Wednesday, May 26, 2010

~ Penyakit itu penghapus dosa-dosa kecil ~

Hai again...




Kenapa aku letak tajuk camtu? entri kali ni ada kaitan pasal kakak aku. kan ada cerita kat entri yang lepas-lepas pasal kakak aku kena operate buang cyst. so aku nak share sikitla apa yang aku tau. sebab nak cite detail aku pun tak jumpa lagi dia. cuti skola nanti baru leh jumpa.




Aku kerap gak sms dengan kakak aku time dia kat spital ni. dia operate Isnin pagi. dalam 3 jam operation. abang ipar aku ada post kat FB bagitau cyst yang berjaya dikeluarkan tu sebesar baby 7 bulan, berat 1.7 kg. besar kan? badan kakak aku ni berisi so tu yang tak nampak sangat kot. setau aku kalo orang kurus memang nampak macam pregnant. oh, lupa nak bagitau. kakak aku sekarang tengah pregnant anak kedua 3 bulan. agak berisiko gak operation ni. tapi doc suruh gak sebab takut bila baby dah besar, cyst tu akan pecah. lagi bahaya.




Mula-mula abang ipar aku cakap ovari kiri tak dibuang tapi rupanya salah informasi. memang dah dibuang sekali dengan cyst. tak dapat diselamatkan. tapi so far baby masih ok. kakak aku cakap hari ni baru nak scan untuk tengok baby ok atau tak. takut baby alergic dengan ubat bius. aku dapat rasa kakak ngan abang ipar aku sedih sangat. pasni potensi nak pregnant maybe agak tipis sebab tinggal 1 ovari je. tapi aku yakin semua tu kehendak Allah. ada orang yang sihat walafiat pun susah dapat anak. rezeki dari Dia takde sapa boleh nafikan. jadi aku harap diorang bersabar. harap-harap baby selamat. sebab hampir 4 tahun gak diorang tunggu nak dapat 2nd baby.




Kakak aku cakap dia dah leh bangun. cuma tak leh gerak banyak sangat. masa hari pertama pas operate, abang ipar aku yang teman. dia amik MC. 2nd day, adik aku plak teman. dia tengah exam form 6 tapi cikgu dia cakap leh amik kemudian. aku bising gak tapi sian plak kat kakak aku kan. so takpela. malam semalam takde sape yang teman. yela, dia kat spital JB. family kat Kluang. susah gak nak ulang-alik kan. mak aku plak jaga anak dia yang sulung tu. malam semalam sedih je bunyi sms dia. dia cakap dalam wad tu tinggal dia dengan sorang lagi patient. sunyi. takut pun ada gak. aku suruh sabo je. aku tau dia rindu kat anak dia.




Hari ni aku tak sms dia lagi. jap-jap lagila. dia harap sangat leh discharge hari ni. kalo takde apa-apa maybe leh. tapi biasa kalo operate ni lama gak kena duk spital kan. kurang-kurang seminggu. ni baru 3 hari.




Bila tengok kakak aku kena camni aku jadi takut plak. mana la tau aku pun ada sakit tu. aku ni dahla jenis sakit sikit susah nak pegi cek. susah makan ubat. dah dekat 2 tahun kawin masih berdua lagi. orang lain berlumba-lumba tambah baby. tapi aku tetap yakin dengan rezeki-Nya. mungkin belum sampai masa aku lagi. sekarang ni aku cuma leh berusaha, berdoa dan tawakal. selebihnya urusan Allah. aku redha.





* Akan buat check-up dalam waktu terdekat ni. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat