Monday, May 24, 2010

~ Cerita Hujung Minggu ~

Hai...




Hujung minggu lepas aku ber'dating' dengan incek hubby kat umah je. bleh ke cakap dating ek? blehla kot sebab berdua je kan. heheh.




Hari Sabtu tu kitorang bangun pagi-pagi lagi sebab ada misi nak dijalankan. kena pegi Courts Mammoth kat Bentong sebab nak belikan TV untuk mom-in-law. (tadi cakap dating kat umah je kan). korang mesti tertanya-tanya kan (ade ke?) kenapa pegi sampai ke Bentong nak beli TV. sebenarnya kat Lipis ni memang takde Courts. ye, betul takde. tu yang kena jalan jauh tu. so sampai je sana kitorang terus cari TV LCD 32". lastly nak tau kitorang beli ke tak? tak beli pun sebab harga yang dipamerkan dalam katalog tak sama dengan yang sebenar. ada harga lain plak. incek hubby yang macam nak naik angin terus ajak balik. dari situ kitorang buat conclusion la yang iklan Courts 'ada udang di sebalik batu'. maybe memang ramai yang dah tau kot. aku tak pernah tau sebab tak pernah beli kat situ pun.




Kiranya kitorang ke Bentong tu macam sia-sia la sebab tak dapat apa pun. cuma nak balik tu dapat makan nasi ayam yang agak sedap. hehe. kitorang buat keputusan nak belikan TV kat kedai biasa je. harga boleh runding. ;P




Oh, lupa nak cerita yang kawan incek hubby (atan) ada mesej bagitahu nak tumpang tidur umah malam tu. dalam kul 2 petang dia akan datang. dia ada kursus pengadil kat Lipis. time tu kitorang baru je gerak ke Bentong. aku dah mula pening sebab umah tak kemas lagi. hehe biasala kan. balik tu kelam-kabut aku dengan incek hubby kemas barang-barang yang tak sepatutnya ada kat ruang tamu. haha. jangan fikir yang bukan-bukan ye. bila kemas dalam keadaan terdesak ni kejap je siap. bila dah siap aku rasa lapang je rumah. syok je. hehe. bagus gak kalau selalu ada orang datang ni. rajin sikit aku mengemas. ;P




Atan ni kawan baik incek hubby masa belajar kat UPSI dulu. aku pun kenal dengan dia. kenal gitu-gitu jela. dia baru je kawin. sekarang mengajar kat Bentong. malam tu aku buat udang masak lemak cili api, goreng sayur, ikan masin, telur dadar. kira cincaila tu. harap-harap dia tak serikla nak makan masakan aku pasni. hahaha.




Hari Ahad tu pagi-pagi dia dah kena masuk balik kursus. aku sempatla sediakan breakfast sikit. pastu baring-baring depan TV dengan incek hubby. cuaca plak mendung je. tak sedar terlelap balik. buruk betul perangai. haha. ala korang paham-paham jela time hujung minggu la nak bangun lewat sikit. time keje kul 6 pagi aku dah terpacak depan umah. (alasan baik punyeee) ;P




Maghrib tu akak aku mesej bagitau dah masuk wad. dalam entri sebelum ni aku ada bagitau yang dia kena operate buang cyst dia kan. operation hari Isnin pagi. aku doakan semoga semuanya selamat. untuk dia dan baby. seminggu jugakla si apip (anak sulung akak aku) kena tinggal. akak aku operate kat Hosp Sultanah Aminah, JB. macam mana la budak kecik tu tidur malam sebab selalunya mesti cari ibu dia. aku suggest pada mak ngan ayah aku kena bawak dia pegi jalan-jalan sampai tertidur. pastu kena beli mainan. mau bankrap ayah aku. haha.




Oklah, sebenarnya takde apa yang menarik pun kan. tapi sebab nak meng'hapdet' belog punye pasal aku cerita gaklah. kalau rasa nak baca, baca la. kalau taknak, boleh baca belog orang lain. ada baaaaaanyak lagi. ;P

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat