh. Sebaik-baiknya gunakan lampu automatik yang boleh dinyalakan bila hari gelap. Buka sedikit langsir pintu dan tingkap supaya kelihatan seperti ada orang di rumah.

• Tangguhkan sementara langganan akhbar, roti dsb. Longgokan akhbar atau bungkusan makanan di halaman atau di pintu pagar menandakan rumah tiada penghuni. Juga, jangan lupa bawa masuk semua pakaian di jemuran. Kasut, selipar dan sebagainya lebih baik dibiarkan berselerak supaya kelihatan seperti ada orang di rumah.

• Jika rumah anda mempunyai lebih dari satu kereta, kereta kedua boleh digunakan untuk mengelirukan penceroboh. Bagaimanapun, pastikan ia ditinggalkan dalam keadaan berkunci, termasuk kunci stereng/gear.

• Tanggalkan talian telefon rumah untuk mengelakkan telefon berdering tidak dijawab. Sebaik-baiknya sediakan peti pesanan suara tetapi jangan sekali-kali memberitahu anda tiada di rumah.

• Simpan atau sembunyikan semua barang berharga di tempat yang selamat. Sebaik-baiknya jangan tinggalkan barang-barang kemas atau wang tunai.

• Tanggalkan paip gas dari dapur. Padamkan sebarang pelita, lilin, lampu minyak, ubat nyamuk dan sebagainya.

• Tutup semua suis dan palam elektrik yang tidak diperlukan

• Sebelum meninggalkan rumah, pastikan semua pintu, tingkap, jeriji dan pagar dikunci. Periksa dua kali atau lebih, supaya anda dapat meninggalkan rumah dengan hati yang tenang dan yakin.



* Panduan untuk kamu sume dan me juga! Selamat bercuti! =)



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat