Thursday, May 27, 2010

~ Jom pegi kursus ~

Hai again...




Hari ni pagi-pagi lagi dah dapat surat kena pegi kursus IKBN kat Temerloh. sebenarnya surat tu dah diminitkan atas nama kaunselor sorang lagi. tapi disebabkan dia ada komitmen lain (kena anta anak pegi sekolah), so dia minta aku ganti tempat dia. sebelum terima aku tanya-tanya dulu member kaunselor yang lain. tanya diorang pegi ke tak. bila dah confirm, aku pun setuju. lagipun aku paham tanggungjawab kaunselor tu. anak dia plak tengah exam. tak sampai hati nak tolak.




Kursus ni selama 3 hari. dari 31 mei sampai 2 jun. kiranya isnin depanla. pengangkutan dan makan minum sume disediakan. aku bawak diri je. hehe. ada banyak sebab aku suka pegi kursus ni. antaranya,



1. cari pengalaman.
2. boleh masuk dalam LADAP. 3 hari jadi 3 kali. kan jimat tu. ;)
3. boleh jalan-jalan jumpa kawan baru.
4. release tension dari masalah kat sekolah.
5. dll.



Yang paling aku suka yang no.4 tu. hehe. tapi ada gak yang tak bestnya pegi kursus ni. sebab berjauhan dengan incek hubby. waaaaa sedih. :( tapi incek hubby pun selalu gak tinggal aku. tanggungjawab kan. ala 3 hari je. bukan 3 bulan. mak aihh 3 bulan? gile ko. meroyan mak nanti. hehe.




Kiranya nanti aku keje 2 hari jela. khamis ngan jumaat. pastu cuti sekolah 2 minggu. yiiihaaaaa. best best. so this weekend aku nak spent time gila-gila dengan incek hubby. sebelum ni gila gak. cuma kali ni moreeee gila. hahaha. aku dah gila. so korang korang sume jangan kaco ekkk. pastu jangan berangan nak jumpa post baru aku time weekend. it's FAMILY TIME. hikhik. aku akan topup balik time weekdays ok. ;)





~ Esok cuti !!! ~

Hai...




Esok cuti. ye, korang sume pun cuti gak kan. nama pun public holiday. hehe. tapi aku terlebih excited sikit. sebab minggu ni aku memang rasa takde mood sangat tau. rasa macam lama je nak sampai hari jumaat. gila ek. hehe. plak tu kat tempat keje macam tak berapa nak ada keje. sebab budak-budak tengah exam. lagi boringla aku.




Even cuti 3 hari tapi aku tak balik Johor pun. sebab minggu depan dah start cuti sekolah 2 minggu. hamik ko. time tu nak jalan 1 malaysia pun takde sape nak halang. tapi maybe cuti kali ni tak jalan sangat kot. sebab kakak aku baru nak recover operation dia tu kan. so tak leh la nak jalan-jalan sangat. aku makan angin berdua jela dengan incek hubby. heee bestnye. tulah untungnya kalo dua-dua cikgu. cuti sama jek. hehe. jangan jeles. ;P




Aku dah plan dengan incek hubby nak balik Johor hari Rabu minggu pertama cuti sekolah. sebab incek hubby nak buat kelas tambahan. pastu baru senang hati katanya. aku ikutkan je. janji dapat balik ke kampung halaman tercinta. hehe. dan maybe kitorang akan duk kat Johor seminggu je kot. bukan taknak duk lama-lama cuma risau gak lama sangat tinggalkan umah aku tu. tapi ni dalam perancangan jela. tah-tah sok nak keje hari ni baru balik. hehe.




Kali ni family aku kat Johor takde pun plan nak pegi mana-mana. kalo tak, sebulan sebelum cuti dah list nak pegi mana. yang keje non-gov pun ikut sama amik cuti macam cikgu. nak jalan punye pasal. hehe. ikutkan masa planning awal tahun hari tu aku dengan incek hubby nak ke Langkawi dengan family in law. tapi last minit tak jadi plak. sebab orang yang nak bawak kitorang tu (abang din) tak berapa sihat. so postpone or cancel terus. ni diorang plan nak pegi Sarawak plak taun depan. tak taula jadi ke tak. biasa kalo plan awal-awal ni susah nak jadi. macam family belah aku plan on-the-dot. pagi plan, petang jalan. hahaha. macam tak senonoh pun ade gak kan. tapi at least menjadi. :)




Banyak plak cite pasal cuti ek. padahal ada seminggu lagi hari keje. tulah aku dah dalam mood cuti ni. nasib baik budak-budak masih exam lagi next week. so memang tak banyak keje lah. lehla aku berangan pasal cuti nanti. hahah. sila jangan tiru perangai ini ye.





* Selamat Hari Wesak dan selamat bercuti sume! ;)

Wednesday, May 26, 2010

~ Penyakit itu penghapus dosa-dosa kecil ~

Hai again...




Kenapa aku letak tajuk camtu? entri kali ni ada kaitan pasal kakak aku. kan ada cerita kat entri yang lepas-lepas pasal kakak aku kena operate buang cyst. so aku nak share sikitla apa yang aku tau. sebab nak cite detail aku pun tak jumpa lagi dia. cuti skola nanti baru leh jumpa.




Aku kerap gak sms dengan kakak aku time dia kat spital ni. dia operate Isnin pagi. dalam 3 jam operation. abang ipar aku ada post kat FB bagitau cyst yang berjaya dikeluarkan tu sebesar baby 7 bulan, berat 1.7 kg. besar kan? badan kakak aku ni berisi so tu yang tak nampak sangat kot. setau aku kalo orang kurus memang nampak macam pregnant. oh, lupa nak bagitau. kakak aku sekarang tengah pregnant anak kedua 3 bulan. agak berisiko gak operation ni. tapi doc suruh gak sebab takut bila baby dah besar, cyst tu akan pecah. lagi bahaya.




Mula-mula abang ipar aku cakap ovari kiri tak dibuang tapi rupanya salah informasi. memang dah dibuang sekali dengan cyst. tak dapat diselamatkan. tapi so far baby masih ok. kakak aku cakap hari ni baru nak scan untuk tengok baby ok atau tak. takut baby alergic dengan ubat bius. aku dapat rasa kakak ngan abang ipar aku sedih sangat. pasni potensi nak pregnant maybe agak tipis sebab tinggal 1 ovari je. tapi aku yakin semua tu kehendak Allah. ada orang yang sihat walafiat pun susah dapat anak. rezeki dari Dia takde sapa boleh nafikan. jadi aku harap diorang bersabar. harap-harap baby selamat. sebab hampir 4 tahun gak diorang tunggu nak dapat 2nd baby.




Kakak aku cakap dia dah leh bangun. cuma tak leh gerak banyak sangat. masa hari pertama pas operate, abang ipar aku yang teman. dia amik MC. 2nd day, adik aku plak teman. dia tengah exam form 6 tapi cikgu dia cakap leh amik kemudian. aku bising gak tapi sian plak kat kakak aku kan. so takpela. malam semalam takde sape yang teman. yela, dia kat spital JB. family kat Kluang. susah gak nak ulang-alik kan. mak aku plak jaga anak dia yang sulung tu. malam semalam sedih je bunyi sms dia. dia cakap dalam wad tu tinggal dia dengan sorang lagi patient. sunyi. takut pun ada gak. aku suruh sabo je. aku tau dia rindu kat anak dia.




Hari ni aku tak sms dia lagi. jap-jap lagila. dia harap sangat leh discharge hari ni. kalo takde apa-apa maybe leh. tapi biasa kalo operate ni lama gak kena duk spital kan. kurang-kurang seminggu. ni baru 3 hari.




Bila tengok kakak aku kena camni aku jadi takut plak. mana la tau aku pun ada sakit tu. aku ni dahla jenis sakit sikit susah nak pegi cek. susah makan ubat. dah dekat 2 tahun kawin masih berdua lagi. orang lain berlumba-lumba tambah baby. tapi aku tetap yakin dengan rezeki-Nya. mungkin belum sampai masa aku lagi. sekarang ni aku cuma leh berusaha, berdoa dan tawakal. selebihnya urusan Allah. aku redha.





* Akan buat check-up dalam waktu terdekat ni. InsyaAllah.

~ Penangan X Box ~

Hai...




Entri ni nak cite sikit pasal incek hubby yang dah mula kena penangan X Box. balik keje, on. sampai ke malam. nak tinggal jap untuk mandi pun sayangla sangat. kalo boleh agaknya dia nak bawak skali masuk bilik mandi.




Sebelum ni incek hubby main game lawan-lawan. Inferno. syok gak. tugas aku tolong fikirkan cara-cara nak ke step seterusnya. game tu memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis gakla. heheh. nasib baikla ada wife dia yang bijak ni. ;P




Time tu aku tak kisah pun dia nak main sampai tengah malam sebab aku sebagai penonton tangkap syok gak melayan. tapi bila dah abis main game tu incek hubby beralih plak pada game favorite dia. apa lagi kalo bukan bola. aku dah mula boring. dahla main asik kalah je. bila kalah jadi emo. pastu marahkan game tu yang tak bagus. padahal dia yang tak pandai main. hehe. lawan dengan komputer pun leh kalah.




Bila aku dah boring, aku bising gakla. suruh incek hubby stop main game sebab aku nak tengok TV. alasan aku nak tengok berita. aku cakap jangan sampai jadi manusia tak bertamadun sebab tak tengok berita. aku sambung lagi cakap game tu tak leh bawak dia ke syurga. hehe. dia jeling je. tak lama baru dia tutup. aku sengih je. yela, kalo tak susah sangat nak suruh mandi. pastu cakap nak beli sebijik TV lagi. tah bila tah. kalo ade sebijik lagi jawabnya dari subuh sampai ke tengah malam la dia mengadap. takpela dia yang bayar bil api air. aku bayar bil Astro. so rugi kalo tak tengok. hehe.




Tapi dari satu sudut ni aku suka sikitla. sejak ada X Box ni incek hubby jarang keluar rumah. sebelum ni pun bukan dia rajin keluar rumah. cuma sekarang ni lebih suka memerapla. even dia asik main game tapi aku tak risau sebab dia ada depan mata aku. kadang-kadang bila tengok dia macam boring je cepat-cepat aku suruh dia main game. hehe.




Ni plak aku dah terdengar-dengar dia cakap nak beli PSP plak. haihh jangan cari pasal. benda alah tu dahla leh usung ke mana-mana. kang pegi jalan pun mengadap benda tu. tak leh, tak leh. aku cakap kat dia benda tu sesuai untuk budak-budak je. bapak budak tak leh. sebab nanti orang cakap buruk perangai asik main game je. ngalahkan budak. aku rasa alasan tu kukuh kot. hati aku kuat cakap dia takkan beli. membazir pun satu hal gak. beli X Box tu dahla beribu riban. kang nak main yang mana satu. hah tu memang alasan paling kukuh. ;P





* Aku tak minat dan tak reti main. ;P

Tuesday, May 25, 2010

~ Wake up guys ~

Hai...




Aku baru pas relief klas 5E tadi. diorang tengah exam P2. subjek P.Islam / P. Moral. klas 5E ni ramai budaknye. 1 klas 35 orang. tak ke penuh tu. klas ni boleh di'kategori'kan klas yang agak bermasalah skit. budak-budak malas nak belajar. padahal diorang bukan tak pandai pun. cuma maybe diorang tak sedar potensi yang ada dalam diri diorang tu.




Mula-mula masuk aku terus bagi kertas soalan. exam start 5 minit lagi. aku bacalah arahan skit even dah terpampang kat muka depan kertas tu. manela tau diorang malas nak baca. baru aku terfikir camtu dah ade yang tanya jawapan nak tulis kat mana. kan aku dah cakap.




Baru start jawab 15 minit aku tengok dah ada yang lentok kepala atas meja, termenung, toleh kawan sebelah. aku cube la tengok soalan-soalannya. takde la plak kena kira ke, nak formula ke. yela dah namanye P. Islam. takkan tak leh jawab kot. tapi aku fikir rasional balik. tahap pemikiran aku dengan diorang tak same. mase aku seusia diorang pun aku blur-blur anak ayam gak kan. tapi takdela baru 15 minit dah terlentok. kalau lagi 15 minit nak abis masa baru terlentok takpe.




Pastu aku peratikan diorang ni macam ada potensi besar nak meniru. sebab asyik duk usya mata aku je. aku leka sikit je dah nampak masing-masing cari mangsa nak meniru. haihh tak leh jadi ni. so sepanjang 2 masa tu memang aku round 1 klas. memang lenguh kaki nox tapi demi tugas. cewahh. haha. ada gak yang buat muka macam tak puas hati bila tengok aku asyik round je. nampak sangat nak meniru tapi tak lepas. kikikiki. aku nak ajar skit biar nanti time exam sebenar takla diorang terbawak-bawak pe'el buruk tu. kantoi kang naya. silap-silap kena repeat paper. sanggup ke ko?




Dalam round-round tu ada plak 2,3 orang yang syok membuta. aku tengok jam. ada lagi sejam lebih. aku belek kertas jawapan. satu habuk pun tak tulis lagi. haihh. aku kejut. dengan mata merah tersengih-sengih kat aku. nak marah pun tak jadi. rasa nak gelak plak. aku suruh buat. dia angguk je. aku sambung round balik. tak sampai 5 minit aku toleh, dia tido balik. cuma kali ni tukar posisi. posisinya tangan pegang pen macam tengah menulis, kepala lentok atas meja. bajet nak kelirukan aku la. sorila beb. aku dah masak sangat dah dengan taktik camtu. aku biar je dulu. dalam 2,3 minit aku kejut balik. kelam kabut menulis. tah ape yang ditulis pun aku tak tau. hahaha. macam-macam hal.




Marah ada. kelakar ada. kesian pun ada. marah sebab anggap exam ni macam main-main je. kelakar bila tengok pe'el diorang yang macam-macam tu. kesian plak bila fikirkan masa depan diorang nanti. maybe sekarang ni diorang tak nampak lagi cabaran kat dunia luar. diorang kurang persaingan. diorang rasa selesa sangat hidup kat sini. diorang lupa bukan senang nak hidup senang. bukan sekali dua aku me'motivasi'kan diorang ni. sampai dah hilang cara nak buat. tapi pi mai pi mai tang tu gak.




Tiba-tiba aku teringat kata-kata Dr. Fazley masa dia datang Lipis bulan lepas.


"Belajar dari kesilapan"

atau

"Dari kesilapan kita belajar"



Tak ada jawapan yang salah. tapi kita sepatutnya pilih "Dari kesilapan kita belajar". kita dah tau kalau kita malas belajar kita takkan berjaya. so janganlah terus buat kesilapan tu. jangan sampai dah buat silap baru nak belajar. jangan sampai bila tengok kawan-kawan lain semua berjaya, baru nak menyesal. dah tak guna dik oi.





~ Imam Glamer ~

Hai...




Pelik tak entri aku tu? takde yang peliknya sebab sekarang ni dah start program realiti baru kat TV Astro Oasis, Imam Muda. pencarian anak-anak muda yang boleh jadi imam. bila tengok dari 1 aspek memang bagus rancangan tu sebab ke arah Islamik. tapi dari 1 sudut plak aku rasa macam kurang releven la. ni hanya pandangan peribadi aku ye. takde kena mengena dengan sape-sape pun.




Kenapa aku cakap camtu?




Bagi aku, perlu ke imam dicari dalam dunia yang glamer. maksud aku, bila dah masuk dalam TV secara automatik akan jadi glamer la kan. dan ikhlas ke semua peserta yang masuk tu atau sekadar nak tunjuk baik sebab muka keluar TV. aku bukan apa. takut-takut nanti lari dari tujuan sebenar. takut akan timbul riak sebab jadi juara dalam program tu. harap-harap tidaklah.




Aku bukanla tak suka dengan benda-benda camni. aku pun kadang-kadang tengok gak AF. sesekali bukak gak Mentor. cuma kan lebih baik kalau pencarian imam ni tak terlalu di'publisiti'kan dalam TV. sebab bila dah diberi publisiti yang sangat gempak, takut akan timbul rasa bangga dalam diri peserta tu. yela antara ramai-ramai yang pegi ujibakat, diorang yang terpilih. mau tak bangga ko. silap-silap baru pegi ujibakat, dah dicanang 1 kampung.




Mungkin kadang-kadang kita terlupa yang IMAM ni akan jadi pemimpin kita sebagai umat Islam. jadi nak ke kita ber'imam'kan orang yang glamer. sentiasa dikelilingi kamera dan wartawan. silap-silap sampai ke masjid orang kejar mintak autograf. sebab muka dah banyak sangat keluar TV. dan biasanya juara mestilah yang ada rupa. hensemla. so ramaila anak-anak dara yang cair.




Mesti korang rasa aku dah terlalu jauh sangat berfikir kan. tapi kan lebih baik beringat sebelum terkena. ye, aku ni pun bukan baik sangat. tapi tak salah kan aku luahkan apa yang aku rasa. ni pun cuma pendapat peribadi aku. takde sape-sape pengaruhi aku. sekarang aku cuma berharap program tu berlandaskan niat yang baik dan tak lari dari tujuan sebenar.





* Yang baik tu datangnya dari Allah, yang tak baik tu datangnya dari diri aku sendiri. Wallahualam.

Monday, May 24, 2010

~ Gelak Sorang-sorang ~

Hai...




Entri pendek je ni... :)




Aku dah lama tau tak gelak pagi-pagi time drive pegi keje. yela dulu kuat gelak sorang-sorang sebab dengar lawak arwah Din Beramboi kat radio Era. sekarang ni macam suam-suam kuku je. ni kira dah ok balik sebab Aznil dah ada semula. cuma gandingan dengan dia tu kurang menjadi. si Aznil tu kan ada je idea dia nak bercakap. yang lain plak lebih banyak diam. so tak berapa bestla (bagi aku).





Tapi!! pagi tadi buat pertama kalinya (lepas Din Beramboi meninggal), aku gelak kuat tak hingat. nasib baik tingkap sume tutup. kalo tak confirm orang cakap aku gila. tak pun diorang ingat aku tengah cakap kat phone guna hands-free. haha. nak tau kenapa aku gelak macam orang gila?




Kisahnya camni. Aznil dengan 2 orang lagi deejay ni (aku lupa sape) nak mengenakan orang dalam segmen 'May I Help U?'. so sorang deejay ni menyamar jadi mat saleh yang baru datang ke Malaysia dan dia call sorang driver teksi ni untuk booking teksi selama seminggu nak round-round KL katanya. dah nama mat saleh mestila speaking London kan. yang buat aku nak pecah perut ketawa bila dengar mamat teksi tu speaking gak. nada suara memang konfiden habis. tapi speaking ke laut kau. hahaha. antara dialog yang aku ingat,




mat saleh celup cakap,

"Where's the best place here in KL can i visit?"




mamat teksi balas,

"U can go to buy the best burn fish belakang balai polis"



Hahaha. sekali burn fish keluar daaa. pastu siap cakap belakang balai polis. tah balai polis mane tah. pastu mamat teksi tu terus letak phone. agaknye dah gegel lutut nak menjawab mat saleh tu soal. tapi aku memang respect gakla dekat mamat teksi tu sebab at least dia cuba gak nak speaking London kan even berterabur. yang si Aznil dengan sorang lagi deejay dah ketawa berguling-guling kat belakang. (ok, guling-guling tu aku tipu la). sampai sekarang bila aku ingat dialog diorang tu memang aku sengih sorang-sorang. haha. sewelkah aku?




Sebenarnya panjang gakla perbualan diorang tu. tapi aku tak berapa ingat dengan betul sebab laju sangat. ditambah dengan aku yang gelak kuat tak hingat. sampai melayang-layang aku drive. macam mabuk pun ade gak. hope balik kang dia mainkan balik lawak tu. kalo hari-hari ada lawak macam tu kan best. ceria je hidup aku. hehe.




Eh, tak kelakar ke? sorila kalo aku ter'syok sendiri' ek. hehe. sukati aku la. ni kan belog aku. tangan aku yang penat menaip. korang bace je. ;P





* Entri pendek konon. hamik ko! haha. ;P

~ Cerita Hujung Minggu ~

Hai...




Hujung minggu lepas aku ber'dating' dengan incek hubby kat umah je. bleh ke cakap dating ek? blehla kot sebab berdua je kan. heheh.




Hari Sabtu tu kitorang bangun pagi-pagi lagi sebab ada misi nak dijalankan. kena pegi Courts Mammoth kat Bentong sebab nak belikan TV untuk mom-in-law. (tadi cakap dating kat umah je kan). korang mesti tertanya-tanya kan (ade ke?) kenapa pegi sampai ke Bentong nak beli TV. sebenarnya kat Lipis ni memang takde Courts. ye, betul takde. tu yang kena jalan jauh tu. so sampai je sana kitorang terus cari TV LCD 32". lastly nak tau kitorang beli ke tak? tak beli pun sebab harga yang dipamerkan dalam katalog tak sama dengan yang sebenar. ada harga lain plak. incek hubby yang macam nak naik angin terus ajak balik. dari situ kitorang buat conclusion la yang iklan Courts 'ada udang di sebalik batu'. maybe memang ramai yang dah tau kot. aku tak pernah tau sebab tak pernah beli kat situ pun.




Kiranya kitorang ke Bentong tu macam sia-sia la sebab tak dapat apa pun. cuma nak balik tu dapat makan nasi ayam yang agak sedap. hehe. kitorang buat keputusan nak belikan TV kat kedai biasa je. harga boleh runding. ;P




Oh, lupa nak cerita yang kawan incek hubby (atan) ada mesej bagitahu nak tumpang tidur umah malam tu. dalam kul 2 petang dia akan datang. dia ada kursus pengadil kat Lipis. time tu kitorang baru je gerak ke Bentong. aku dah mula pening sebab umah tak kemas lagi. hehe biasala kan. balik tu kelam-kabut aku dengan incek hubby kemas barang-barang yang tak sepatutnya ada kat ruang tamu. haha. jangan fikir yang bukan-bukan ye. bila kemas dalam keadaan terdesak ni kejap je siap. bila dah siap aku rasa lapang je rumah. syok je. hehe. bagus gak kalau selalu ada orang datang ni. rajin sikit aku mengemas. ;P




Atan ni kawan baik incek hubby masa belajar kat UPSI dulu. aku pun kenal dengan dia. kenal gitu-gitu jela. dia baru je kawin. sekarang mengajar kat Bentong. malam tu aku buat udang masak lemak cili api, goreng sayur, ikan masin, telur dadar. kira cincaila tu. harap-harap dia tak serikla nak makan masakan aku pasni. hahaha.




Hari Ahad tu pagi-pagi dia dah kena masuk balik kursus. aku sempatla sediakan breakfast sikit. pastu baring-baring depan TV dengan incek hubby. cuaca plak mendung je. tak sedar terlelap balik. buruk betul perangai. haha. ala korang paham-paham jela time hujung minggu la nak bangun lewat sikit. time keje kul 6 pagi aku dah terpacak depan umah. (alasan baik punyeee) ;P




Maghrib tu akak aku mesej bagitau dah masuk wad. dalam entri sebelum ni aku ada bagitau yang dia kena operate buang cyst dia kan. operation hari Isnin pagi. aku doakan semoga semuanya selamat. untuk dia dan baby. seminggu jugakla si apip (anak sulung akak aku) kena tinggal. akak aku operate kat Hosp Sultanah Aminah, JB. macam mana la budak kecik tu tidur malam sebab selalunya mesti cari ibu dia. aku suggest pada mak ngan ayah aku kena bawak dia pegi jalan-jalan sampai tertidur. pastu kena beli mainan. mau bankrap ayah aku. haha.




Oklah, sebenarnya takde apa yang menarik pun kan. tapi sebab nak meng'hapdet' belog punye pasal aku cerita gaklah. kalau rasa nak baca, baca la. kalau taknak, boleh baca belog orang lain. ada baaaaaanyak lagi. ;P

Thursday, May 20, 2010

~ Selamat Berperang ~

Hai...




Minggu ni mid-term exam start untuk student Form 4 & 5. walaupun cuma mid-term tapi tetap penting gak. tapi tak tahulah apa perasaan budak-budak ni. sebab bila aku tanya, semua cakap "tak ready lagilah, cikgu". habis bila nak ready nya?




Aku cuba imbas balik masa umur aku sebaya diorang dulu. betul, time tu memang kurang rasa risau or takut. sebab bukan exam besar like PMR or SPM. rasa macam amik ujian biasa je (sebab tu result K.O.) hehe. tapi kalau student yang bijak pandai tu memang sampai pucat-pucat muka nak jawab exam. diorang anggap semua exam tu penting, tak kira la ujian pun. sepatutnya memang camtulah yang kita kena buat kan. kena anggap setiap exam tu adalah exam besar.




Bila aku dah rasa camtu, sekarang ni dah jadi cikgu so aku sentiasa cuba ingatkan kat student supaya prepare awal-awal untuk exam. lagi-lagi sekarang ni persaingan dah makin kuat. semua orang berebut tempat nak ke U. sape yang leka memang akan tercicir. time ni barulah aku tau apa perasaan cikgu aku dulu bila aku main-main time belajar. cikgu yang lebih rasa takut daripada pelajar sendiri. padahal pelajar yang kena jawab exam. cikgu kena jawab gak. kalau result jatuhlah. haa menjawablah dengan orang atas. huhu.




So sekarang ni bila berkesempatan, aku sentiasa ingatkan student sekolah aku ni tentang tanggungjawab diorang datang sekolah. jangan sampai lari dari niat asal. aku taknak diorang tercicir. aku taknak 5 tahun akan datang diorang masih ada kat sini lagi, melepak tak tentu hala. aku nak diorang keluar dari kampung diorang ni, merantau tempat orang lain. aku yakin semua cikgu harapkan camtu. cikgu takkan jeles kalau ex-student dia lebih hebat dari dia. bangga lagi ada lah. cuma diharapkan tak sampai lupa jasa.




Apapun, selamat berjuang kepada semua pelajar, khususnya pelajar SMK Sungai Koyan. kejayaan takkan datang bergolek. usaha untuk dapatkannya.




* Rindu kenangan masa Form 6 kat SSAJ. :)

Wednesday, May 19, 2010

~ Pagi Yang Nyaman ~

Hai....




Pagi ni cuaca syok je...syok kalau tidur lah...gelap, mendung macam nak hujan...tapi tak taulah akan hujan ke tak nanti...cuaca sekarang ni tak menentu kan...macam nak hujan tapi tak pun...harap-harap hari ni hujanlah selebat-lebatnya...bagi alam sejuk sikit... :)




Minggu ni budak-budak start exam...so program kaunseling kurang sikitlah buat sementara waktu ni...secara tak langsung aku pun rilek sikitlah...heeee...bolehlah buat kerja-kerja yang terbengkalai macam laporan program etc....




Malam tadi aku dapat mesej dari kakak aku kat Kluang...dia bagitahu yang dia akan di'operate' untuk buang cyst Rabu depan kat Hospital Sultanah Aminah...sekarang dia tengah pregnant 3 bulan...cyst tu dah makin besar so dokter suggest untuk buang sebab takut effect pada baby...tapi operation ni pun berisiko untuk gugur...aku harap semuanya selamat nanti...amin...sebab kakak aku dah lama nak tambah baby...yang sulung pun dah 3 tahun lebih...aku je yang tah bilalah...(sabar)




Semalam jugak, aku dan incek hubby berbincang pasal nak beli rumah sendiri...yela, kalau dikira-kira macam agak membazirlah menyewa...kalau rumah sendiri ni even bulan-bulan bayar mahal tapi dah jadi hak kita...so nak men'decorate' pun bersemangat je...kalau rumah orang ni kureng sikit...hehe...




So bila dah buat kira-kira, kitorang macam dah bersepakatlah (selalunya tak sama pendapat) untuk beli Semi-D 1 tingkat...tak sangguplah aku nak naik turun tangga...tangga buatkan aku jadi malas...hahaha...boleh gitu...?? rumah yang kitorang nak beli ni pun belum naik lagi...maybe tahun 2012 nanti baru boleh duduk...so sementara tu bolehlah kumpul duit sikit...tak sabar plak nak duduk rumah sendiri...hehe...lama lagi wehhhh.... :P




* Tengok luar jap...emmm masih tak hujan lagi...silap-silap ni cerah je kang...baru nak rasa sejuk pagi-pagi ni...




Oklah, nak buat report program Kem Menuju Puncak hari tu...bila dah siap baru boleh me'rilek'kan diri sambil ber'fesbuk'...ngeh ngeh ngeh...apa punya cikgu daaa...yang penting kerja semua siap...!!! :P

Tuesday, May 18, 2010

~ Jeleskah Aku? ~

Hahaha...tajuk entri macam pelik kan...



Aku jeles dengan apa...??



Incek hubby dingorat awek lain...??? Tidak...
Jiran sebelah rumah beli kete besar...??? Tidak...
Cikgu skola pakai gelang emas baru...??? Pun tidak...



Hehe...



Takdela...aku macam agak sedikit jeleslah tengok belog orang lain yang canggih manggih tu...sekarang ni aku suka menjelajah belog orang lain...syok plak baca kisah diorang...tapi bila tengok belog diorang yang berkelip sana sini segala bagai, tetiba aku rasa macam
kecikkkk sangat...tetiba aku rasa macam aku ni buta IT plak...hahaha...maybe sebab perangai aku yang memang sejak azali agak malas nak meng'explore' benda alah macam ni...bila dah jadi macam ni barulah nak nyesal... :P





Tapi kan...bila aku baca kat belog BEN ASHAARI, dia pun rupanya baru je lagi ada belog...dalam 7 bulan...tapi dia dah kumpul beribu riban fan...maybe sebab dia memang dah mahir untuk menggodeh website or belg, so tak lah susah bagi dia...aku ni plak masih lagi merangkak ke hulu ke hilir tak tau ke mana hala...aku rasa aku kena bergurula... untuk dapatkan belog yang cantekkkk dan disukai ramai...heeeeee :)




Tapi...ada ke yang sudi nak jadi cikgu aku ni...??? help me...!!! :(

~ Cepatnya Masa Berlalu ~


Hai...



Happy Belated Teacher's Day...hehe...lambat sikit post entri pasal Hari Guru ni...almaklum jela kan...macam yang aku tulis dalam entri sebelum ni tulah...busy sampai tak sempat nak bukak laptop...nama pun cikgu... :P




Sedar tak sedar rupanya dah 2 kali aku sambut Hari Guru...dan maknanya dah hampir 2 tahun gak aku bergelar seorang Guru...wahhhh macam tak caya pun ada gak...aku rasa macam baru semalam je posting...hehe...dan sedar tak sedar gak aku dah jadi cikgu senior (sikitlah) sebab ada cikgu lain yang baru posting...hehe...




Semalam (Isnin) kat sekolah ada sambutan Hari Guru...meriah gaklah...Pengawas yang uruskan kebanyakan aktiviti untuk cikgu...ramai gaklah cikgu yang sporting main game yang disediakan...aku pun sama...aku main game 'Bolaku Sayang'...mula-mula dengar nama je aku dah tergelak...rupanya main ala-ala main netball je...cuma takde peraturan...so kalau kau nak sepak kaki orang ke takpe...sebab takde kad...hahaha...memang asyik ketawa jela kitorang semalam...




Paling best masa semua cikgu naik pentas nyanyi lagu 'Kami Guru Malaysia' dengan lagu tema tahun ni 'Guru Pembina Negara Bangsa'...semangat betul...plak tu dengan semua pakai baju kaler hijau (tema tahun ni)...memang dapat sorakan la dari student...hehe...malu...




Then aku terfikir sepanjang hampir 2 tahun ni apa sumbangan yang aku dah bagi pada pelajar-pelajar...ikhlas ke ilmu yang aku sampaikan?? betul ke cara aku mendidik anak-anak bangsa?? ye, aku bermuhasabah diri untuk melihat setiap kelemahan dan kekurangan yang perlu aku perbaiki dari masa ke masa untuk membantu mendidik pelajar yang bakal menjadi pemimpin satu hari nanti...doakan aku semoga terus kuat dan tabah ye... :)




Masa 16 Mei hari tu aku dapat banyak ucapan Hari Guru...dan ini salah satu mesej yang sangat menarik hati aku yang diberi oleh seorang kawan lama...




"Apakah cita-cita anda sblm jd guru? Mejistret? Loyar? Enjiniar? Anda menyesal jd guru? Cuba lihat, ada x loyar yg sggup pkai topi arkitek? Ada x mejistret yang brani sarung kot doktor? Tp guru adalah SEMUA itu. Guru la doktor bila budak sakit, loyar bila parents soal, mejistret bila budak bgaduh. Hatta security guard & AHLI NUJUM pun guru juga! Oleh itu, banggalah jadi cikgu. SELAMAT HARI GURU."




Menarik kan? dan bila difikir-fikir balik memang betul...sebab itulah kerjaya guru ni dipandang mulia...sampai dah pencen pun orang masih panggil 'cikgu' lagi...dan semua ni buat aku makin sayang dengan kerjaya aku sekarang...semoga dengan keikhlasan aku memberi ilmu kepada anak-anak bangsa, hidup aku dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T...InsyaAllah... :)



* Terharu tiap kali pelajar wish "Selamat Hari Guru, Cikgu...Terima Kasih Cikgu"




~ Exhausted Weekend ~

Hai...



Hari tu aku ada bagitahu nak share cerita pasal program aku kan...ok, memang banyak sebenarnya yang aku nak share...tapi kamu kamu semua baca lah dulu ye...kalau tak sempat, aku sambung kat entri lain plak... :)




Ok...kan aku ada bagitahu yang weekend hari tu aku handle program Kem Menuju Puncak untuk student target PMR ngan SPM...dari hari Jumaat sampailah Ahad...seriously, memang penat sangat...bukan nak merungut tapi aku akui memang penat...Jumaat tu ok lagi sebab slot malam tu kaunselor sorang lagi yang handle...so aku rilekla...hari Sabtu pagi, ada gotong-royong perdana kat sekolah...kalau tak salah aku, 1 Malaysia buat program tu...so aku dengan anak-anak buah aku cabut rumput, sapu sampah, kemas bilik kaunseling sampailah tengahari...rasa penat tapi enjoy...




Lepas tu, aku melepak dengan cikgu-cikgu lain makan mangga muda cicah kicap...marvellous!!! hehe...macam orang ngandung plak...tengah borak-borak tu terkeluarla plak plan nak buat BBQ kat waterfall area Betau (jalan nak ke Cameron Highland)...mula-mula aku malaslah nak join...tapi bila tengok makin ramai yang men'join'kan diri, aku pun teruja la...hahaha...padahal badan dah penat gila tu...memang aku dah gila... :P




So, dalam pukul 2 kitorang pun gerak berkonvoi ke tempat yang dijanjikan...memang best cuma time tu air tengah besar...maybe sebab baru lepas hujan...dan aku memang tak berniat untuk mandi pun...just nak me'release' tension je...seronok bergelak ketawa walaupun mata mengantuk...kitorang sampai ke sekolah balik tepat-tepat azan Maghrib berkumandang... :)




Dan...jeng jeng jeng...malam tu plak aku kena handle slot motivasi untuk Kem Menuju Puncak tu...aku dapat rehat dalam 30 minit je...baru baring jap mata aku dah nak terlelap...haihh tak boleh jadi ni...maka aku pun duduk je sementara tunggu jam pukul 8.15...nasib baik student target ni memang tak ramai...dalam 20 orang je...so aku buatlah aktiviti yang agak menarik yang tak memerlukan aku banyak bercakap tapi budak-budak tu yang kena aktif...so bolehlah aku rilek sikit...yang pasti walaupun penat, aku tetap jalankan amanah aku tu dengan sebaik mungkin...at least diorang dapat something usefull dari aku...dan aku puas hati sangat sebab student semua enjoy dengan aktiviti malam tu...




Malam tu plak aku tumpang tidur rumah sorang cikgu ni...kat Kuarters Guru sebelah sekolah je...memang aku tidur mati...sedar-sedar je dah Subuh...bangun pagi agak happy sebab hari ni last program Kem Menuju Puncak tu...dan aku tunggu sampai pukul 12 tengahari untuk slot penutup...lega dah habis... :)




Masa drive balik rumah tu, mata aku ni dah terbayang-bayang bantal kat rumah...hehe...punyalah mengantuk...lapar plak tu...sampai rumah, makan, pastu aku bantai membuta...incek hubby ada tapi aku dah tak nampak dah...aku nampak bantal je...hahaha...bertuah punya bini...aku tidur sampai nak masuk Asar...bila bangun rasa segar je... :)




Tiba-tiba baru aku teringat yang hari tu Hari Guru...ye, esoknya (Isnin) ada sambutan Hari Guru kat sekolah...tak sabar nak tengok apa program yang Pengawas sediakan untuk cikgu-cikgu...anyway, Happy Teacher's Day untuk diri aku sendiri dan incek hubby...mmmuuuaaahhh!!! :)





* Dah 2 kali rupanya sambut Hari Guru... :)

JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI



Hai...hari ni aku saja me'rajin'kan diri untuk buat entri pasal jelajah blog Ben Ashaari...saje nak mem'promosi'kan blog yang tak seberapa ni...manalah tau boleh glamer plak blog aku...hahaha...




Ok...firstly kena kenalkan diri dulu...orang kenal saya dengan nama DIELA...nama penuh RAHSIA ok...hehe...mula berjinak-jinak (cewah) dengan penulisan blog ni pada tahun lepas...tu pun lepas diajak dan diajar oleh member baik (meq)...ikutkan memang agak malaslah nak ber'blogging' ni...sebab dengan kerjaya sebagai cikgu mungkin membataskan untuk sentiasa meng'hapdet' blog...but i try...ni pun sebenarnya banyak lagi yang saya tak tahu pasal blog ni...tau yang basic jela... :)




Blog saya ni lebih berkisarkan tentang perjalanan hidup yang dilalui setiap hari...walaupun kadang-kadang ter'miss' juga untuk hapdet blog, tapi saya cuba untuk tulis entri sekurang-kurangnya 1 entri setiap hari...kira macam diari lah...cuma tak terlalu detail... :)




Masa baru-baru buat blog ni, rasa macam susah nak me'rajin'kan diri untuk sentiasa hapdet blog...tapi bila sesekali menjelajah blog orang lain yang hebat-hebat, rasa nak sangat buat blog ni jadi hebat macam diorang...maybe 1 day...dan mungkin juga akan belajar dari orang lain yang terer buat blog...ada ke sape-sape yang nak ajar saya?? saya budak baru belajar...kalau salah tolong tunjukkan...heheh... :P




Ok...saya dapat tahu tentang blog BEN ASHAARI ni daripada Facebook...daripada page Kelab Blogger...dan dari situ juga saya sentiasa dapat tahu tentang apa-apa cerita terbaru tentang blog BEN ASHAARI...dan saya mula berminat...!!! maybe dari situ juga saya boleh menambahkan kenalan dari ahli blogger yang lain... :)




Anyway, thanx a lot to BEN ASHAARI kerana sudi untuk mem'promote' blog saya ni...

Friday, May 14, 2010

~ Leaving LOVE ~

Just a quick post... ;P




Hari ni sampai Ahad aku handle program Kem Menuju Puncak untuk student target cemerlang PMR ngan SPM...so maybe akan stay kat sekolah je 3 hari ni...rasa macam malas pun ada gak nak stay sekolah...boleh je kalau nak berulang dari rumah tapi bila fikir-fikir balik susah plak...sebab program sampai malam...takde beraninya aku ni nak drive malam-malam...kalau vavis yang melintas takpe lagi...kalau 'benda' lain tak ke pengsan aku tengah-tengah jalan tu...eeeiiii tatotttt... ;P




Apa-apa pun aku packing siap-siap baju untuk stay sekolah...aku dah bagitahu Kak Padilah nak tumpang rumah dia...dia ok je...so kalau tak jadi stay, petang aku balikla...esok pagi dah kena datang balik sebab ada gotong-royong perdana kat sekolah...malam plak aku handle slot untuk motivasi budak-budak tu...habis dalam 10 lebih malam...so mestilah kena stay sekolah...haihhh penatnya...isnin plak sambutan hari guru peringkat sekolah...nasib baik student Pengawas yang handle semua...so cikgu-cikgi rilek jela...heheh...




Eh...oklah tak boleh nak cerita panjang...sebab banyak benda nak diuruskan untuk Kem Menuju Puncak yang akan mula petang nanti...so maybe isnin nanti baru aku hapdet belog lagi k...aku akan cerita pasal perjalanan program tu...kalau ada yang menariklah...




Till then, see ya... ;)

Thursday, May 13, 2010

~ Breast Cancer Awareness ~

Hari ni aku handle 1 program berkaitan dengan Kempen Kesedaran Kanser Payudara...ada la 1 company ni call dari bulan lepas lagi untuk buat talk kat sekolah aku berkenaan dengan kempen ni...pas discuss dengan Pentadbir sekolah, diorang setujulah nak buat pada hari ni...2 jam je...khas untuk guru dan pelajar perempuan...




Mula-mula aku ingat diorang just nak bagi talk je sebab diorang cakap semua free...tak payah bayar...rupanya diorang jual produk...Pad Herba...aku yakinlah ramai yang dah tahu pasal benda ni...cuma maybe sekolah aku ni agak di luar bandar, so pendedahan agak kuranglah...




Penceramah tu ada cakap pad yang biasa kita pakai sekarang ni kebanyakannya ada racun Dioksin...so boleh menyebabkan kanser payudara dan serviks...betul atau tak, Wallahualam...cuma dia ada cakap kalau tak percaya boleh test kat rumah...letak pad biasa dalam sedikit air pastu letak ikan kecik yang masih hidup...lagi 1 plak letak pad herba ni...cara yang sama...so dia cakap bila dia buat, ikan yang dalam bekas dengan pad biasa tu mati dulu tak sampai beberapa minit...tu menunjukkan ada racun Dioksin dalam pad tu...kalau nak tau, cubalah...aku malas...hehehe...




So pas ceramah tu, diorang pun promote la produk tu...banyak plak duit budak-budak ni...ramai gaklah yang beli...cikgu pun join sekali...aku taklah sebab dulu pernah pakai tapi tak tahan bau herba kuat sangat...malu plak kalau tiba-tiba tengah jalan kat luar, orang tegur guna perfume herba ke...??? hahahaha...pastu dia ajak aku join jadi ajen...boleh jual kat student yang gunakan pad ni...aku cakap nantilah aku fikir dulu...tapi aku memang malas nak menjual-jual barang ni...lagi-lagi kat student sekolah...macam tak sesuai gitu...




Actually aku agak confuse sikitlah macam mana bila pakai pad herba ni boleh elak dari kena kanser payudara...sebab macam jauh je kan...hehehe...kalau kanser serviks tu maybe lah logik sikit...tapi biasalah kan...orang nak menjual barang...dan maybe juga benda tu memang bagi effect...aku bukan doktor pun... :P




* Dah lama gunakan Stayfree...bau pun sedap... :P

Wednesday, May 12, 2010

~ Kalau Dah Nama Lelaki ~


Entri hari ni pasal game...aku bukan minat sangat dengan benda alah ni...tapi incek hubby yang dah lama mengidam...sebelum ni kalau rasa gian nak main, incek hubby berdesup balik umah Mak sebab nak main game abang dia...



Tapi....pasni dah tak payah susah-susah lagi...sebab semalam incek hubby pergi Bentong teman abang dia repair kereta...pastu incek hubby call bagitahu nak beli game terus...aku ok jela...yela sebab duit dia kan...hehe...



So...incek hubby balik dalam pukul 10 lebih malam semalam, incek hubby beli ini...




XBOX 360 ELITE




Pas mandi (tah mandi bersih ke tak), incek hubby terus pasang game tu dengan gelojohnya...sabar jela...aku yang tengah tengok tv terpaksalah bagi laluan...sebab kesian nampak excited sangat...hehe...tapi pasni tak payah berebut tv sebab incek hubby nak beli tv baru khas untuk game dia...bagussss... :) banyak gaklah dapat cd free...aku tanya kenapa tak beli PS3 sebab sebelum ni survey PS3...incek hubby cakap cd mahal sangat...1 cd je sampai beratus ringgit...tapi incek hubby sedikit disappointed lah sebab xbox tak ada cd game God Of War II yang dia gila sangat main...ada pun cuma untuk PS3...sabar jela ye... :)




So malam semalam sempat gaklah aku join main sekali...main game Batman...hehehe...aku memang suka game kanak-kanak ribena camtu...tak payah fikir banyak...incek hubby pun layan je aku main...heheh...sampai tak sedar jam dah dekat pukul 1 am...kelam kabut tutup sebab ada yang tak bangun pergi kerja kang...





*Suka sebab pasni incek hubby akan lebih banyak terperap kat rumah main game... :)

Tuesday, May 11, 2010

~ Lepas Satu, Satu Masalah ~

Malam semalam aku tension habis...tak taulah kenapa aku rasa hangin satu badan...maybe sebab period kot...semuanya berpunca daripada mesin basuh jahanam tulah...(hehe...boleh ke salahkan mesin basuh?)




Ceritanya macam ni...




Aku memang dah plan dari siang lagi nak basuh baju malam tu...sebab dah agak banyak gaklah...aku memang selalu basuh baju malam sebab siang mana ada masa...so tengah-tengah excited ni tiba-tiba aku rasa macam ada yang tak kena dengan mesin basuh aku tu...baru aku perasan yang mesin tu pusing ke satu arah je...biasanya 2 arah...aku macam pelik sikitlah...kelakar pun ada gak...hehehe...




Pastu aku panggil incek hubby...dia pun pelik macam mana boleh jadi macam tu...masa tu mood aku ok lagi...tapi tiba-tiba incek hubby cakap macam ni...




"Sayang buat apa sampai jadi macam ni?? kenapa banyak sangat baju dibasuh?? benda ni tak boleh dipusing macam ni...benda ni bla bla bla bla...baru beli dah rosak...haihhhhh...."
sambil membebel sambil buat muka tak puas hati...




Aku apa lagi...teruslah menyirap...




"Apsal pulak...?? selama ni basuh ok je...siapa suruh beli mesin basuh murah... memanglah jadi macam ni...manual plak tu...kalau beli auto macam kat rumah mak tu tahan bertahun-tahun...Sanyo konon...padan muka kena tipu dengan nyonya tu...bla bla bla bla..."
aku bebel plak...




Lepas tu incek hubby menggodeh menatang tu nak cari apa punca rosak...dia bukak itu, dia bukak ini...lastly jumpa kat bahagian button untuk pusingkan mesin tu...macam dah terbakar sikit...incek hubby cakap macam terkena air...boleh plak dia cakap aku yang siram air kat situ...ada ke patut...makin hanginlah aku...dahla tengah lapar time tu...




Konon-konon incek hubby nak repair sendiri la...padahal tak boleh pun sebab kena tukar spare part baru...incek hubby suruh keluar sendiri beli makan...tapi aku buat bodo je...lastly dia hantar aku beli makan...yelah aku malas nak drive...hehehe...




Balik je beli makan, incek hubby keluarkan baju dia dari mesin basuh nak masukkan dalam baldi...sebab sebelum tu dah basuh sikit kan...so bila mesin dah rosak kena lah rendam baju-baju yang penuh sabun tu...



TIBA-TIBA...!!!



Incek hubby tunjuk kat aku baju dia kaler putih dah bertompok merah...erkkkk...tu yang paling aku takut sekali...aku masih cuba lagi nak pertahankan diri (padahal memang dah terang-terang salah aku sebab campurkan dengan baju aku)...yelah aku tak teringat plak baju aku tu menurun kaler dia...rasanya dah cek betul-betul sebelum basuh tadi...aku diam je...tapi muka muncung...incek hubby pun diam...lepas tu aku cakap...



"Alah boleh hilang tu nanti...bukan banyak pun...takkan nak basuh sehelai-sehelai plak kot..."



Incek hubby balas slow je...tapi sebenarnya aku tau dia menahan marah...



"Lain kali jangan campur baju abang dengan sayang...baju abang, baju abang je..."



Lepas tu masing-masing macam moody semacam...tengok tv tak bercakap apa pun...tapi lama-lama tu oklah...lega sebab incek hubby tak marah pasal baju dia tu...sebab satu baju tu baru je beli...tak pakai pun lagi...yang incek hubby ni plak suka sangat baju kaler putih...susah tau nak jaga...lainlah kalau dia nak basuh sendiri...aku tau humban je dalam mesin...hahaha...




* moral : beli mesin basuh yang bagus...biar mahal janji tahan lama...

Monday, May 10, 2010

~ Second is Better than Nothing ~

Malam semalam orang semua mesti tengah excited nak tengok final game EPL kan...lebih-lebih lagi game Man Utd vs Stoke City ngan Chelshit vs Wigan...aku plak takde perasaan langsung...sebab penat sangat baru sampai dari Kluang...lagi satu sebab, rasa memang Man Utd takde harapan nak rampas takhta...so perasaan aku pun biasa-biasa jela...




Tapi...aku sepakat dengan incek hubby nak tidur depan tv...kat tingkat bawahlah...dah beberapa kali gakla kita orang tidur bawah sebab kat bilik panas sangat...berpeluh-peluh nak tidur...yelah cuaca tengah panas kan sekarang...




Incek hubby memang nak tengok bola...tak pastilah dia boleh tengok sampai habis ke tak sebab mata dah layu semacam je...aku awal-awal dah surrender...game baru 5 minit aku dah melayang tah ke mana...aku tesedar bila Chelshit score 1st goal...dalam mamai pun sempat lagi aku kutuk...hehehe...pastu tidur balik...second time terjaga bila Man Utd score...dalam mamai aku cakap apa tah dengan incek hubby pastu tidur balik...tah apa-apa je kan aku ni...macam ngigau pun ada gak...tapi incek hubby tak layan pun...heheh...




Pagi-pagi tadi masa drive pergi kerja macam biasa lah aku dengar berita kat Radio Era...nak tau keputusan bola malam tadi...sebab kalau tanya incek hubby mesti dia kelentong nye...tau dah...bila dengar Chelshit membelasah Wigan 8-0, aku keciwa...sengalnye Wigan...dengan Chelshit pun tak boleh menang ke...bukan kuat sangat pun....ngeeeee... :P
apa-apa pun aku tetap hepi gaklah sebab Man Utd pun menang 4-0 dengan Stoke City...beza pun 1 mata je dengan Chelshit...so takdelah fight sangat kan...lagipun Man Utd dah 4 kali berturut-turut pegang title tu...so apa ada hal kali ni bagi chance kat team lain plak...heheh...ayat penyedap hati...




Anyway, aku bukanlah fanatik sangat macam sesetengah orang yang emo bila team fav kalah...aku biasa-biasa saja...aku tetap yakin Man Utd akan kembali untuk musim seterusnya...dun worilahhhh... :)





* Entri ini untuk fan Man Utd je...heheh...tapi kalau dah terbaca takpe... :P

~ Tak Puas ~

Hahah...tajuk entri aku tu macam agak menakutkan kan...???




Takdela...sebenarnya aku nak cerita pasal ketidakpuasan aku dapat balik Kluang kejap je...rasa tak puas sangat rehat-rehat pastu melayan Apip, bergosip-gosip dengan kakak ngan mak, bergelak ketawa...pendek kata memang aku release habislah...tak ingat langsung pasal hal kerja dan hal-hal lain yang buat aku stress...dan bila balik Kluang, incek hubby akan sedikit terabailah sebab incek wife dia ni asyik berkepit je dengan mak dan adik beradik dia...hehehe...alah biasalah tu kan...balik sekali-sekala...mestilah kena spent time masa tu sebaik mungkin... :)




Aku balik ke Kluang hari Jumaat...bertolak dalam 8 am, sampai dalam 2 pm...bila nampak je signboard exit tol Ayer Itam, incek hubby terus cakap camni...




" Berseri-seri muka sayang nampak signboard tu ek...kalau tak masam je..."




Heheh...aku sengih je kat dia...malu plak dia perasan aku gembira sorang-sorang...yela excited tau nak jumpa family...aku sampai suruh mak aku masak pecal (makanan orang jawa) sebab teringin sangat (mengalahkan ibu mengandung)....hehehe...tapi kakak aku cakap esok baru boleh masak sebab hari ni tak sempat nak beli barang untuk masak...ok takpe...




Aku sampai je terus gomol si Apip yang dah makin bulat...pastu secara diam-diam rupanya mak ngan ayah dah order air-cond sebab tak tahan cuaca panas sangat sekarang ni...so sampai ke petanglah technician tu pasang air-cond kat ruang tamu...sejuk je...petang tu plak aku pergi melawat sepupu aku yang sakit tu...aku agak terkejut tengok keadaan dia...tak sangka seteruk tu...sebak sangat...masa salam nak balik tu, aku peluk makcik aku dan bisikkan..,




" Sabarlah...kita sama-sama doa ye...InsyaAllah semuanya akan ok...orang pun akan doakan untuk dia..."




Sebak sangat...tapi aku dapat tahan...taknak buat makcik aku bertambah sedih...incek hubby yang datang sekali pun sedih gak...sampai tak terkata apa-apa...




Ok...taknak sedih-sedih lagi...balik Kluang kali ni aku banyak rest je kat rumah...keluar pun kejap-kejap je...tapi emosi tiba-tiba jadi kurengg sikit sebab dapat tau sepupu yang baru kahwin bulan 1 hari tu dan pun pregnant...hmmm aku bila lagi...??? apa pun aku berterima kasih pada family yang sentiasa support aku dan tak pernah tanya pasal hal-hal yang sensitif tu...yelah sepatutnya kena fahamlah kan...semua tu rezeki dari Allah...kita hanya mampu merancang...




Hari Ahad tu pagi breakfast kat kedai mamak depan Maybank...aku dah siap packing barang-barang dalam kereta sebab pastu mak ajak pergi rumah Atuk kat Kg. Bentong...borak-borak, lepas tu dalam pukul 10 lebih aku pun gerak balik Lipis...




Kononnya nak ke Batu Pahat sebab incek hubby nak beli PS3...dah survey kat Kluang Mall harga RM 1299...so incek hubby nak try survey tempat lain plak...kot-kot dapat lagi murah...tapi tiba-tiba incek hubby ajak pergi Giant kat Taman Sri Kluang tu plak...dia cakap nak beli vacuum...aku ikut jela...pusing-pusing dapatla vacuum Panasonic RM300...pastu beli barang-barang rumah sikit...




Tengok jam dah dekat pukul 12 pm...kira-kira kang malam plak sampai Lipis kalau pergi BP...so cancel...terus gerak ke Lipis...incek hubby cakap nak beli kat KL je PS3 tu...tapi lain kalilah...kali ni tak sempat...




Bila dah hampir sampai rumah, aku cakap kat incek hubby...,




"Rasa tak puaslah duk Kluang...nak balik lagi...sedih je bila balik Lipis..."
dengan muka yang ala-ala manja ngada-ngada... :P



Incek hubby balas..,



"Amiklah cuti sebulan...kalau tak cukup, amik cuti setahun tanpa gaji...duk Kluang puas-puas..."
dengan nada selamba ala-ala perli...




Hehehe...jahat tau...takpe, bulan 6 kang cuti sekolah 2 minggu...so dah semestinya akan balik Kluang lagi...so sabar ye Puan Diela... :)



~ Hari Ibu Yang Lupa ~

Happy Mother's Day...!!!



Kepada semua ibu dan bakal-bakal ibu di mana saja anda berada...


Bagi diri aku sendiri, tahun ni mungkin aku masih tak layak untuk menyambut Hari Ibu...tapi insyaAllah aku tetap berdoa dan berharap agar tahun depan rezeki aku dimurahkan dan dapatlah menyambut Hari Ibu buat kali pertama...



So tahun ni mak aku lah yang diraikan oleh tiga orang anak daranya (sorang je anak dara, dua lagi mak dara) hehehe...mulanya aku dah plan dengan kakak aku nak belikan mak handbag...sebab mak sangat suka dengan handbag...aku rasa collection dia lebih banyak dari aku...hehehe...kebetulan pulak minggu tu aku balik Kluang...so ingat bolehlah survey handbag kat Kluang Mall...




TAPI....!!!!




Apa yang aku planning tu tak kesampaian...dengan kakak aku yang tak berapa sihat (pregnant + demam), maka tak dapatlah kami pergi cari handbag tu...aku dah berkobar-kobar...tapi bila takde geng, aku pun terus malasla...lagi satu, sebab aku tak berapa sure dengan taste handbag mak...mak ni cerewet sikit...hehehe...kakak aku lebih taulah taste mak...tapi bila dia dah demam, terus tak jadi...




Lepas tu, aku terus lupa langsung pasal Hari Ibu...sebab lebih banyak habiskan masa dengan family borak-borak, lepak-lepak kat rumah...bila dah balik Lipis, tiba-tiba kakak aku mesej tanya,




"Ko kata nak belikan mak hadiah...mana hadiahnya...??"




Aku terkujat-kujat baca mesej tu...sebab terlupa sangat-sangat...terus rasa bersalah yang amat sangat...lepas tu aku mesej kakak aku suruh dia pergi kedai kek, beli kek yang special (kalau ada), lepas tu celebrate la...lepas tu aku mulalah fikir yang bukan-bukan...mak mesti kecik hati...sebab sebelum ni tiap tahun memang kita orang akan sambut apa-apa je hari yang special yang bersangkut-paut dengan mak dan ayah...Hari Ibu ke, Hari Bapa ke, Birthday dah semestinya...sekurang-kurangnya kek mesti ada...tapi tahun ni, aku LUPAAAA...teruk kan...???




Lepas tu, tiba-tiba aku teringat yang birthday mak 9 Jun ni...so awal-awal aku dah plan nak tebus balik atas keterlupaan aku ni...aku janji kat diri aku sendiri akan hadiahkan mak present yang sangat special la...insyaAllah...dan untuk tahun-tahun yang seterusnya, aku janji juga aku takkan lupa untuk meraikan mak dan ayah yang banyak berkorban untuk aku...dan peringatan juga untuk diri aku,



'Hargailah seseorang itu sementara masih ada'




Mak...Selamat Hari Ibu...Mmmmuuaaahhh!!! :'(



* Gambar sedikit kabur...


Wednesday, May 5, 2010

~ Malas...Malas...Malas...~

MALAS

.
.
.
.
.
.
.


MALAS

.
.
.
.
.
.
.


MALASSSSSSSS

.
.
.
.
.
.
.
.


Itu je aku nak tulis untuk entri kali ni...sebab aku memang tengah malas nak hapdet belog even ada cerita yang aku nak kongsikan...




Lain kalilah ekkkk....


:Pp




Tataaaaa......

Monday, May 3, 2010

~ Dingin Yang Menenangkan ~

Entri kali ni mestilah tentang honeymoon aku hujung minggu hari tu kan...di mana lagi kalau bukan di Genting Kota Keriangan...heheh...


Perancangan awal aku dan incek hubby nak stay 2 malam kat sana...tapi amat mendukacitakan sebab hanya 1 malam saja bilik yang masih available...untuk sabtu malam ahad tu semua dah fully booked...hmmm nak buat macam mana kan...rezeki cuma untuk 1 malam je...tu pun penuh sesak...dah macam kat negara China pulak aku rasa...tapi sangat syoklah sebab cuaca masih sejuk dan dingin lagi...



Ok...sampai-sampai je sana, aku terus men'check-in'kan diri...sementara incek hubby pergi cari parking (penat pusing 4,5 kali tak jumpa parking)...dan nasib aku tersangatlah baik pada hari tu sebab hanya tinggal 2 bilik je yang masih kosong...jadi aku pun dengan gelojohnya terus mem'booking'...yela kalau lambat alamatnya tidur masjid la (ada ke masjid?)...heheh...




Then incek hubby pun berjaya mem'parking'kan kereta betul-betul depan pintu untuk ke lif...second luck for that day... :)lepas tu kami pun masuk ke bilik...untuk berehat ye (jangan fikir lain pulak)... :P





* view dari bilik kami, 27955...






* Bilik yang sangat kecik...minta katil double, dapat 2 single...macam biasalah, incek hubby akan me'renovate' katil ni jadi 1...heheh...



Lepas berehat dan bersolat Asar, perut pun dah berkeroncong...makanya aku dan incek hubby pun keluar cari makan...agak rambang mata jugakla nak makan kat kedai apa...sebab banyak sangat kan...semuanya macam best...tapi yang paling utama mestila kena tengok tanda HALAL dulu...faham-faham jela kat sini majoriti bukan orang Islam...so kena jaga-jaga bila cari kedai makan...akhirnya setelah penat survey, dan perut pun dah mengalunkan irama rock kapak, kami pun makan di kedai ini (lupa namanya)...


* Restoran yang bersih...



* Muka masing-masing tengah lapar... :)



* Fresh Orange 2...


* Soba Udon Japan dengan apa tah lagi satu...sian incek hubby menunya tak sedap...


* Semua sekali RM 44.75 ye... (harap maklumlah kat sini makanan memang mahal gila tapi tak sedap... :P)



Perut pun dah kenyang, maka haruslah pergi berjalan-jalan sambil mencuci mata (dan mencuci poket)...heheh...incek hubby dah semestinya menerjah masuk ke kedai barangan sukan...banyak yang nak dibeli tapi kena sabar dulu...incek hubby cakap..,



"Nanti-nantilah beli...banyak lagi tempat nak jalan ni...malas nak pegang barang banyak-banyak..."




Aku senyum je dengar...yelah duit dia kan...biarlah dia nak beli apa pun...dan aku yakin aku akan dapat habuannya jugak...heheh...:P



* Incek hubby minat sangat t-shirt ni...tapi sayangnya, dah takde size...biasalah orang dah muncit...heheh... :P


* Muka cebek tanda tak suka... :P



Lepas tu, aku nampak pulak tempat kegemaran aku...mula-mula aku masuk kedai Hush Puppies...agak lama jugak tak beli comfort shoes...cari-cari ada la terberkenan dengan sandal ni...sangat comfort lah...aku pun try jalan 2,3 pusing dalam kedai tu...lepas tu, incek hubby cakap lagi...




"Kita nak jalan banyak tempat lagi ni...rajin ke nak bawak banyak barang...??? esok pun kita boleh beli lagi kan...jangan risau...ada masa lagi..."



Aku ikut je...yelah dia yang tukang bayar kan...hehe...lepas tu aku mengada-ngada pulak nak masuk kedai Bonia dengan Carlo Rino...bila ada yang berkenan, incek hubby akan keluarkan ayat yang lebih kurang dengan ayat di atas...heheh...so aku sabar lagi...



Lepas tu, incek hubby ajak pergi tengok tiket wayang...aku harap sangat cerita Iron Man II ada... dan yesss..!!!!! memang ada...aku beli tiket untuk tayangan jam 11.45 malam...sebab yang pukul 9.15 dah habis...maklumlah first day tayangan kan...






Sementara nak tunggu sampai pukul 11.45 tu kami pun pusing-pusingla tanpa hala tuju...sampai melecet kaki aku...sampaikan kena beli sandal baru...heheh...lepas dapat sandal yang menyelesakan, lagi kuatla kami berjalan...rasa macam dah lama sangat pusing...bila tengok jam belum pun pukul 11...haihhhh aku tengok mata incek hubby pun dah kuyu semacam...aku pun mengantuk gak...sampai keluar 1 cadangan yang membazir iaitu naik bilik dan tidur...tiket burn...haihhh aku dengan tegasnya terus menentang...dahla aku memang nak sangat tengok cerita Iron Man II ni...so aku dan incek hubby melepak lagi kat restoran lain pulak...minum-minum sambil makan bubur kacang...sedap...




Sampai jugak pukul 11.45...cerita yang best dan incek hubby yang awalnya cakap nak tidur dalam panggung, tak jadi tidur sebab ke'best'an cerita tu...aku akan cerita lebih lanjut tentang Iron Man II dalam entri yang lain ye...




Esoknya, kami check-out lebih kurang pukul 10.30 pagi...pukul 9.00 baru bangun angkara Iron Man II malam tadi...hehe...the, pergi breakfast...lepas tu seperti yang dirancang, kami ke Snow World...ingatkan nak bergambar sakan dalam tu, tapi kecewa sebab kamera dan handphone tak boleh dibawa masuk...handbag pun kena letak dalam loker...so aku just ambil gambar berbayar jelah sebanyak 2 keping...tak best betul...gambar tu pun tak sempat nak scan lagi...dalam Snow World tu aku sempatlah main gelongsor dalam bekas macam pelampung tu...ape tah namanya...kesannya, bontot aku sakit sebab terhentak-hentak atas ais yang keras...serik aku...sampai sekarang masih sakit lagi...




40 minit je masa yang dibagi untuk bersejuk-sejukan dalam tu...tapi sebenarnya baru masuk 15 minit aku dah tak tahan...jap keluar, jap masuk balik...aku tak dapat bayangkan macam mana keadaan kat negara luar yang bersalji...mesti lebih teruk dari tu...pulak tu, dahla tengah sejuk, boleh pulak dia orang bagi free aiskrim...tak ke menggigil tangan nak makan...bagilah hot milo ke...heheh...




Lepas tu, aku dan incek hubby pun round-round lagi...lepas dah boring, kami pun plan nak naik kereta dan pusing-pusing kat luar...cuaca lagilah nyaman...cuma agak kecewa sebab susah nak dapat parking...lastly duduk jela dalam kereta sambil pusing-pusing...lebih kurang jam 2 petang, (kat sana rasa macam baru pukul 8 pagi)...tak nampak matahari pun...kami pun bergerak balik...sampai di Genting Sempah, aku tiba-tiba teringat yang kita orang tak beli pun apa yang nak dibeli...hahaha...memang gelak besar je sepanjang perjalanan balik tu...hilang ingatan betul kami ni kan...tapi incek hubby dah janji nanti dia nak bawak shopping kat KL...sebab kalau nak compare barang kat Genting teramatlah mahal...so better beli kat KL je...pilihan pun banyak... (padahal nak sedapkan hati..hehe)




Kami sampai di rumah lebih kurang pukul 4 lebih...zzzzzzzz....

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2011 Reserved to :: MATA HATI JIWA ::
Design with love by CikBulat